Pages

Click Me

Wednesday, 4 February 2015

Senarai impian dengan si Dia.

Hello and hai.

Hari ini, aku nak kongsikan senarai impian aku dengan dengan si dia. Disebabkan seakan menjadi trend di setiap blog yang aku lawati ada senarai ini, maka dengan berbesar hatinya aku pun nak senaraikan juga. Hehehe..Gediknya.

# Tengok wayang bersama-sama.
Tak kisahlah ceriter apa pun asalkan dapat bersama dengan dia. Dan semestinya kalau dapat ceriter cinta lagi bestkan, bolehlah felling lebih sikit. Sambil tengok wayang sambil pegang tangan dan aku lentokkan kepala aku kat bahu dia. Wow so sweet. TAPI kena tengok keadaanlah kita kan Malaysia jadinya kena cover sikit. Hehehehe. Dengan keadaan persekitaran yang samar-samar dan sejuk tu sangat best kalau dapat merangkul lengan sidia. Kalau dapat lengan yang besar dan berurat macam Zul Arifin memang sangat best. Terus tertidur jawabnya.

# Masak bersama-sama.
Kalau dapat si dia yang pandai masak tak pelah juga dapatlah rasa masakan dia tapi dia mesti masak makanan yang tak pedas dan ikut selera aku. Dan aku pulak masak ikut citarasa dia kalau tak sedap dia boleh masak sendiri. Part yang paling romantik sekali bila buat kek sama-sama, tak kisahlah apa jenis kek pun. Sudah semestinya si dia kena pegang mesin pemutar tu, aku just masukan bahan-bahannya sahaja. Laki nampak cute sangat bila masuk dapur, cairnya hati I. Dan menjadi satu kelebihan kalau dia ada rumah sendiri. Boleh dating kat dalam rumah je, lepas masak-masak makan sama-sama sambil bermanja mesra gitu.

#Bercuti di tempat bersejarah.
Sudah semestinya aku akan ajak dia pergi Melaka sebabnya banyak makanan yang best dan murah. Awal-awal pagi dah keluar untuk melakukan aktiviti sebabnya nanti panas tak best pulok, banyak tempat yang bersejarah yang boleh pergi dengan jalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki kenderaan. Bila dah penat boleh minum cendol or ABC sambil tengok bangunan merah dan sungai melaka. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa lagi menambahkan kebahagian. Dapat makan tart nenas yang baru keluar oven di Jonker Walk memang best, makan rojak dan sate di kampong jawa sambil tengok bot yang membawa penumpang di sungai melaka. Oh bestnya makanan dan juga berpegangan tangan dengan dia.

#Workout atau berjoging bersama.
Menjadi satu kelebihan kalau si dia suka pergi gym dan ada six pack dengan body yang berketul-ketul. Sudah semestinya nak juga ikut dia pergi gym sambil suruh dia ajar cara mainkan alatan yang ada di gym sambil tu juga berdate dalam gym sambil mata aku mencuci mata kearah yang lain itu pun kalau jumpa yang elok lah. Atau pun berjoging waktu petang dengan si dia.dekat taman atau pun mana-mana je lah sambil bergurau senda. Cewah!. Gedik.

#Tidur bersama?.
Bergantung pada keadaan dan masa. Hehehe. TAPI just tidur sahaja ye tanpa melibatkan apa-apa yang berat. Dan semestinya aku akan lengkap dengan pakaian dan si dia? aku tak tahu samada just boxer ke atau tak pakai apa-apa ke atau berpakaian penuh macam aku, entah sebabnya calonnya belum ada. Rasa macam best pulak bila tidur bersama-sama dan bila pagi esok bangun tengok muka dia pagi-pagi. Dan nak letakan kepala atas perut dia yang six pack tu kalau ada ataupun kat dada dia yang bidang itu. Mesti cute dan handsome kan bila tengok si dia tengah tidur. 'Orang kata nak tengok pasangan kita handsome atau tidak tengoklah mukanya ketika tidur'. Sila buat kat pasangan kau orang.

#Solat bersama.
Salah satu impian aku bila dengan si dia. Aku suka sangat dengar suara lelaki baca ayat-ayat suci. Rasa selesa dan aman je. Walaupun kita macam ni tapi benda yang wajib tentang agama kenalah buat juga. Hope dapat si dia yang tak lupakan Tuhan. Yang boleh menjadi imam kepada solat ku. Terutamanya solat subuh, sama ada dia kejutkan aku atau pun sebaliknya dengan suara yang serak-serak basah membaca ayat-ayat suci memang sedap telinga mendegarnya.

#Dengar si dia main alatan music.
Sekiranya kalau dia memang pandai main alatan music seakan bonus, laki terutamanya gitarkan. Ok lah juga sambil dengar dia petik gitar dan suara dia bernyayi. Aku just tengok je. Sambil menatap muka dia lama-lama untuk lepaskan rindu padanya. Sebenarnya aku amat cair sekali dengan bunyi piano. Boleh terus jatuh cinta pertama gitu. Punyalah demand kau. Ingat murah ke apa nak belajar piano lain lah kalau si dia tu anak umie aida yang pandai piano tu. Gitar pun boleh lah juga. Kalau tak ada kemahiran pun tak pe. Sebabnya aku pun tak pandai dengan music.

*Ini sahajalah kot rasanya senarai impian dengan sidia kalau ada lagi mungkin akan selitkan di lain entri. Cuma angan-angan sahaja samaada dapat atau tidak belakang ceriter.*

Sayonara-.-
  


12 comments:

  1. So sweet.
    HArap-harap tercapai la impian macam ni kan. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. 'sambil tu juga berdate dalam gym sambil mata aku mencuci mata kearah yang lain itu pun kalau jumpa yang elok lah'

    hmm..baru berangan da pasang niat nak curang? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan curanglah awak, cuci mata je dah rezeki depan mata.

      Delete
  3. Si Dia tak datang bergolek begitu saja .. usaha la mencari .. mesti dapat. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ni mcm ada nak bg hint je ni.. dont worry, usaha sikit cnfirm dapat.. ;)
    good luck then

    ReplyDelete
  5. Omomo..sewit lah..boleh dpt punyer bro. Aku ada sorang kawan ni.mula2 kapel dh listkan xnak main. sekarang aku tgk kawan aku ni hepi giler. bila cuti gi dating.kawan aku tiba2 jadi rajin masak. Bnyk selfie dgn bf dye. Dan kawan aku ni totally nmpk macam abang2 sangat.. tu kuasa cinta kot.gitu. hahaha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen.:-)

      Delete