Pages

Click Me

Wednesday, 18 March 2015

kisah Cinta. Part 2


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jangan kita menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran, jangan terlalu cepat meletakkan sesuatu hukuman atau gelaran kepada seseorang sekirannya kita belum mengenal seseorang dengan lebih mendalam. Ketika awal perkenalan dulu dengan sidia, aku rasakan dia ni tidak romantik, macam poyo je tapi bila semakin lama berbalas chat, berkongsi ceriter sidia mencari romantik, caring dan memahami. Terus terdetik dia hati 'romantik juga jejaka ni' mahu tak terjatuh cinta.

Kadang-kadang ketika berbalas chat dengan sidia aku tersenyum tersendiri. Bila-bila masa je dia melafazkan kata-kata cinta kepada aku. Membuatkan hari yang indah menjadi lebih indah umpama ada cahaya matahari extra. Dan malam bermimpi yang indah bila sebelum tidur berchat dengan dia. Walaupun perhubungan kami di tahap teman sahaja, biarlah masa menentukan segalanya. Sekirannya nanti dia sudah temui apa yang dia cari selama ini, aku akan undurkan diri, ketika dia keseorangan biarlah aku menjadi temannya.

Sejak akhir-akhir ini, selera makan aku semakin bertambah. Kalau dulu banyak makanan yang aku akan sekat terutamanya yang manis seperti coklat atau makanan yang mempunyai gula yang tinggi. Walaupun baru lepas makan yang berat-berat aku masih lapar dan terus mencari makanan yang lain. Ahli keluarga aku terasa pelik, perubahan yang amat mendadak. Bahagian pipi aku sudah terasa berat dan hampir membulat seperti pau, tiada lagi V shape seperti sebelum-sebelum ini. Mungkin disebabkan terlalu banyak benda yang harus dilaksanakan membuatkan aku cepat lapar apabila bila memerlukan pergerakan fizikal yang terlalu banyak.

Pagi itu, seperti biasa sidia akan hantar chat setiap pagi dan hari itu kami cuma berbalas beberapa chat je. Katanya sekirannya dia tidak balas maksudnya dia sibuk sebabnya banyak kerja yang perlu diuruskan segera.

Dia : Morning u

Me : Morning too..

Dia : Nanti i busy k, kalau tak balas chat u i minta maaf.

Me : Tak pe, i faham. Take care.

Dia : U too. Sayang i tak?

Me : Sayang.

Dia : Tq.

Me : Sama-sama.

Apabila jam menunjukan ke angka 7 pagi maka tamatlah sesi chat kami dan terus sepi selepas perbualan itu. Hanya aku yang sering hantar chat kat dia walaupun tahu dia tidak akan balas namun masih berharap yang dia akan balas. Aku tengok fb dan ig dia tiada new update sama macam terakhir kali yang aku tengok. Sambil-sambil tu tengoklah orang lain punya, selak satu persatu tengok apa yang orang komen, scroll dan scroll sehingga jari aku terhenti pada satu comment. Sebabnya macam kenal akaun orang yang comment tu, sidia comment kat gambar Mr N. Siapa Mr N ni?. Sejujurnya aku tidaklah berapa kenal sangat dengan Mr N ni cuma kawan di alam maya sahaja, like dan comment sahaja.

Dekat akaun si dia pun Mr N ada like dan comment, sebabnya kami kenal di alam maya sahaja itu yang aku tahu, kalau mereka ada jumpa di alam realiti tidak pulak aku tahu. Sebabnya aku berjauhan diantara sidia dan Mr N, akan tetapi mereka agak berdekatanlah juga.



***Gambar Mr N****



SiDia : Morning, hug and kiss

Mr N : Morning hug and kiss tooo......

Apa yang aku rasa bila aku baca macam tu?. Tak rasa apa-apa pun, sebabnya sudah acap kali aku ingatkan diri, hati dan perasaan tidak boleh di paksa seadainya dia sudah ada yang berkenan di hati maka, aku mengundurkan diri dari hati dia. Sudah semestinya nanti aku akan soal siasat hal ini dengan sidia, tak kan nak buat andaian sendiri. Sekiranya betul tak pe lah jugakan kalau sebaliknya kan dah rugi.

Sejujurnya dari awal lagi aku dapat mengagak yang Mr N ada hati pada sidia, cara Mr N membalas comment sidia samaada di gambar sidia atau Mr N nampaklah juga bunga-bunga cinta yang di lepaskan melalui tulisan. Dan sidia memang akan membalas dengan bunga-bunga cinta juga sebabnya tu lah peragai sidia sampaikan aku pun boleh tersangkut dan syok sendiri dengan sidia. Dan sidia pun macam ada hati dekat Mr N sebabnya sidia pernah bertanya dengan aku tentang Mr N.

Sidia : You kenal tak Mr N?.

Me : Tak berapa sangat, kenal macam-macam tu je. napa?

Sidia : Ingat u kenal, rasa macam nak ngorat dia. tapi tak tahu macam mana nak berhubung.

Me : *Terangkat kening sekejap bila baca chat dia***. Owh!. Rasanya sesuai sangat u dengan dia, gi lah try..

Sidia : Lain macam je ayat u. I gurau je lah.

Me : I tak kisahlah u, kan kita ni kan cuma kawan je tak lebihkan. Itu hak u.

Sidia : Ok. hahahaha.

Sebetulnya memang sesuai pun sidia dengan Mr N tu. Dengan pengalaman mereka boleh dibuatkan sebuah novel yang bertajuk 'dia untuk ku' kalau nak dibandingkan aku dengan Mr N, kami sebaya, dari paras rupa pulak no comment. Masing-masing mempunyai kelebihan dan tarikan yang tersendiri. Siapa aku untuk menilai itu semuakan, lain orang lainlah pandangannya. Kalau mereka berhubungan siapa aku untuk marah, menghalang, aku tiada status di dalam kehidupan sidia.


to be continued 



6 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...hati tengah bahagia..selera pon bertambah...tahniahhhhh....:)

    ReplyDelete
  2. So, si dia nie jenis sweet talker juga la. Kehkeh.
    Kalau betul .. maka perkataan sayang, hug n kiss tue semua nya xde makna sebab mende tue dah biasa bagi dia ..ayat pancing kann .. huhuhu

    Anyway, Mr N tue bukan Nu'man tau .. mungkin Mr. Nov ?? Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru nak komen benda sama..

      aku boleh rasa Mr.N jenis yang sukakan attention untuk boost ego dia.

      "u sayang i tak?" <--- ayat perangkap tipikal..then bila kau cakap 'sayang',dekat situ ko dah naikkan ego dia..

      Delete
    2. Hahaha. Mr. Nov pun bukan. Hmm. Maybe Nadharaj a/l muthusamy? Jeng jeng jeng.

      Betul apa yg Mr. Numan and abam kamen tulis. Kata2 yg terbit dari seorang sweet talker hanyalah nista dusta semata.

      Delete
    3. Numan : Bukan numan dan juga Mr Nov. hehehe.

      Kamen : Betul tu wak.

      Mr Nov : Amboi, panjangnya nama siapa ada nama ayah sekali.

      Delete