Pages

Click Me

Thursday, 22 January 2015

Masih Aku Cinta

Hello and Hai,

Ketika kali pertama aku dengar lagu Sheila Amzah yang bertajuk 'masih aku cinta' aku macam sentap jup, bila dengar balik dengan lirik lagu dia dan tiba-tiba hati aku terdetik 'macam lagu untuk shanaz je'. Bila dengar lagu tu seolah dapat menyelami di dasar lubuk hati Sheila. Seolah-olah dia masih hati kat ex dia walaupun secara kasarnya melihat dia tak suka lagi kat ex dia tu. Hati orang mana kita tahukan. 

Lirik lagu ini bagaikan mempunyai maksud yang tersendiri, walaupun dah putus tapi tetap mendoakan satu sama lain. Tidak menyalahkan sesiapa. Mulut kata putus dalam hati masih ada sayang lagi. Dah putus tapi masih merindui bekas sang kekasih yang jauh di sana. Walaupun kau di sana aku di sini kenang daku dalam doa mu. Seolah pasrah dengan ketentuan ini.

Bila di fikirkan kembali ada juga positive side bila putus cinta ni, dapat banyak ilham untuk di hasilkan daripada lirik, music dan sebagainya. Dan juga kita dapat memperolehi keuntungan yang besar, sebagai contohnya macam AJL baru-baru ini kan dia dapat tempat kedua. Banyak pulak tu dapat duit tak kongsi dengan orang lain pulak tu. Ya, mungkin ada yang tak suka sheila dengan lagu ni, ada yang suka. Macam-macam gelagat yang aku tengok kat facebook pasal benda ini.

Itu hak anda untuk memberikan sebarang pendapat mahupun komen. Suka atau tidak itu terserah pada diri anda. Kalau macam aku, agak suka juga kat Sheila daripada zaman sekolah dok dengar lagu dia pakai kaset tu. Lagu jiwang-jiwang pulak tu kan mahu tak suka. Balik sekolah je dengar lagu dia sambil sempat berangan tentang 'orang-orang' yang kita suka kat sekolah, sambil dengar lagu tu mesti terkeluar soalan macam ni, 'dia buat apa'? 'makan ke belum'?. Kecik-kecik dah mengedik, bukan nak risau pasal exam bagaikan, dah lah tak berapa pandai kalau exam pun kadang-kadang je dapat masuk dalam list 20, selebihnya mesti 23,25. Bila akhir tahun je baru study betul-betul sebab takut turun kelas. Dah lah kawan-kawan anggap kita ni pandai tapi tak tahu kita ni tak berapa sangat pandai pun.

Rezeki orang kan, dia pun dah berusaha keras untuk sampai tahap ini, pernah kecundang di one in million dulu dengan Ayu, ternyata rezeki dia lagi murah lagi. Bangga juga dengan dia dapat sampai tahap antarabangsa. Selain itu, dapat bertutur dalam bahasa cina walaupun mengunakan bahasa rumi cina, dah lupa namanya apa, masa study dulu ingat sebab ada subject bahasa cina. Dah lah masa exam semua karater cina, sumpah tak paham, pakai hentem je. Last2 tengok result dapat B plus. Kira ok lah tu kan. 

Sayonara...

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku



***Ketika entry ini di tulis saya keseorangan di dalam rumah, di ruang tamu sambil makan ice cream coklat dengan biskut apa entah namanya dan juga bukak surah Yasin kuat-kuat, malam ni malam Jumaat. Keluarga semuanya pergi dinner, malas nak ikut pada hal setiap kali ajak mesti tak ikot punya, entahlah dah besar ni rasa malas pulok nak ikut. Saya seorang yang berdidikari k. k Bye!***

2 comments:

  1. Pernah follow insta SA sebab dia comel jg ..tapi dah setahun unfollow ..
    Too much selfie .. muka sama juga ..hehe
    Btw ..suara dia sedap .. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang suka selfie macam tu. Suara dia memang best.

      Delete