Pages

Click Me

Saturday, 28 February 2015

3 Blogger.

Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang 3 blogger yang aku terpikat disebabkan oleh blog mereka dan jugalah tuan punya blog tersebut tapi lebih kepada blog kot. Hehehe. Dan identity mereka akan aku rahsia tapi anda-anda semuakan pandai dalam bab meneka ini. Hehehe.

Dan juga antara blog yang aku selalu stalker dalam diam. Jika di tanya yang mana aku lebih suka pastinya aku tidak akan menjawab sebabnya banyak hati yang kena jaga. Cewah!.


1) Blog yang bewarna putih dan simple.

- Antara blog yang terawal aku yang aku baca ketika mula berblog. Selalunya datang sebagai silent reader sahaja. Apa yang aku suka tentang blog tersebut sebabnya ceriternya simple dan jalan ceriternya menarik tidak berat dan mudah di fahami. Agak lama juga baca blog tersebut, daripada tuan blog tu bercouple, putus dan mula berkenalan dengan yang lain.

- Blognya sangat simple dan berbeza dengan blog yang lain, Tiada warna dan rasanya dia suka warna kuning kot sebabnya salah satu aset dia bewarna kuning. Tahu pun sebabnya dalam blog dia ada tulis kisah tersebut.

- Tuan blog tersebut agak handsome bagi aku walaupun tak nampak penuh tapi kira handsomelah. Yang membuatkan aku lagi tertariknya bila tengok lengan dia, besarnya. Suka sangat. Hehehe. Warna kulit dia coklat gelap dan nampakkan dia lagi macho.

- Bila baca blog dia dan tahu yang hati dia tengah berbunga-bunga sekarang pastinya aku gembira untuk dia daripada lihat sedih seperti sebelum-sebelum ini. Yang pasti aku bukanlah cita rasa dia. Hehehe.

- Tak pasti sama ada dia pernah baca atau tidak blog aku. Pernah kot cuma tidak meninggalkan komen. Hehehe.


2) Blog bewarna purple dan ada lagu.

- Blog ini sangat meriah. Warna purple dan ada lagu. Best pulak lagu tu dah lah aku suka sangat warna purple. Blog dia tidak suram dan sentiasa ceria walaupun kadang-kadang entri dia macam ada unsur sedih tentang percintaan dan kehidupan beliau.

- Aku rasa tuan punya blog ini agak jiwang daripada lagu yang ada dalam blog tersebut, tu cuma pendapat aku je lah. Ketika aku mula-mula baca blog tu, aku membayangkan mesti tuan punya blog tu seorang yang handsome dan romantik berdasarkan apa yang ada di blog dia tu.

- Tak pernah tengok muka penuh, cuma tengok lengan sahaja tu pun sebab add kat fb, selain lengan nampak juga bahagian badan. Dan dia sangat di gilai ramai di facebook, setiap status dia mesti yang hot-hot komen terasa kecik diri ini. Hehehe. Cuma add sahaja di fb tanpa bertegur sapa.

- Tak sangka pulak yang dia sudi baca blog aku ini, memang aku ada tinggalkan komen setiap entry dia. Dia pun ada juga tinggalkan komen di blog lain. Aku tertarik baca blog dia sebabnya gaya bahasa dan jalan ceriter yang dia sampaikan agak sempoi dan senang untuk di fahami.


3) Blog bertemakan hujan.

- Tertarik dengan blog ni pun sebabnya tengok tuan punya blog. Hehehe. Gedik!. Blog yang simple dan gaya bahasa yang bersahaja walaupun kadang-kadang tu tak berapa faham apa yang dia tulis tapi tak pe yang penting entri dia best.

-Perjalanan tentang sebuah kehidupan seorang lelaki yang berketak. Aum!. Pernah baca blog aku dan tinggalkan komen. Hehehe. Umur dia tak tahu berapa, kerja apa tak tahu.

- Yang pasti dia ramai peminat di luar sana walaupun dia kata dia tidak laku dan tidak handsome. Hehehe.

- Minat sebagai kawan tidak lebih daripada itu sebabnya memang tidak boleh lebih-lebih. Hehe.

- Dan blog ini pun ada lagu, lagu dia best-best. Sambil baca boleh dengar lagu. Lagi menambahkan keasyikan membaca. Di samping, latar belakang blog yang sedap mata memandang itu. Kisah yang di kongsikan itu begitu menusuk hati dan kalbu dan dapat memberikan pengajaran kepada yang lain. Ceriter kita semua sama sahaja tapi jalan ceriter yang berbeza-beza.

- Cukuplah point tu nanti terbongkar pulak blog siapa. Terkantoi dengan tuan punya blog lak nanti. Hehehe. Malu kita.


Jumpa lagi di lain entry. Sayonara.




10 comments:

  1. blogger no. 1,2,3 identified..hehehe

    btw,blog aku mana?aku pun ketak jugak,ko jer tak tahu..:perasan:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted jugak untuk 1,2 dan 3. Kehkeh.
      Kalau nak tau lebih pasal diorang, PM me .. kehkeh.
      Sekali dengan pics I boleh kasi buat mandrem. Hahaha.

      Delete
    2. Kamen:wow!. Send ur picture please.
      Numan: ye lah tu. Hahaha

      Delete
  2. nape aku tau hanya no 2 tu?? no 1 dan no 3 sape weyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Teruskan usaha untuk mencari. Awk ada wechat? Sila add saya k.

      Delete
    2. maaf saya xde wechat.. haha.. hanya ada satu apps je..whatsapp.. :D

      Delete
  3. OK tahu dah. HAHAHA untunglaaa tersenarai dalam top 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungkan. Hehehe. Nasib bail empunya blog tak muncul kat sini.

      Delete