Pages

Click Me

Thursday, 27 February 2014

Sedingin Asmara (Permulaan)


Sebuah buku tanda satu pertemuan

Aku berjalan masuk kedalam Jusco eon sambil mata ku melihat paparan jam di skrin handfon aku. Baru pukul 2.30 petang masih awal lagi kata hati aku. Aku meneruskan langkah kea rah lift untuk pergi ketingkat satu. Apabila sampai keatas, tempat yang aku tuju adalah tempat favourite aku, kedai buku popular. Sampai saja di popular aku tersenyum nipis, lapangnnya boleh lah berlama-lama kat sini.

Aku terus ke rak buku motivasi, sambil mata aku mencari buku yang aku nak, apabila aku ternampak buku yang aku nak betul-betul tinggal satu lantas aku sambar dan pada masa yang sama ada tangan lain juga yang memagang buku tersebut, aku di sebelah kiri buku dan tangan yang satu lagi di sebelah tangan kanan. Aku terus tarik dan dia tak nak lepaskan juga.

‘Saya punya’ kata aku..

‘Kedai punya, awak belum bayar lagi’ jawab dia..

Aku pandang dia atas bawah, rambut tersisih kemas ke belakang, muka handsome janggut sentiasa di trim, baju t-shirt dan berseluar jean dan pakai selipar. Kulit kuning langsat.

Terus aku sentap buku tersebut dan bayar kat kaunter

Bila nak bayar bolehkan pulak duit tak cukup, pelik aku tadi memang ada bawak duit ni tak ada penat aku cari di dalam beg cluth aku. Akhirnya, aku terpaksalah juga membiarkan buku tu di kaunter, mungkin bukan rezeki aku agaknya. Bila aku toleh ke belakang aku lihat dia tersenyum lebar dan puas akhirnya buku tu jadi hak dia.

Terus aku buat muka tidak puas hati seperti anak kecil yang tak dapat coklat dan beredar keluar dari popular menuju ke kerusi yang tersedia atur di hadapan popular sambil aku meneliti isi kandungan cluth aku. Ternyata duit tersebut terselit diantara resit-resit yang ada dalam beg cluth aku.

Dapat aku rasakan ada orang duduk di sebelah kanan aku, bila aku toleh ternyata dia orangnnya, dia tersenyum sambil menghulurkan coklat cadburry kat aku, berkerut dahi aku pandang dia. Apa semua ni, sajalah lah tu nak buat kita sakit hati.

‘ambilah lah saya belanja,ikhlas dari hati’ dia berkata sambil menampakan gigi yang putih tersusun rapi

‘terima kasih’ jawab aku sambil buka plastic pembalut coklat tersebut.

‘awak peminat datuk fazley ke?. Buku motivasi coklat kek ni memang laris dan kawan saya yang syorkan saya suruh beli ni’

‘ minat sangat, buku ni tak ada repeat order lagi, untunglah awak dapat’ jawab aku.

Aku lihat dia  pikir sejenak sambil memandang aku memakan coklat yang dia bagi tadi.

‘macam ni, bila saya dah habis baca saya bagi awak pinjam, ok tak?’ Tanya dia pada aku.

Aku terus tersenyum dan segera menganggukan kepala.

‘ bagi number fon awak, senang nanti nak berhubung’ kata dia sambil mengeluarkan pen di dalam poket dia

Setelah aku bagi number fon aku, aku lihat dia mencatatnya di dalam halaman terakhir buku tersebut.
Baru aku tahu nama dia Haris setelah aku bagi tahu sapa nama aku pada dia. Dia pun terus melangkah pergi setelah tamat acara bual bicara kami. Aku mengalunkan langkah untuk pulang bila hari dah larut petang. Dan yang pasti wajahnya masih tersimpan didalam kotak memori aku. Cair bila tengok dia.



