Pages

Click Me

Thursday, 17 April 2014

Apabila mereka yang straigh bertanya pada gay


1) Sejak bila jadi gay?

Yang tahu sejak kecik lagi aku dah suka sangat pada lelaki. Ada satu tarikan yang membuatkan aku minat pada lelaki. Masa kecik aku ada pasang niat nak kahwin dengan mat salih atau pun lelaki latin mungkin disebabkan terpengaruh tengok ceriter amerika latin pada waktu itu di mana hero-hero ceriter tersebut handsome-hansome dan kena dengan selera aku. Dulu aku tak tahu pun yang suka asama jantina ini songsang tapi bila dah meningkat remaja dan dapat maklumat daripada bahan bacaan terutamanya di dalam internet seperti blog-blog yang berceriter pasal gay dan baru aku tahu yang aku tidak menghadapi masalah ini keseorangan.

2) Family tahu tak pasal benda ini?

Semestinnya tidak lah. kalau tahu mahu tak mengaku anak. Hehe. Tak pernah ada niat nak bagi tahu pun pasal benda ini. Yang tahu nak bagi menantu lelaki bukan perempuan pada family tu pun kena cover line. Tak dapat bayangkan kalau family tahu pasal benda ini dan tak tahu nak bayangkan macam mana. Walaupun tahu yang 10 tahun dari sekarang akan timbulnya soalan tentang perkahwinan dan seangkatan dengannya. Belum fikir nak bagi alasan apa kat family.

3) Macam mana boleh terjebak dalam golongan gay?

Sifat dan naluri semulajadi macam ni. Tiada paksaan mahupun pengaruh daripada sesiapa pun. Setakat ini belum buat sesuatu di luar batasan mahupun ringan-ringan. Hehe.

4) Siapa yang tahu anda seorang gay?

Kawan-kawan yang betul rapat saja yang tahu pasal ni. Kawan kolej tak tahu tapi pelajar lain kat kolej macam tahu je aku ni gay. Cara dia pandang lain sikit daripada orang lain, macam ada sesuatu. Seboleh mungkin nak cover daripada ketahuaan tapi kadang-kadang tu terpamer juga sifat gay bila nampak laki handsome. Lecture lelaki aku tahu yang aku gay sebabnya dia pun gay juga. Terkejut bila kata dia gay, dia relax je bila cakap aku gay. Hehehe.

5) Pernah jatuh cinta atau menjalinkan hubungan?

Pernah, terutamanya cinta bertepuk sebelah tangan banyak kali. Tiap kali terpandang yang berkenan je terus jatuh cinta. hahhaha. Dan pernah lah sekali dua menjalinkan hubungan tapi jarak jauh dan akhirnya putus tiada jodoh agaknya.

6) Sampai bila nak jadi macam ni?

Kadang-kadang terfikir juga sampai bila nak jadi begini. Seumpama tiada matlamat dan hala tuju yang hakiki. Namun cekalkan hati untuk meniti-meniti hari yang mendatnag di samping membawa perasaan sonsang. Bersyukur dengan apa yang ada dan soal berubah tau tidak biar masa menentukan.

7) Ramai yang kutuk dan mengatakan golongan gay ini menjijikan. Pendapat anda?

Masyarakat mengatkan golngan ini sangat menjijikkan dan memalukan tapi tidak semua masyarakat yang seperti itu. Ada segelinter yang bersifat begitu dengan meberikan pelbagai gelaran dan kata-kata kest terutamnnya di alam sosial. Tidak salah sekirannya ingin memberi nasihat dan pandagan tapi biarlah secara berhemah dan kena pada tempatnya. Kami walaupun gay tapi tetap manusia juga seperti anda semua yang membezakannya cumalah naluri dan perasaan kami yang sonsang dan berbeza dengan fitrah kehidupan manusia seluruh dunia. Namun tidak salahkan masyarkat 100 % sebabnya ada juga segelintir golongan ini suka menunjuk-menujuk di hadapan secara terbuka tentang perhubungan mereka. 









4 comments:

  1. entry yang menarik.. kadang kita terlampau mudah untuk menilai hati manusia.. tapi saya ada soalan dekat awk..mungkin agak menyntuh sensitiviti ckit.. tapi umumnya apa faktor yang menyebabkan perasaan itu berlaku? hope awk dapt jawab..

    ReplyDelete
  2. hai..terima kasih kerana sudi membaca. Ada dua faktor, yang pertama adalah sifat semula jadi dan bukan di buat-buat, perasaan itu sudah ada di dalam diri dan tidak di pengaruhi oleh siapa-siapa. Yang kedua di sebabkan tarikan fizikal sesorang yang membuatkan kita melihat kearah dia. Tidak semestinya daripada rupa paras, bentuk tubuh, kadang-kadang daripada personiliti sesorang juga boleh membuatkan mata tertarik untuk melihat kearah dia.

    ReplyDelete
  3. thax atas perkongsian.. macam mana sy nk cotact awak ye..sbb adakalanya sesuatu tu xboleh nk direct dekat public takut ada yang salah faham..hope awak pham. anyway thax again.

    ReplyDelete
  4. sebarang pertanyaan atau pun soalan boleh email sy di seksilelaki@ymail.com..tq..

    ReplyDelete