Pages

Click Me

Friday, 6 February 2015

Dairi Plu 6/02/2015

Dear Diary,

Hello and hai. Selamat Hari Jumaat dan selamat membaca. Apa yang saya tulis ini hanyalah dari sudut pandangan peribadi dan sedikit daripada pengalaman.

#Berminat atau tidak.

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan untuk tahu samaada seseorang itu berminat atau tidak kepada kita. Contoh yang paling senang sekali yang akan kita ambil adalah sewaktu berkenalan dengan seseorang, tidak kiralah di mana sahaja sumbernya seperti facebook dan lain-lain application sekali pun. Daripada cara kita berbalas chat sahaja boleh dapat tahu yang dia berminat atau tidak.

Selalunya ketika mula berkenalan dengan seseorang yang baru aku akan berikan sedikit ujian yang aku sendiri lakukan. Caranya aku akan lambat-lambat balas chat 'dia' mungkin 5 minit atau lebih. Dan kalau betul-betul dia berminat boleh nampak kesungguhan 'dia' yang akan menghantar chat bertalu-talu walaupun chat 'dia' yang sebelum ini belum lagi aku balas.

Selain itu, 'dia' akan sentiasa bagi chat tak kiralah waktunya bila dan sangat manis sekali seakan manisnya madu apabila pagi-pagi 'dia' dah hantar chat. Tergedik jup pagi-pagi. Dan juga sentiasa bercerita tanpa perlu kita tanya, pada masa yang sama sibuk bertanya tentang kehidupan kita.Biasalah adat nak memikat maka keluarlah pelbagai ayat yang berjiwang bagaikan.

Ada juga yang senang dan mudah mengucapkan cinta, sayang tapi bila berchat hanya boleh dikira dengan jari je. Kata sayang rindu bagai tapi kita je yang asyik send chat kat dia banyak kali dan sekali je dia balas chat kita. Mahu tak meroyan, so jangan cepat cair sangat, frozenkanlah hati anda seperti dalam ceriter frozen tu. Takutnya nanti kita je yang dok beria dan berangan sorang-sorang, entah-entah dia disana dah berpunya. Jadi kesimpulanya berhati-hati ketika berchat. Peringatan ini bukan untuk anda sahaja tapi untuk saya juga. Hehehe.

Banyak lagi contoh, tapi ini sahaja yang aku tahu dan laluinya. Apa-apa pun terserah kepada diri kita cara kita mengatasinya. Masing-masing ada citarasa yang tersendiri begitu juga dengan aku. Bila dapat yang bekenan di hati tapi 'dia' pulak yang ter bekenan dekat aku dan juga sebaliknya. Teruskan berusaha untuk mencari Mr Right. Cewah!.

#Gay dan posisi.

Untuk part ini sebenarnya aku  tidak pandai sangat atau terlalu arif. Ada masa betul dan salah juga tekaan aku itu. Kalau dari gambar tu memang agak senanglah terutamanya adik-adik punya gambar. Kalau abang-abang punya gambar tu agak sukar juga sebabnya terbahagi kepada dua posisi. Aku pun kadang-kadang silap juga dan sebelum lebih mendalam akau akan bertanya terlebih dahulu. Kalau lain posisi maka chat tersebut akan berjalan dan kalau sama posisi dengan aku maka chat tu akan kelihatan kurang sikit. 

Daripada kita terjatuh cinta atau tersayang maka bertanya dulu sebelum sesat jalan di awal perbualan. Cewah. Banyak hati yang kena jaga, kita ini manusia. Ada juga yang jumpa dengan someone yang mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan namun apakah daya sama posisi. Untunglah sapa dapatkan, barang baik punya, cewah!. Namun apakah daya tiada jodoh, pasrah dan cari yang lain.

#Nafsu.

Kita sama sahaja sebagai manusia memang ada nafsu. Kalau di ikutkan hawa nafsu semestinya aku sudah jauh terasar semua yang menawar semua akan aku ambil namun aku sentiasa menanam azam yang aku akan 'bersama' dengan my Mr Right sahaja. Walaupun tak tahu bila akan menjelma namun pastinya bila sekali dah buat pasti tidak akan puaskan. Selagi boleh mengelak aku akan mengelak sebaik mungkin.

Boleh dikatakan yang ajak untuk 'fun' tu memang memenuhi citarasa aku, good looking, body taf dan semua yang aku nak ada apa dia, macam aku cakap sebelum ni selagi boleh elak aku elak, setakat berchat nakal tu kira ok lah bagi aku. Tengok gambar je dah meremas kalau jumpa face to face serah semuanya terus. Kalau ikutkan nafsu pastinya habis madu sepah di buang, esok bila bangun dah kena tinggal sorang-sorang dalam bilik, sambil fikir apa yang dah terjadi malam tadi. Oh sangat tragedis sekali, tak nak macam tu.

Biarlah dua-dua suka sama suka dan rela untuk 'bersama' tiada paksaan. Aku bukan nak katakan yang aku ni suci sangat dan sebagainya, andai ada yang terasa aku minta maaf k. Dan juga bila ada masa terluang aku akan baca satu persatu blog plu dan daripada situ akau akan ambil iktibar agar aku tidak melakukan kesilapan yang sama yang mereka telah terlanjur lakukan.

#Keliru.

Kadang-kadang aku rasa keliru dengan diri aku sendiri mengenai perhubungan percintaan. Aku bagaikan hidup tiada matlamat sebabnya selalu berubah-ubah dan tidak tetap. Ada masanya aku ingnkan seseorang didalam kehidupan aku dan ada masanya aku rasa aku ok dan selesa ketika bersendirian. Adakah perasaan ini normal?. Mungkin kah aku terlalu muda dalam hal ini?. Entah aku sendiri tidak dapat menjawab soalan aku sendiri.

Bila tengok yang lain berteman maka aku pun ingin berteman juga. Bila keseorangan alangkah bestnya ada teman yang special sambil buat aktiviti bersama-sama. Kadang-kadang rasa nak jerit 'agrh! Aku sunyi' cara fazura dalam manisnya cinta.

Aku pernah menjalinkan perhubungan jarak jauh sebanyak dua kali, satu di dalam Malaysia dan satu lagi dI New York. Dalam Malaysia si dia muda dari aku tapi matured dari bentuk fizikal dan aku ada buat satu entri tentang dia yang bertajuk 'anak ikan'. Pada awalnya semua ok lama kelamaan putus macam tu, well dia terlalu busy dengan hal dia dan hubungan itu tanpa noktah sehingga kini. Bagaikan harus sungai yang mengalir tanpa ada sekatan. Ok malas nak ceriter panjang.

Yang kedua di New York, dia asal Columbia tapi duk NY sebabnya kerja kat sana. Dia sangat sweet dan rasa best sangat bersama dengan dia. Memang kena selera aku, sentiasa happy bila berchat bersama, sentiasa ada masa untuka aku, namun aku tidak kuat dalam perhubungan tersebut. Maka aku minta putus, dia sangat baik dan cool dalam apa juga setiap situasi kami bersama. Namun aku tahu yang dia jiwa kacau bila aku minta putus dengan dia sampaikan dia bawak diri melancong berdasarkan gambar-gambar dia di IG, nampak kesedihan di wajah dia walaupun di tersenyum. Awak, saya still sayangkan awak. Muuaaah.

 Dia seakan menjauhkan diri dari aku, chat aku dia tak balas, bbm pun tak balas, rasa pedih sangat. Dapat tengok gambar kat IG je. Tak pe lah aku kena faham keadaan dan dah bertahun aku tak hantar chat kat dia. Cuma tengok dari jauh je. Membawa haluan maing-masing.

Sayonara...


4 comments:

  1. Normal laa tu kadang ko rasa ok..kadang ko rasa sunyi..bukan sebab ko masih muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau muda nie, mustahil kot nak sunyi, kawan2 ramai jer ..
      Lain la dah berumur macam Kamen nie ... sunyi itu satu kewajipan ..kehkeh

      Delete
    2. KamenShinobi: Oh ye ke macam tu?. Ok awak.

      Nu'manQatadah: Amboi, mengata Kamen ye..hehehe.

      Warkah Kembara: Ok wak,..

      Delete