Pages

Click Me

Tuesday, 24 March 2015

Kisah Cinta. Part 3


Petang itu, ketika aku sedang workout, chat bertubi-tubi masuk. Rasa pelik biasanya waktu petang tiada yang menggangu. Berhenti sekejap dan aku lihat sidia yang hantar chat. Bekerut dahi, ada apa dia hantar chat waktu petang.

Dia : Hai u. Tengah buat apa?. U kat mana?.

Me : Hai too. Tengah workout. U?.

Dia : ok, sorry kacau. Baru habis kerja.

Me : Dah habis dah.

Dia : Mesti seksi body u, nak tengok.

Me : Tapi tak seksi macam kim.

Dia : Motif sangat nak macam kim. U takut i pilih yang lain ke?.

Me : No..Happy for u. ke u takut i pilih yang lain?.

Dia : Tak lah. Itu life u kan, so up to u.

Me : U kan hot, ramai peminat.

Dia : Yeke?. Tak lah. Biasa je.

Me : Mr N kan minat kat u, dan u pun minat kat dia kan.

Dia : Tertiba sebut tentang Mr N. Napa ni sayang, u cemburu ke?

Me : Tak adalah. k lah i nak mandi. Bye.


Tiada mood nak chat bila badan dah penat. Sekali sekala buat peragai apalah salahnya. Dan adalah juga beberapa kali dia bagi chat namun aku biarkan chatnya sepi tanpa aku membalasnya. Memberi ruang dan masa kepada diri sendiri untuk bertenang dan berfikir dengan sabaiknya. Bohong kalau aku kata aku tak rindu bila chat dengan dia. Namun aku tahan perasaan itu daripada menyelubungi diri ku.

Kalau aku tidak balas chat dia pastinya dia ada yang lain mampu melayan dia lebih daripada aku. Biarkan dia rasa apa yang aku rasa atau pun dia tidak rasa apa-apa pun. Itu terserah dia. Banyak lagi perkara penting untuk di fikirkan daripada hal dia.

Dan benar tekaan aku, memang tiada chat dari dia. Selalunya memang aku yang hantar chat terlebih dahulu kepada dia dan mulakan bicara. Siapalah diri ini didalam kehidupan dia, tiada 'title' yang aku sandang di dalam kehidupan dan hati sidia. Aku menahan diri untuk hantar chat kepada dia.

Setiap kali long in wechat, facebook dan blog pastinya akan nampak apa yang dia update dan aku cuma melihatnya dari jauh. Nak tengok sejauh mana kehidupan dia dan juga Mr N tu. Kata sidia yang dia mempunyai personal problem dan tidak sempat nak melayan aku tapi boleh je bermesra dengan Mr N di ruangan komen. Bersayang, bercinta bagai. Lebih mesra sidia melayan Mr N daripada sidia bersama dengan aku dulu. Mr N pun lebih mesra dengan sidia berbanding aku.

Kalau dulu, aku agak terasa dengan peragai sidia tapi sekarang tiada apa-apa rasa. Aku tidak menyalahkan kedua-duanya. Bagi aku kalau orang dah beralih arah buat apa mahu menagih simpati lagi. Banyak lagi yang diluar sana 10 kali lebih hebat dari sidia. Aku mencari kekuatan untuk berbincang benda ini dengan sidia. Biar semuanya jelas dan tahu kedudukan perhubungan yang sebenar.

Aku tidak mengharapkan apa-apa pada sidia. Jika Mr N dapat membuatkan sidia bahagia aku pun turut bahagia dan gembira dapat melihat sidia mengukirkan senyuman dan sentiasa ceria dalam kehidupan dia. Biarkan aku sendiri merawat diri sendiri dengan cara aku. Kadang-kadang bersendirian itu amat perlu untuk berfikir lebih matang dan waras. Untuk beberapa hari aku tidak long in dalam beberapa akaun. Aku cuba untuk menjauhkan diri buat sementara sambil mengumpul kekuatan untuk bersua dengan sidia.




Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Chorus:
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Chorus

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu





to be continued.

11 comments:

  1. sian you... hope you okay...
    takde jodoh yang ini, ade jodoh yang lain pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu you. .mungkin dengan you atau dengan orang lain.

      Delete
  2. Jika di cuit Mr.N disana, Nov collins disini juga terasa. #sedeh

    Jangan tension2 sgt. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u too k. btw, u lagi handsome dari Mr N. Hehehe.

      Delete
  3. Jangan risau...banyak Mr.N di luar sana...Nov Collins,Nu'man,N.....siapa lagi?hehe

    moga kau kuat menghadapi semua ni..jadikan sebagai pengajaran..apa yng kita lalui dalam hidup ni mengajar kita erti kematangan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete