Pages

Click Me

Sunday, 5 April 2015

Kisah Cinta. Part 5


Pagi itu agak awal aku bangun, pukul 5.30 pagi mata aku sudah tersedar. Lantas aku bangkit dari katil dan terus menyinsir langsir kiri kanan, membuka dedau tingkap agar udara sejuk dan segar dapat memasuki kamar ku. Angin pagi menyapa lembut ke tubuh ku sambil aku melihat langit masih gelap di luar. Hari ini bermula lembaran baru dalam hidup aku dan aku tidak sabar untuk mewarnainya.

Aku terus bergerak ke dapur untuk membuka dedaun tingkap satu per satu supaya angin segar dapat memasuki rumah dan pada masa yang sama aku on kan suis radio supaya hilang sunyi dan kedengaran surah-surah suci al-quraan dan zikir harian berkumandang di corong radio. Aku suka bangun pagi termasuk weekend sebabnya macam-macam kerja yang boleh di laksanakan awal pagi.

Dapat chat daripada sidia ketika aku sedang sibuk membuat kerja-kerja rumah. Ingat lagi sidia dekat aku rupanya, walaupun cuma sebagai kawan sahaja.


Sidia : Morning sahabat.

Me : Morning too sahabat.

Sidia : Jangan lupa breakfast, ada kelas tak?

Me : Tengah breakfast ni. Hari ni cuti. U tgh buat apa?.

Sidia : Baru lepas mandi, nak siap-siap.

Me : Owh, ok. take care, have a nice day.

Sidia : U too k. hehehehe.

Me : Pagi2 dah suka, napa ni?. Ni mesti pasal Mr N kan.

Sidia : Hahahaha. U ni. Mr N tahu kita berkawan. hehehehe

Me : Owh.. hahahahaha. Good.

Sidia : Ok, hehehehe.

Me : Ok dah, pergi siap cepat t lambat pulak. Bye!.

Sidia : Ok bye!.


Aku dah minta izin mama nak pakai kereta, nasib baik mama tak banyak tanya cuma rasa pelik je. Pastinya bukan mudah bagi keluarga ku nak melepaskan aku drive kereta bersendirian termasuk abang-abang aku yang buat muka pelik. Nasib baiklah dapat juga aku kereta dan aku dah janji tak pergi jauh-jauh cuma ke berapa tempat sahaja. Dan nasib baik juga jalan pergi ke tempat kerja mama aku sama laluan dengan abang-abang aku.

Selepas selesai semua kerja, aku bersiap-siap untuk keluar. Membawa diri dan merawat hati yang hampir sembuh lukanya. Melihat bagunan bersejarah yang ada di depan mata yang selama ini setelah sekian lamanya aku tidak menjejakkan kaki disini. Walaupun hari biasa namun ramai perlancong yang datang untuk melihat bangunan yang di bina oleh bekas penjajah. Angin yang bertiup lembut membuatkan aku lebih menghayati pemandangan yang sedia ada.

Dari satu tempat ke satu tempat kaki aku melangkah. Bila terasa bahang matahari aku mempercepatkan langkah masuk ke shopping mall yang berdekatan. Dah bertahan aku tidak menjejakan kaki di kawasan ini disebabkan tiada apa yang menarik sangat pun walaupun orang luar sentiasa teringin pergi ke sini.

Bila lalu je di golden screen cinema rindu pulak nak tengok wayang, last aku tengok ceriter toy story sebab dapat tiket free dari CIMB bank. Tak kan nak tengok wayang sorang-sorang lak, tak pernah aku buat. Tak pe lah nanti datang lagi kat sini. Terus melihat dan melangkah satu per satu lot shop aku singgah. Bila tiada yang menarik aku membuat keputusan untuk pulang, berehat dan bersedia untuk  masuk kelas esok.


 - Cemburu -

Bohong sekiranya aku cakap yang aku tidak ada sekumit rasa cemburu bila melihat sidia dan Mr N berbalas komen di blog dan ig. Sungguh mesra dan romantik sekali seakan hanya wujud mereka berdua je dalam tu. Terlihat keserasian di antara mereka berdua yang di mana keserasian tersebut tidak pernah ada apabila aku bersama dengan sidia pada masa yang lalu. Benar kata orang, apabila kita ingin mencari teman hidup atau pendamping hidup yang paling penting adalah keserasian pasangan tersebut. Tak juga berwajah kacak atau macho, ada six pack bagai, harta melimpah kalau tak ada keserasian tidak ke mana pun perhubungan itu. Begitulah yang aku rasa apabila tercinta dengan sidia dulu, ada sahaja yang tidak kena. Lagi teruk bila dua-dua ego tapi kalau dah bersayang cinta bagai sampai lupa dunia. Hahahha. Kelakar pulak bila ingat semula.