Mc Donald

Jinak-jinak si merpati di atas jeti
Sudah berjanji mestilah di tepati


Ketika aku sedang sibuk menyiapkan laporan kewagan yang di minta oleh pihak atasan tiba-tiba aku terdengar handfone aku berbunyi lagu normad, tetap menanti berkumandang. Terus aku mencari handfone aku di celah-celah kertas yang berselerak di atas meja aku. Berkerut dahi aku seketika bila terpandangkan private number yang buat panggilan, mungkin pihak atasan kot, lantas aku menjawabnnya.

‘assalamulaikum, boleh saya bercakap dengan firas?’ kata si pemanggil

‘waalaikumusalam, ye saya’ kata aku

‘hai wak, busy ke?. Sorry menganggu awak’ kata si pemanggil

‘tak lah juga meganggu, boleh saya tahu sapa ni?’ kata aku

‘ saya haris, yang kita jumpa kat popular hari tu dan berebut buku coklat cake, ingat tak?’ kata dia

Sungguh aku tak sangka akan merima panggil dari dia. Aku pun hamper terlupa akan dia.

‘kenapa awak telefon saya ni?’ kata aku

‘jom jumpa petang ni, kan saya dah janji nak bagi awak pinjam buku tempoh hari’ kata haris

‘petang ni?.awak nak jumpa kat mana? Pukul berapa?’ kata aku

‘kat mc Donald, pukul 6, ok tak?’ kata haris

‘ok, tapi jangan dating lewat ok, saya tak biasa balik lewat’ kata aku

‘ok wak, jumpa kat sana k. Take care’ kata haris

Terus aku meletakan telefon di atas kertas kerja dan sambung membuat kerja aku. Kena siapkan sebelum balik nanti.

Aku terus melangkah ke mc Donald selepas keluar dari kereta dan memilih untuk duduk di meja yang agak tersorok sikit. Hampir lima minit berlalu barulah aku melihat kelibat Haris dating menghampiri meja aku sambil memegang 2 bekas mc flury. Dia tersenyum sambil duduk dan menyerahkan satu bekas kepada aku. 

Aku lihat dia mengepit buku yang kami rebutkan pada tempoh hari dan letakannya di atas meja.
Harus aku akui dia yang berada di hadapan mata aku sekarang ni matang dan formal daripada aku jumpa dia tempoh hari. Hari ini dengan baju kemeja lengan panjang yang dilipat di huungnnya sampai ke siku dan slack hitam mampu menawan hati aku. Aduh apakah perasaan ini. Aku bermain lawan dengan perasaan aku sendiri.

‘maaf lambat’ kata haris

‘tak pe,saya faham’ kata aku

‘awak comel hari ni’ kata haris

‘ikhlas ke puji’ kata aku

‘ikhlas sangat.hehehe. awak tak kisahkan kalau saya selalu telefon awak, whattsapp, wechat awak kan’ kata haris

‘hehe, saya tak kisah lah.’ Kata aku.

Setelah buku bertukar tuan, maka aku minta diri untuk pulang sambil mengucapkan terima kasih kat dia, dan dia jawab kasih di terima. Sambil tersenyum kearah aku. Pada malam itu kami mula berbalas chat dengan serba sikit aku tahu latar belakang dia bergitu juga dengan dia yang tahu tentang aku.
Sejak dari malam itu kami saling berhubung sama ada berchat ataupun dia akan menelefon aku. Kadang-kadang tu ada juga dia buat video call, dapatlah juga aku lepaskan rindu melihat wajah dia. Adakah dia juga seperti aku? Soalan itu sentiasa bermain difikiran aku tiap kali aku bersama dengan dia.

Kenapa dia selalu berbual dengan aku? Dia single ke? Dia tak busy ke? Dia suka aku ke atau aku yang lebih-lebih? Dia suka akulah tu agaknya. Tak mungkin, dia hebat mesti ramai peminat atau pun dia nak berkawan dengan aku saja tak lebih kot.
Aku dah mula jatuh hati kat dia ker? Gatalnnya..syok sendiri namanya.


Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
                                                         Tidak ku temu jawapan              






Memori tercipta (Sebulan kemudian)

Hampir masuk sebulan aku tidak bertemu dengan Haris sejak dari pertemuan pertama di mc Donald yang lepas. Hari ahad yang lalu entah kenapa dia mengajak aku keluar. Dah lama tak ketemu katanya. Memandangkan aku tak ada urusan lain pada hari tersebut maka turutkan juga kemahuaanya. Dia dating menjemput aku di rumah, dia tidak mahu aku penat memandu di dalam kesesekan lalu lintas di hujung minggu.

Tepat jam 11 pagi Haris datang menjemput ku, ternyata tidak susah mencari rumah aku kata Haris. Aku hanya mengenakan t-shirt, berseluar jean,berkasut dan beg cluth kesayangan ku. Aku lihat pernampilan Haris pun simple saja, kemeja putih longgar berlengan panjang yang di lipat di hujungnnya bersama dengan seluar jean dan memakai kasut kulit menampakan aura dan karismannya yang santai.

‘awak nak pergi mana?’ kata Haris kepada aku sebaik saja kereta mula berjalan.

‘suka hati awaklah, saya ok je’ kata aku

‘kita lunch dulu k, lepas tu baru kita gi tempat lain, awak nak mam pa?’ kata haris

‘kita makan nasi campur ok tak?’ kata aku

‘ok juga, kita makan kat food court parkson, lepas tu kita pergi tengok wayang” kata haris, sambil matannya ke hadapan.

Setelah selesai makan tengah hari aku dan haris menuju ke pawagam untuk melihat cerita apa yang best, setelah memilih cerita apa yang best dan waktu tayanganya tidak perlu menunggu lama. Setelah dapatkan tiket aku dan haris memasuki panggung wayang kami memilih baris M, tempat duduk kami number 21 dan 22.

Sepanjang 2 jam setengah berada di panggung aku kadang-kadang menoleh juga melihat haris, walaupun dalam gelap tetap kelihatan wajahnnya yang handsome tu dan kadang-kadang mata kami bertembung bila acap kali melihat satu sama dengan yang lain.

Tamat saja wayang kami terus keluar dan dia mengajak aku pergi ke kedai alatan music, baru ku tahu jiwang juga mamat ni. Masuk saja ke dalam kedai terus dia mencapai gitar dan mengalunkan tangan di tali gitar maka terkeluar lah melodinnya. Amat indah sekali.

‘saya suka main gitar’ kata dia. Aku hanya tersenyum manis sambil memandang dia.

Rupanya dia seperti aku suka membaca tetapi dia lagi super duper suka membaca sehinggakan lebih dari 5 buah buku dia borong dan buku-buku yang dia beli semuannya berkaitan dengan pembangunan, reka bentuk dan hanya satu berkaitan dengan motivasi.
Dari situ aku sudah tahu apa pekerjaan dia, dia seorang arkitek. Berdasarkan buku yang dia pilih sama macam buku yang pernah aku Nampak semasa berada di kolej dulu. Aku juga suka menyelak saja buku macam tu, tengok gambar.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami akan keluar bersama dan selalunnya aku tidak balik dengan tangan kosong, ada saja yang dia belikan. Dari teddy bear beruang yang besar, coklat, buku-buku motivasi dan kadang-kadang aku terasa malu nak keluar bersama dengan dia. Tiap kali keluar mesti dia yang mengeluarkan wang, jadi malu aku. Bila aku nak bagi something kat dia mesti dia menolak.

Walaupun sudah berbulan-bulan kami keluar bersama dia seperti biasa tiada pulak sesi luahan perasaan antara satu sama lain. Aku jadi keliru dengan layanan dia ketika bersama aku. Bagaikan tiada apa-apa. Cuma dia pernah mengenggam tangan aku sewaktu kami di dalam perjalanan pulang ke rumah aku. Aku membalas balik genggamanya itu, hingga kini terasa hangat tangannya itu.
Hubungan kami semakin mesra dari sehari. Boleh dikatakan 24/7 nak berchat, berbual. Sehinggakan kadang-kadang tersenyum sendiri bila berbalas chat dengan dia. Aku tidak meletakan harapan yang tinggi pada hubungan aku dan dia.




bersambung..

No comments:

Post a Comment