Pages

Click Me

Thursday, 12 March 2015

Kisah Cinta. Part 1


Sejak peristiwa yang lepas hubungan aku dengan dia macam biasa dan disebabkan oleh peristiwa itu kami meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing. Maka kata putus pun di buat yang kami cuma berkawan sahaja untuk tempoh yang terdekat ini. Tentang hal yang lebih mendalam akan difikirkan kemudian. Sejak dia tahu tentang perasaan aku pada dia, dia tidak menunjukan tanda-tanda kurang senang atau ingin menjauh tapi lebih matang dan menjadi seorang yang sangat prihatin.

Setiap detik kami sentiasa berhubung bersama-sama tanpa ada perasaan jemu sehingga mata terlelap sendiri di waktu malam. Kami berkongsi ceriter, aktiviti seharian kami. Semestinya aku merasa malu bila dia sudah tahu perasaan aku padanya namun begitu dia seolah-olah tidak kisah tentang itu, malahan hubungan kami semakin rapat. Aku selesa dengan apa yang ada jadinya biarkan perasaan yang lain datang dengan sendirinya. Tanpa paksaan atau paras rupa. Bila hati dah terpaut perkara lain bukan halanganya lagi. Biar lambat tapi berkekalan.

Si dia pun kata biarlah perasaan itu muncul dan dia akan membuatkan kami sama-sama terjatuh cinta. Dan sekirannya jodoh milik kami berdua semestinya tidak kemana-mana. Aku cuma tersenyum mendegar begitu, hanya waktu sahaja yang menentukan. Masing-masing mempunyai kehidupan yang tersendiri, aku dengan dunia dan dia juga. Dalam perhubungan tidak sentiasa indah sahaja, ketika dia mempunyai masa untuk aku tapi aku buat hal sendiri sampaikan dia sendiri merajuk dengan aku, terus dia diam tak balas chat aku. Cubalah pujuk tapi tak berjaya hanya mampu wish selamat malam. Biarkan dia cool dan sejuk dulu. Nanti dia ok lah tu. Bukan mudah nak tawan hati si jejaka ini. Aku pulak bukan pandai sangat bab pujuk ni. Bila dia dah cool barulah pujuk, pujuk dengan cara aku sendiri. Pagi-pagi subuh lagi dah dapat chat dari dia, sweet sangat!. Kira dah ok lah tu mood tu kan.

Rasa-rasanya kalau i merajuk si dia nak pujuk ke?. Nak trylah merajuk. Kalau dia pujuk tak pe lah. Nanti kena pulak pujuk diri sendiri. Tak ada masalah jangan nak buat masalah. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik bagi dia,cuba buat dia selesa dengan aku,sentiasa ada untuk dia, cuba memahami keadaan dia namun aku tidak sempurna untuk semua itu kerna aku juga manusia. Dan pastinya dia memahami.

to be continue..

9 comments:

  1. Maka adakah ini permulaan kepada telenovela yang akan muka bersiar di arena blog .. live lagi ..suker suker ..

    Nu'man doa kan moga yang terbaik untuk awak dan dia ... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih numan..selamat membaca untuk entri seterusnya.

      Delete
  2. jangan terburu-buru mengejar sesuatu yang belum pasti..biarkan ianya berlaku secara natural,tidak perlu dipaksa atau memaksa.

    ReplyDelete
  3. aww, so sweet la awak ngan dia...

    biasanya kalau lelaki merajuk ni sebab nak kan perhatian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet sangat wak. owh nak perhatian rupannya, nanti 24 jam i perhatikan dia k. hehehe

      Delete
  4. Cinta akan mjadi indah, jika tawa adanya tangis, jika benci adanya rindu, jika rajuk ada yg memujuk, Cinta menjadi lara andai setia dicurangi, janji dimungkiri, kata bernada dusta, smoga cinta itu milik anda berdua

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat puitis kata-kata abng, terkesima sekejap. hehehe

      Delete
  5. Cinta akan mjadi indah, jika tawa adanya tangis, jika benci adanya rindu, jika rajuk ada yg memujuk, Cinta menjadi lara andai setia dicurangi, janji dimungkiri, kata bernada dusta, smoga cinta itu milik anda berdua

    ReplyDelete