Pages

Click Me

Monday, 30 March 2015

Kisah Cinta. Part 4


Setiap hari aku tidak pernah lupa untuk berdoa supaya diberikan kekuatan dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat. Kadang-kadang bukannya kita rindu pada orang itu tapi kita rindu pada rutin yang selalu kita lakukan bersamanya. Setakat hari ini aku masih dapat menahan diri daripada menghantar chat pada SiDia, aku ingin tahu apa khabar dia, dah makan ke belum,sihat ke tidak dia sana. Lebih kepada perasaan ingin tahu berbanding dengan perasaan rindu. Tidak mudah bagi ku ingin menglupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup ku, hanya masa yang menentukan segalanya. Seperti hujan yang menghapuskan jejak dan apabila hujan reda maka hilanglah jejak itu.

Malam itu, lama aku berteleku di atas sejadah. Bermuhasabah diri dan mencari kekuatan diri yang hilang. Panjang doa ku malam itu.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa-dosa ku selama ini samaada aku menyedarinya atau pun tidak. Ya Allah, Kau hilangkanlah rasa apa yang aku rasa pada masa ini. Ya Allah Kau hilangkanlah perasaan aku pada sidia sekirannya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan aku dan apa yang aku rasa ketika ini. Ya Allah hilangkanlah rasa yang tidak enak di dalam fikiran aku dan hati ku saat ini. Sesugguhnya Kau lah sebaik perancang dan ku serahkan segalanya pada Mu Ya Allah.

Amin..

Selesai berdoa aku rasa sangat lapang di fikiran dan di dada ku. Malam itu aku dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan apa-apa. Suasana yang sepi malam membuatkan aku lebih mudah melelapkan mata.

Keesokanya aku meluangkan masa dengan kawan baik ku dan bercerita tentang masalah ini kepada dia. Salah seorang kawan yang tahu tentang sisi gelap aku ini.Aku bersyukur sangat kerana dia sahabat yang sentiasa ada untuk aku dan juga aku sebaliknya.

Me : Mia!.

Mia ; Ye! Wei lamanya tak berchat..

Me : Tahu tak pe. Aku ada benda nak share. Kau free tak?.

Mia : Tengah free ni. Tentang apa?.

Me : Aku ceritankan semuanya dari A sampai Z.

Mia : Hahahahahahahaha. Laki ke perempuan?.

Me : Lawak sangat..hahahahahaha.

Mia : Ok2. Bagi akulah pergi tanya dia elok2 dan selesaikan semuanya. Kan senang.

Me : Memang pun. Cuma waktunya belum tiba. Wei carikan aku calon.

Mia : Perempuan adalah. Laki tak ada. Hahahaha. Carilah perempuan, kan senang.

Me : Amboi. hehehe. Nak yang macam ashraf sinclair juga.

Mia : Nak yang kacuk je, melayu tak nak.  Semoga kau dapat k. hehehe.

Me : Hahahahaha. T kalau dah dapat aku bagi tahu.

Mia : Jangan lupa gi tanya sidia tu. Jangan tangguh-tangguh lagi k.

Me : Ok beb!.


Rasanya dah lebih dari sepuluh aku menonton manisnya cinta di cappadocia sebabnya tak puas tengok fazura, cantik sangat. Aku rasa tenang dan terhibur bila tengok cerite ni dan part yang sedih tu kadang-kadang nagis juga walaupun dah tengok banyak kali. Akhirnya setelah beberapa hari aku sudah bersedia untuk bermanja dengan sidia buat kali terakhir, eh bermanja ke?. Bukan bermanja tapi untuk selesaikan apa yang harus di selesaikan. Kalau nak bermanja pun apa salahnya kan. Hehehe.

Waktu malam pastinya sidia tidak busy dengan kerja makanya hal ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman dan tidak tergantung.


Me : Hai u.

Sidia : Hai too.


Me : U busy tak?.


Sidia : Tak, kenapa?


Me : Nak cakap pasal kita.


Sidia : Ok, u nak cakap pasal apa?. Sorrylah kalau i busy tak sempat nak layan u.


Me : Kita berkawan je kan. Tak lebih dari itu kan.


Sidia : Setakat ini berkawan, i tak tahu nak cakap macam mana, nak kata suka kat u, i tak pernah tengok gambar full u,entahlah susah nak cakap macam mana. Sorry sangat.


Me : I tak salahkan u pun. Hehehehe. u...


