Pages

Click Me

Monday, 5 January 2015

Sedingin Asmara (Penamat)



Haruman bunga rampai begitu menusuk hidung ketika kaki aku berjalan ke dalam ruang tamu yang sudah siap di hias dengan sempurnanya. Sekali gus menaikan lagi aura mewah rumah banglo tersergam indah. Semua yang hadir berpakaian sedondong warnanya termasuk aku. Yang lakinya segak berbaju melayu serta sampin dan wanita ada yang berbaju kurung dan berjubah moden.

Hari ini harinya dua jiwa akan bersatu. Semakin pantas denyut jantung ku, terasa berat kepala ku. Tidak! Aku tidak akan menangis atau menunjukan kesuraman wajah ku pada majlis ini. Aku sudah cukup sedia ketika aku melangkah ke dalam rumah ini.

Rumah yang tadinya penuh dengan riuh rendah suara bertukar menjadi sedikit sepi, sebilanganya sudah bergerak pergi ke Masjid. Aku melihat susuk tubuh wanita yang sangat anggun bertudung dan berbaju putih menuruni anak tangga umpama bidadari yang turun dari kayangan.

Aku melemparkan senyuman padanya dan dia membalasnya dengan penuh keikhlasan Terpancar aura serinya. Yup, hari ini harinya.

Beberapa bulan sebelumnya.

Seakan tidak percaya apabila Puteri Nazirah kawan baik ku akan kembali ke tanah air selepas beberapa tahun tidak bertemu mata dan akhirnya aku akan bertemu denganya. Dan katanya semasa dia berada di sana dia sudah di tunangkan dengan kenalan keluarganya dan dia sendiri juga kenal dengan tunangnya itu.

Aku seakan terkejut dengan berita itu, begitu cepat. Mungkin dah sampai jodohnya. Cuma aku yang masih begini. Dengan perhubungan ku dengan Haris bagaikan di gantung tanpa tali. Secara mendadak dia mendiamkan diri, langsung tidak membalas kembali call dan chat aku. Sudah acap kali aku minta maaf sekiranya aku ada membuat sesuatu yang dia tak suka.

Penantian hanya tinggal penantian, umpama menunggu buah yang tidak jatuh. Hari demi hari aku teruskan kehidupan dan kesibukan membuatkan aku semakin lupa akan Haris. Tapi kadang-kadang rindu itu juga ada menjelma. Namun aku biarkan kerana aku tahu satu saat dan ketikanya masa aku bertemu denganya akan tiba juga.

Hari itu di awal pagi sudah ku siap dengan berita yang puteri akan kembali ke tanah air sudah ku rangka rancangan untuk berjumpa dengan dia. Setelah seminggu Puteri kembali baru aku sua kan hasrat untuk bertemu denganya. Dan dia pun begitu juga. Sama-sama excited dan berdebar mahu berjumpa. Pasti ada perubahan antara kami.

Berjumpa dengan Puteri Dan Tunangnya.

Apabila sudah sampai ke destinasi yang aku tuju, baru Puteri mengatakan yang dia bawak tunangnya sekali, katanya mahu window shopping sebelum membeli barang untuk akad nikah nanti dan sekali gus memperkenalkan tunangnya kepada aku.

Dan dia sempat berseloroh kalau aku jatuh cinta pada tunangnya pun tak mengapa, sebabnya tunangnya memang handsome. Agak terperanjat namun aku cuma tersenyum bila Puteri berkata demikian.

Dari jauh aku sudah nampak kelibat Puteri, dia tersenyum kerah ku. Dia masih sama seperti dulu tak berubah. Pada masa yang sama aku mencari kelibat tunangnya.

'dia pergi wash room sekejap' kata puteri seakan tahu apa yang aku tercari-cari.

Sambil tu kami berjalan-jalan memasuki setiap butik di shopping tersebut. Dan mata aku terpukau pada suatu beg lantas aku pergi melihatnya sementara puteri melihat barangnya.

'Firas!'. Agak terkejut aku bila puteri panggil nama ku hampir terlepas beg di dalam gengaman ku.

Dan bila aku pusing ke belakang aku seakan kelu, telapak tangan ku rasa sejuk, darah di dalam badab aku seakan terhenti mengalir.

'Haris'. Namun itu yang aku sebut didalam hati. Kenapa sekarang Haris? Kenapa?

Rupanya Puteri bertunang dengan Haris. Namun tidak aku meminta butir maklumat yang lengkap. Haris seakan tidak mengenali diri ku dan aku pun buat benda yang sama. Dan aku perasan kadang-kadang dia juga memandang aku.

Seakan lama masa berjalan bila aku bersama mereka. Setelah matahari terbenam aku meminta diri untuk pulang, dan kami pun pulang membawa haluan masing-masing.

Melayan perasaan.

Sampai sahaja ke rumah aku terus mandi bagi segarkan badan dan terus tidak memikirkan benda tersebut. Bagi aku benda dah lepas biarkan lepas. Tak payah pening kepala. Dan haris pun tidak lagi mengenali aku lagi.

Dan betul tekaan aku apabila di malam yang sepi ini aku mendapat panggilan daripada haris. Aku biarkan ia berbunyi dan matinya sendiri bila deringan tersebut aku tak jawab. Biarkan dia tahu apa yang aku alami selama ini. Namun di satu sudut didalam hati aku yang aku masih berlembut hati pada dia. Ingin sekali aku menjawab panggilan itu dan berbual mesra seperti pada masa yang lalu. Wahai hati kenapalah terlalu lembut sangat. 

Hati ini tak ngkin dapat aku berbohong. Aku terlelap dengan sendirinya. Dan tersedar apabila azan subuh berkumbandang di pagi hari.

Sembunyikan diri.


Bermacam alasan yang aku ciptakan apa Puteri mengajak aku menemaninya menyiapkan apa yang patut untuk majlisnya nanti. Pastinya Haris ada sama ketika itu. Lagi menambahkan rasa gundah aku ini.

Satu petang itu, tiba-tiba Haris ada di hadapan pintu pagar rumah aku, suka atau tidak suka aku menjemputnya masuk sebabnya ketika itu aku sudah melangkah keluar.

Dapat aku melihat wajahnya yang bersalah itu, terus aku merebahkan muka aku didalam dadanya yang bidang itu. Dia membalas dakapan aku, dapat aku merasakan hangatan tubuhnya itu untuk buat kali terakhir. Kami sama-sama meluahkan segalanya. Dapat aku lihat kelopak matanya bergenang air mata.

Semuanya sudah selesai. Dan kami membawa haluan masing-masing. Hilang beban di bahu ku. Itu bahagia ini. Kisah aku dan dia hanyalah sejarah yang tidak ingin aku mengulanginya lagi. Cukuplah sampai sini sahaja. Biarkan aku merawat hati ini dengan cara aku sendiri.

Majlis akad nikah.


Bertapa sedih bertapa pilu
melihat engau berdua di situ
duduk bersanding di atas tahta
di hari persandinganmu

Dengan sekali lafaz sahaja, Puteri sudah sah menjadi isteri kepada Haris. Dapat ku lihat Puteri menangis kegembiraan. Sebelum akad nikah di jalankan sempat aku mencari anak mata Haris untuk memberikan kekuatan dan semangat. Dan ketika anak mata kami bertemu aku hanya melihatnya bagaikan tiada lagi perasaan rindu atau cinta sebelum ini.

Terima kasih Ya Allah. Semoga perasaan aku pada Haris cukuplah sebagai sahabat sampai bila-bila. Sesudah majlis akad nikah adanya majlis persandingan tepung tawar bagi meraikan pengantin. Aku hanya memerhatikanya dari jauh, tidak ku mahu menyertainya takutnya aku gagal mengawal emosi.

Melihat kedua belah keluarga mereka seronok dan bergembira maka aku turut tersenyum sama.

Hari persandingan.


Suka atau pun tidak terpaksalah juga aku melangkah walaupun kaki berat untuk melangkah. Nanti apa pulak kata pengantin dan juga sahabat aku yang lain. Nasib baik ketika itu aku pergi bersama-sama dengan teman sekolah yang lain, jadinya perasaan itu dapat juga di bendung walaupun aku sudah pasrah dan redha dengan semuanya.

Ramai tertamu yang begitu terpersona melihat mempelai di singgahsana. Dan kawan-kawan asyik memuji untung Puteri dapat suami handsome sekali pandang macam Shah jazle. Aku hanya tersenyum, kerana rupanya yang sekali pandang macam shah jazle tu lah yang membuatkan aku terpikat.

Semasa upacara menepung tawar aku turut serta sekali, itulah detik dan waktu terakhir aku mengucup tangannya. Biarkan semuanya berakhir di sini. Dan sempat juga dirakam oleh lensa kamera. Pastinya menjadi sejarah di dalam kehidupan kami.

Mencari semangat yang hilang.

Selepas sahaja majlis tersebut aku bersiap dan berkemas untuk menuju ke destinasi ku. Untuk mencari semangat dan angin baru supaya nanti bila aku kembali aku akan menjadi lebih bagus dan berkualiti dari sekarang.

Aku terus ke melangkah kearah pintu itu sambil tersenyum. Selamat tinggal sementara Malaysia, Australia tunggu aku datang..


Tamat





No comments:

Post a Comment