Pages

Click Me

Thursday, 18 September 2014

Cinta Di Zaman Sekolah part 2.

Kesinabungan ceriter...

Tingkatan 3

Masa ini aku kurang fokus apa yang terjadi pada kisah cinta monyet aku sebabnya pelbagai masalah yang timbul dengan peperiksaan PMR lagi masa ini dan hal-hal yang tidak dapat aku nyatakan di sini. Tiada kehidupan yang tidak bergelora. Pelbagai jenis dugaan aku lalui pada tahun tersebut dan kadang-kadang aku rasa macam tidak kuat untuk teruskan hidup aku kerana ketika itu belum dapat kata-kata motivasi daripada sesiapa pun.

Jadinya aku kurang ingat apa yang berlaku masa tingkatan tiga sebabnya macam-macam hal yang berlaku. Yang aku tahu hati aku hanya ada pada A dan F sahaja. Cumanya pada tahun tersebut sikap aku agak dingin terhadap A, rasa kesian pulak kat dia. Kalau dulu masa bertembung mata ke mata aku akan senyum pada dia tapi tahun tersebut aku tidak lagi bergitu sehinggalah sampai peperiksaan PMR dan dia seakan tahu yang aku macam dingin terhadap dia, boleh dikatakan aku jarang jumpa dia.

Dia seboleh mungkin tak nak kami bertembung. Sampailah ke hujung tahun benda ni terjadi. Bila kami bertembung pun dia tidak memang mata aku seperti selalu yang dia buat.

Tentang F pulak masih sama dengan peragai dia tu, aku agak kurang rapat dengan dia masa tersebut. Lantak dia lah, dia pun kadang-kadang dingin aku, aku pun apa lagi dingin juga dengan dia. Aku betul-betul mood tak baik pada tahun tersebut.

Mungkin kerana kawan baik aku berpindah sekolah menyebabkan sayap aku seakan patah. Rasa macam nak demam pun ada. Dengan lain aku kurang rapat dengan dia semua ceriter kami berkongsi. Sedih tak dapat di gambarkan. Sampai sekarang belum dapat jumpa face to face just chat, telefon atau pun mesej. Lebih daripada lima tahun kami tak jumpa.

Seperti yang semua tahu yang aku akan duduk belakang F tapi kali ni aku duduk depan F. Jadinya aku tahu yang dia meniru masa PMR, boleh dikatakan semua paperlah dia minta jawapan kecuali daripada aku.

Masa keputusan PMR keluar dah semestinya result dia lebih bagus 10 kali dari aku dia minta jawapan daripada pelajar pandai dalam kelas a.k.a kawan baik dia sendiri. Lantak dialah asalkan dia bahagia dengan apa yang dia buat.

Lagi satu adalag budak cina kelas sebelah nama dia J, handsome lah juga, dia paling suka sakat aku sampai dia panggil aku amoi. Malu kot semua orang degar. Nasib baik aku tak goda dia.

Tingkatan 4

Bila masuk tingkatan ini, aku tidak sekelas dengan F atau A, aku dari kelas Sains 3 minta tukar kelas akauan, sekolah di negeri aku boleh tukar-tukar kelas di tempat lain aku tak tahu. Selalu juga F dan A datang lepak kat belakang kelas aku sebabnya kawan dia orang ramai, aku buat diam je, tak ada hati nak tegur.

Sampaikan satu hari dimana F masuk ke sekolah teknikdan membuatkan aku seakan kosong, pergi sekolah tiada apa lagi, kalau tidak setiap pagi aku akan mencari kelibat dia namun kini hanya kenangan yang ada membuatkan pelbagai rasa yang datang pada aku.

Sengsaralah juga aku nak teruskan hidup, mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali ceria seperti dulu. Setiap saat aku asyik terbayangkan dia sekan ada kuasa di antara kami, aku dapat rasakan apa yang dia rasa, aku rasakan dia pun sengsara seperti aku. Disebabkan itu berat badan aku semakin bertambah daripada 82 naik ke 84 dan 86 kg.

Bila aku rindukan dia aku akan minum milo ais sebabnya itu favorite dia masa bulan puasa aku tahu pun bila kita orang semua share makanan masa sahur. Sampaikan aku pun dah muak denhan m ilo. Bagi melepaskan rindu aku pada dia, aku selalu degar lagu kegemaran dia iaitu dealova by Once dengan lahu sedang ingin bercinta by dewa 19, padahal aku tak suka lagu tu macam tak kena dengan jiwa aku je.

Aku cuba berusaha mencari nombor telefon dia tapi tak dapat. Akhirnya dengan pertolongan kawan baik dia dan aku, aku dapat juga nom bor telefon dia. Pada awal sifat dia memang dingin pada aku terus tak balas sms aku bila aku bagitahu siapa aku. Akhirnya aku mengalah dengan mengatakan 'Aku minta maaf kalau ada buat silap dengan kau, aku just nak berkawan dengan kau macam kawan yang lain' aku hantar text ni waktu malam dan pagi esok dia balas. 

Aku tidak dapat bersms dengan dia lagi bila dia tukar nombor telefon dia pada nombor lain tapi masa tu aku tak kisah pun sebabnya aku memang tak ada perasaan pada dia lagi pun, tiap kali sms pun tiada rasa aku pada dia.

Berbalik pada A pulak begitulah juga peragai kami, namun aku ubah sikit demi sikit, bila berjumpa aku akan maniskan muka aku, lama-lama dah ok cumannya tidaklah seperti dulu. Boleh dikatakan aku terlupa pada kewujudan A ketika aku sedang sengsara dengan F. Tiada menarik pun kisah aku dengan A kadang-kadang terjumpa kat luar pun macam tak kenal. Amat membosakan ketika itu.

Walau kisah cinta macam boring tapi kehidupan aku masa itu sudah lebih baik, memang kata orang tingkatan 4 tingkatan honeymoon sangat syookkkkk..yang aku tahu happy je. Pergi sekolah balik sekolah dan sebagainya tiada apa lagi nak difikirkan kembali..

Tingkatan 5

Masuk tingkatan lima, ada seorang pelajar lelaki baru yang masuk. Handsome, boleh tahan agak tinggilah juga. Aku namakan dia FA, dia macam sombong tapi kata yang lain di ok dan tak sombong yang penting kau kena tegur dia dulu baru ok. Aku bukan tak nak tegur tapi dah macam tu peragai aku kan nak buat macam manakan. Hahahahahahaha. Ramai jugalah yang gila bayang kat dia termasuk aku.

Pernah aku buat kerja gila aku ekori dia sampai ke pintu pagar sekolah dan macam-macam dan dia pun aku rasa dia tahu yang aku buat macam tu kat dia. Aku dapat nombor telefon dia banyak kali sms tak pernah layan dan sebagainya. Setiap Jumaat dia tak pernah datang sekolah sama macam aku sebabnya hari adalah hari beruniform. 

Masa tu aku tak nampak dah A yang aku nampak sekarang FA sahaja. Gediknya masa tu. Sampai termimpilah juga masa tu waktu malam. Namun sekejap je sebabnya time ni kerja sekolah melambak-lambak jadinya tak ada masa nak bercinta bagai ni. Setiap masa nampak buku jer lain tak ada.

Hanya rasa nak cepat habis belajar jer lepas tu dah bebas rupannya tak juga lepas sekolah tanggungjawab semakin bertambah. Masa tak boleh di putar kembali ya. Bila difikirkan semula macam kelakar namun itulah zaman sekolah.




No comments:

Post a Comment