Sidia : Yup napa u?.


Me : I rasakan kita kawan je lah. ok tak?


Sidia : Suka hati u, i ok je. Janji u happy.


Me : Hehehe.so lepas ni tak boleh lagi bermanja2 lagi. Kena behave. Hhehehe.


Sidia : Hahahahahha. Yelah u.


Me : U kan dah berpunyakan. Nanti jeles lak orang tu.


Sidia : Mana ada u ni?. I single k. Nakal u ni. hehehe.


Me : U, terus terang je lah. I ok je. Kan kita dah berkawan. I tak paksa kalau u tak nak share dengan i.

Sidia : Betullah tu. I kenal u sebelum i kenal Mr N tu, i cuba untuk sayang, jatuh cinta dengan u tapi perasaan itu tak ada dalam hati i. Tapi bila i kenal dengan Mr N i jatuh cina dengan dia. I tahu u suka kat i dan i tak sanggup nak bagi tahu u.

Me : U, i ok je lah. Yang penting u happy dan tersenyum bila dengan Mr N tu. Tiada guna u paksa diri u untuk suka kat i kalau hati u milik orang lain. U pun tahukan yang i lebih suka beterus terang dalam semua benda. U tak payahlah risau tentang i, lama-lama i ok lah. Hehehe.

Sidia : Tq. Muuahh...

Me : Itu yang last k, lepas ni kena behave. hehehehe. Kita kawan k.

Sidia : Baiklah sahabat, i janji lepas ni i tak buat lagi. Kul berapa nak tido ni?

Me : Sekejap lagi. Napa?

Sidia : U kan tido awal, ni dah kul brapa dah. G tido, esok kita sambung lagi.

Me : Sayang juga u kat i kan. Yelah nak tido dah ni. U tu pun tido cepat.

Sidia : U tido dulu k, i kena siapkan kerja ni sambil chat dengan u. Hehehe. U tido lewat nanti tak cute lagi. Dah gi tido. Nite-nite.

Me : ok2 nak tido ni. nite-nite.

Sidia : Assalamualaikum...

Selepas chat dengan dia, dapat aku rasakan pipi aku basah. Biarlah untuk kali terakhir dan tiada lagi selepas ini. Disebabkan keletihan aku tertido dengan linangan air mata bersama ku. Mentari esok masih ada untuk aku. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Biarkan aku keseorangan malam ini melayan dan merawat diri ku. Meskin aku tidak 100 peratus ada hati pada sidia sebelum ini namun ingatan memori itu tetap ada. Biar lambat melupakan seseorang daripada timbulnya perasaan yang lain.



To be continued...



8 comments:

  1. sweet.. its actually better be like this.. daripada kau memendam perasaan dan mngharapkan sesuatu yg tak pasti.. and still r/ship antara kau dn sidia masih baik.. chill.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu. Tu sebabnya berterus terang dengan sidia pasal benda ni. Tak payah nak pening kepala kalau ada jalan keluarnya yang amat mudah.

      Delete
  2. If the guy don't see you in his future. Then quit. Don't waste time berharap pada perkara yang sia2.
    Untuk downgrade rasa sayang macam kekasih kepada just a friend .. not that easy. Awak memang penyabar dan kuat kalau boleh buat macam tue. Kalau Nu'man .. I will just leave .. everything. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni bukannya kuat atau penyabar sangat pun orangnya. Memang rasa pelik sikit tertiba jadi kawan tapi itu kira ok lah juga. hehehe. pada awal agak sukar nanti lama-lama ok hendaknya.

      Delete
  3. kasi tabik kat awak...sebab kuat untuk hadapi benda ni...
    kalau saya....mau meroyan bertahun2...hahahaha..
    chill je bro...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan hati nak meroyan tapi disebabkan ada kerja yang kena settle kan maka simpan dulu meroyan itu. Hahahaha. Saya ni tidaklah sekuat mana pun wak.

      Delete
  4. Bagus ah kau sungguh seksi keputusan yang kau buat. Haha. Kalau aku, aku akan hapuskan semua jejak yang pernah dia tinggalkan. Even tapak kasut dia kat tanah depan rumah aku pun, aku akan cangkul buang. Hehe. Chill je. esok lusa. elok lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I memang seksi pun. Hahahahahaha. Nanti lama-lama ok lah tu kan. Amboi sampai macam tu sekali u nak hapuskan jejak dia.

      Delete