Pages

Click Me

Monday, 15 September 2014

Cinta Di Zaman Sekolah

Hello and Hai..


Zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling best sekali bagi saya sebabnya saya bersekolah swasta dan semestinya pelajarnya sangat-sangat open minded dan hot. Dan kebanyakannya mempunyai paras muka yang ok dan ada juga terlebih ok. Ceriter akan bermula dari tingkatan satu sampai lima dan saya harap akan teruskan bacaan anda sehingga ke hujung ceriter. Update blog sambil makan tengah hari.

Tingkatan 1 :

Masa tingkatan satu aku baru mengenali zaman yang amat seronok sekali terutamanya di kelilingi oleh abang-abang pengawas yang handsome-handsome baik melayu, cina mahu pun mat salih. Dan mereka sangat caring. Masa ni aku suka kat sorang mamat cina ni, muka biasa-biasa je, tinggi, badan kurus tapi personaliti dia tu yang menawan hati aku. Nama dia wong. Dia yang berani dakap bahu aku dari belakang sambil buat cara cakap yang romantik bagai, tu yang terjatuh hati. Aku pun tak tahu motif dia buat macam tu kat aku, yang penting aku pun suka. Hahaha. Pada masa yang sama juga aku suka pada senior aku, dia pengawas nama dia raymond kacukan cina. Memang gila bayang masa ni.

Datang sekolah pagi2 cari muka dia orang datang sekolah ke tidak. Hehehe. Bila ingat balik macam kelakar. Pada masa yang sama aku ada juga menjeling-jeling mata kat budak melayu tapi belum kena citra rasa.

Tingkatan 2 :

Masuk tingkatan dua macam-macam yang berlaku, badan aku dah kurus, aku baru sedar yang aku jatuh cinta pada dua orang sekaligus. Satu budak kelas aku dan satu lagi budak kelas sebelah kelas. Sebenarnyakan aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh cinta atau suka kat diaorang.

Yang sama kelas dengan aku ni aku namakan dia F. Kami tak pernah rapat atau berbual sebabnya dia macam letak satu dinding diantara aku dengan dia. Layanan dia terhadap aku macam dingin sampaikan aku tertanya dalam hati 'kau dah kenapa bukannya aku ada buat silap dengan kau pun'?. Kami mula rapat bila satu hari aku ditakdirkan duduk sebelah dia..Aku mula-mula buat juga dingin dengan dia, entah macam mana dia boleh berubah sikap dengan aku. Pelik tapi itulah si F. Bila cikgu tengok senarai nama mesti ingat kita orang adik beradik sebabnya nama kami hampir serupa dan nama ayah kami sama. Nama penuh dia MFS dan aku pulak MNFS, yang cuma bezannya ada 'N' dengan tak ada jer.

Bagi aku walaupun dia nakal, degil, selalu kena marah dengan cikgu tapi dia pandai camunya peragai dia yang macam tu susah nak dikawal. Nak kata handsome biasa-biasa jer, ada isi,tinggi, kuning langsat kulit dia. Dia tinggi 2 inci lebih daripada aku. Dia suka main bola benda yang aku tak suka masa zaman sekolah.

Aku masih ingat lagi masa final exam tingkatan 2 untuk subject pendidikan seni, dia pegang sponge sambil sambil-sambil acah-acah nak kotorkan lukisan aku, aku pun buatlah muka macam geli sangat, sempat lak dia merajuk dengan aku.

Sebelum balik tu, aku tulis note 'sorry' dan letakkan di bawah meja dia. Ini semua kawan aku punya idealah. Bila naik kelas hari Isnin dia nampak kertas dan baca lepas tu kan dia paling ke belakang (sebabnya masa exam duduk ikut susunan nama) sambil buat muka comel dia kat aku. Tandanya dia maafkan aku lah. 

Sebab-sebab dia macam dingin aku :


  • Di fikiran dia, aku anak orang kaya dan manja, semua apa yang aku nak mesti dapat. Pernah dia tanya aku pakai telefon apa, padahal masa sekolah aku tak pakai telefon bimbit pun.
  • Aku selalu dapat keluar awal 5 minit masa waktu rehat sebabnya aku kesayangan cikgu (tak buat bising bila cikgu tak ada).
  • Selalu masuk top 10 kedudukan dalam kelas setiap kali exam, walaupun dia pergi tutor dia tak dapat masuk tempat yang berbelas. Semua cikgu dan rakan kelas memang tahu yang aku belajar sendiri kat rumah tak pergi tutor macam dia orang semua sampaikan aku cemburu kot dengan dia orang, untungnya di tutor, maaf saya memang tak suka pergi tutor tak tahu kenapa..pernah pergi pun sekejap lepas tu perlajaraan turun merusut.
  • Bila dalam kelas cikgu selalu panggil nama aku sampailah ke Universiti, kadang-kadangkan aku rasa macam pelik macam tak ada orang lain ke semuanya nama aku yang naik. Mungkin nama aku best dan unik kot agaknya***sedapkan hati sendiri.
Seorang lagi budak kelas sebalah aku. Aku namakan dia A. Dia ni ada satu sikap bila dia dah suka tengok sesuatu dia akan tenung benda tu sampai menusuk kalbu. Aku mula tergedik dengan dia bila masa perhimpunan kelas sebelah sebelah beratur dia akan selau tenung aku sampai kawan aku yang sama sepesis pun tegur aku. Mulalah perasaan dia suka kat aku. HAahaha. 

Setiap kali dia lalu kat kelas mesti dia pandang aku dahlah aku duduk kat tepi pintu, kadang-kadang malulah juga. A ni pandai, kemas, speaking, aktif dalam sukan. Dan memang jodoh kami panjang bila kami sama rumah sukan warna hijau lak tu. Memang kena tenunglah selalu. Dia suka masuk acara lumba lari dan selau pakai seluar pendek jadinya memang nampak paha dia.

Biasanya bila dia dah penat berlari dia akan berbaring sambil buka kaki dia seluas-luasnya dan selalunya dia akan berbaring berdekatan dengan tempat aku and the geng jemah duduk. Dia antara yang popular di sekolah dan aku sedar siapa aku bagaikan langit dan bumi. Dia anak orang berada, papa dia arkitek mana kala mama dia ada banyak cawangan butik.

Kadang-kadang rindu juga kat dia, sambil taip ni sempat aku google tadi nama dia rupannya dia ada twitter baru tahu...apa lagi terus follower. Dia bukannya kenal aku lagi pun tak salah pun kan...hahaha..kami tak pernah pun bercakap just tengok dari jauh dan kadang-kadang tu ada berselisih bahu sahaja.

bersambung........





2 comments: