Pages

Click Me

Monday, 9 March 2015

Cinta Blogger

Hello and Hai.

Selamat hari Isnin dan selamat membuat apa juga aktiviti anda. Ternyata dalam diam yang blog aku ni banyak silent reader sehinggalah entri 3 Blogger ini aku post di blog, maka ramai yang add aku di wechat. Sudah semestinya bertanya siapakah gerangan 3 blogger tersebut. Terima kasih sebab sudi baca blog aku ni dan harap kita dapat berkenalan di antara satu sama lain.

Kembali semula kepada niat asal untuk menaip entry pada hari ini. Cewah!. Sebenarnya daripada tahun lepas lagi aku dah suka baca satu blog ini, boleh dikatakan selalu sign in blog mesti singgah kat blog dia dulu. Tengok apa yang dia update, dia juga bercerita tentang diri dia, cinta, ahli keluarga dan sedikit sebanyak aku tahulah juga tentang diri dia itu. Tentang latar belakang dia, anak ke berapa, apa yang dia suka.

Bila dah setiap hari hadap blog yang sama, hati mana yang tak jatuh hatikan. Gaya penulisan yang ringkas dan tepat pada matlamat membuatkan aku lagi senang nak mendalami apa yang ingin dia sampaikan melalui dari entrinya. Namun begitu tak semualah entry dia yang aku baca sebabnya aku tak follow blog dia, kadang-kadang terlepas tu baca. Dah lama aku menjadi silent reader maka satu hari itu aku pun beri komen kat satu entry dia, dan dia balas. Happy sekejap!.

Bermula dari saat itu setiap entry dia memang aku akan komen dan dia membalas komen tersebut. Dan satu hari timbul satu perasaan, di mana aku nak sangat berkenalan dan tahu siapakah si pemilik blog tersebut. Aku bermula dengan add dia di fb dan bermula misi untuk tahu siapakah pemilik blog tersebut. Aku cuma melihat sahaja tanpa like atau comment di setiap post dia. Aku hanya mampu menjadi pemerhati dari jauh sahaja.

Bila baca setiap daripada entry dia maka aku pun tahu kisah hidup dia terutamanya kisah cinta dia. Pada mulanya agak macam sentap bila dia kata dia sedang dalam perhubungan dengan seseorang, tertiba timbul satu rasa yang sukar aku nak luahkan. Tapi aku cepat sedar diri yang aku ni cuma pembaca blog dia sahaja. Entah ya entah tidak dia pernah ke tidak datang singgah kat blog aku ni. Bila aku dah sedar siapalah diri ini maka aku hanya anggap yang aku salah satu daripada pembaca blog dia sahaja tiada lebih daripada itu. Sudah semestinya dia pun beranggapan sebegitu rupa.

Walaupun pada mulanya aku macam rasa lain sikit baca blog selepas tahu dia sedang dalam perhubungan dengan seseorang akan tetapi setiap entri dia memang aku akan tinggalkan komen. Kisah cinta dia daripada awal sehingga akhir semuanya aku baca. Sehinggalah hubungan tersebut putus di situ. Maka berubahlah corak entry dia yang sebelum ini ceria dengan bunga matahari berubah kepada cuaca yang lain. Banyak pembaca blog dia memberikan kata nasihat, semangat dan motivasi termasuklah aku ini. Dia luahkan kekecewaan dia, apa yang dia lalui dan alami, cara dia move on daripada peristiwa itu. Dan sedikit sebanyak juga aku dapat merasai apa yang dia rasa. Sebabnya aku jenis bila baca sesuatu akan betul-betul merasai, menghayati dan gambarkan keadaan dan situasi yang di tulis. Tu sebabnya malas nak baca novel lagi.

Namun begitu aku tahu dia yang seorang jenis yang kuat hanya sedih sementara sahaja. Dan setiap kali aku baca blog dia, perasaan ingin tahu siapakah gerangan si blogger itu semakin lama semakin kuat. Sehinggalah satu hari bagaikan doa aku di makbulkan dimana aku dapat mengenali si blogger tersebut dengan lebih dekat dengan cara itu. Dengan cara apa aku tak ingin sharekan disini, cukuplah cuma kami berdua sahaja yang tahu. Setiap hari kami berkongsi ceriter, bertukar khabar, tapi rasanya aku lebih banyak bertanya dan dia lebih banyak menjawab soalan dia. Bila dah lama begitu, barulah aku tahu peragai sebenar pemilik blog tersebut. Memang sangat lain apa yang aku bayangkan semasa aku baca blog dia dengan dia yang aku berhubung sekarang ini. Namun aku senang dengan peragai dan sikap dia walaupun kadang-kadang tu rasa macam nak babam dia je. 

Bila dah berhubung berdua, aku nak bagi hint yang aku suka kat dia tapi dia perasaan yang aku suka kat dia. Malunya!. Aku tak tahu dia suka kat aku atau tidak. Aku tak pernah tanya. Nak dikatakan kami selalu bersama tidak juga sebabnya dia busy dengan dunia dia dan aku busy dengan dunia aku. Ada masa kami akan berhubung dan tidaklah setiap hari. Kadang-kadang cara dia tu bolehkan membuatkan aku jatuh hati, marah, sedih dan gembira tapi itulah dia yang kadang-kadang akan muncul tanpa aku duga sama sekali.

Dia blogger yang agak popular dan selalu meninggalkan komen di blog-blog lain yang aku singgah, sebelum komen aku mesti tengok apa yang dia komen di blog orang lain barulah aku komen. Dia ramai peminat dan siapalah aku untuk menjadi lebih daripada itu. Masing-masing ada kehidupan lampau dan kadang-kadang kehidupan lampau tersebut akan sentiasa segar di ingatan dan membuatkan kita kaku dan kelu untuk menghadapi waktu sekarang. Bagi aku, hanya anggap dia sebagai kawan, untuk lebih daripada itu biarlah masa menentukan segalanya. Perasaan bukanya boleh di paksa tapi boleh berubah dengan sendirinya.

Namun begitu aku sedar diri yang aku hanya ada beberapa tahun sahaja lagi dan sekirannya memang jodoh aku dengan dia pastinya aku menolak walaupun satu masa dulu aku ingin lebih daripada sekadar teman biasa. Aku tak nak dia menderita lagi seperti sebelum-sebelum ini. Dan sangat bersyukur sekiranya dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada aku. Apabila waktu hampir tiba nanti aku akan mendiamkan diri daripada berhubung dengan dia, biarkan dia rasa sakit itu awal dan dapat menerima hakikat di akhirnya nanti. Satu hari nanti pasti dia akan faham tentang tindakan aku.

Sayonara....

14 comments:

  1. jangan terlalu merendahkan diri.. yup, rendah diri tu amalan mulia, tapi dont too low.. nnt bleh buat kita low self-esteem.. just be moderate.. and dont push yourself too much.. takut nnt terluka.. just chill and sempoi ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk kata-kata tersebut. u too k.

      Delete
  2. kompang di palu..pengantin malu...minggu depan cuti sekolah,elok la tu buat kenduri kawen..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kamen. masuk meminang pun belum macam mn nak kahwin. hahahahaha. cepatlah masuk meminang I k..

      Delete
  3. Hai .. yang nie orang kenal sape dia ..huhu ..harap blogger tue dapat respon kat awak. Kalau masing2 dah single, apa lagi .. ke pelamin la ye ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah orangnya wahai en Numan?. Samada betul atau pun salah tekaan awak tu. hehehe. Nantikan..

      Delete
  4. Macam kenal je siapa gerangan blogger bertuah tu. Hopefully dia baca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u kenal ke?. Pandai teka tau. Hehehe.

      Delete
  5. untung la... i dibiarkan terkontang-kanting....

    ReplyDelete
    Replies
    1. you, napa cakap macam tu,? i tak pernah biarkan you keseorangan. You pun tahukan I sentiasa ada untuk you....

      Delete
  6. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
    k bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi panjangnya hhh.. Ok bye abang cute.

      Delete
  7. WAHHHHHH !
    Good luck !
    All the best !
    Untunglah !

    ReplyDelete