Hanya timbul perasaan cemburu sahaja ya, tiada perasaan lain, tiada rindu, sayang, cinta ke apa ke seperti dulu. Rasa itu dah hilang di bawa angin pergi ke tempat lain. Sejak aku tahu yang Mr N tahu yang aku berkawan dengan sidia, aku dah jarang komen kat blog atau pun ig. Kalau sidia cakap yang kami ni berkawan je tak pe, buatnya dia cakap yang aku pernah tersyok kat sidia alangkah malunya aku. Walaupun tidak pernah bersua muka tapi aku juga manusia juga. Hahahahaha.

Mungkin jodoh dan masa aku belum sampai untuk aku menemui cinta atau pasangan aku buat masa ini. Jalan hidup kita semua berbeza-beza, mungkin masa ini belum sesuai untuk aku mempunyai pasangan lagi. Atau mungkin nanti akan mempunyai pasangan yang aku idam-idamkan selama ini. Kita tunggu dan lihat, atau pun ada yang terus masuk meminang aku seperti mana yang abang aku selalu mimpi di mana ada orang masuk meminang aku, rasanya dah masuk 3 kali abang aku cakap macam tu kat aku bila dia termimpi benda yang sama. Kelakar pun ada macam mana abang aku pulak yang boleh mimpi macam tu bukannya aku.



- Sedih-

Bagi aku perasaan sedih itu tidak boleh dilayan sangat sebabnya bila kita terlalu melayan perasaan sedih apa yang kita lakukan dalam aktiviti harian kita pun akan turut terasa kemuraman tersebut. Tak salah kalau nak layan perasaan sedih itu sekali sekala namun lebih baik rasa happy daripada rasa sedih, hidup ini kan singkat maka sila nikmatinya selagi boleh. Tahukah anda perasaan sedih tidak bagus untuk kesihatan anda, daripada perasaan sedih akan berlanjutan kepada penyakit kemurungan. Zaman muda ni lah macam-macam benda yang kita kena lakukan, terutamanya bagi golongan muda yang banyak tanggungjawab macam aku ni sebagai salah satu contohnya. Baru nak rasa fell sedih sikit dah kena buat macam-macam kerja. Masa waktu malam sebelum tidur je baru dapat layan perasaan sedih bila dengar lagu-lagu sedih atau lagu putus cinta.

Sebenarnya tidak payah nak tunggu putus cinta baru muncul perasaan itu, ada masa dan waktu yang tentu tiba-tiba perasaan sedih atau hiba itu datang dengan sendirinya. Terasa sedih sangat sampaikan rasa nak menagis, bila dah nagis itu rasa lega sangat-sangat. Pada mulanya aku ingatkan aku seorang sahaja yang mengalami perasaan itu tapi blogger popular Hanis Zalikha pun pernah mengalami perasaan tersebut. Biasanya perasaan itu muncul waktu malam sebelum tidur. Pada masa tu jugalah baru sibuk cari dan dengar lagu-lagu sedih. Susah nak terangkan macam mana, tapi macam tu lah.


- Menjauh -

Sejak akhir-akhir ini, aku menjauhkan sedikit diri aku daripada sidia, kalau sebelum ini walaupun sidia tidak balas chat aku pun aku still send chat kat dia juga. Tapi kini tidak lagi, kalau ada chat dari dia adalah kalau tidak tak adalah. Sebabnya aku sendiri pun tidak pasti, takut terjatuh cinta lagi atau apa-apa perasaan yang tidak enak muncul semula walaupun cuma kawan sahaja. Biarlah perhubungan ini seperti ini sahaja, masing-masing mempunyai kehidupan yang tersendiri. Menjauh atau mendiamkan diri bukan berertinya aku tidak ingat atau lupa atau dah ada yang lain, harap sidia mengerti supaya tidak salah sangka dengan tindakan aku ini.

Pada mulanya agak sukar tapi hari demi hari mematangkan kita, dengan kesibukan yang ada pastinya rasa dan perasaan itu sedikit demi sedikit terhakis. Bukan sahaja perasaan tapi memori yang lama dan sudah penuh akan terkeluar dengan sendiri dan mengambil masa untuk mengingatinya kembali. Biarkan sahaja semua berlalu begitu tanpa perlu aku mengharungi arus lagi. Yang pastinya ia baik untuk semua pihak yang terbabit. Lepas ini harapnya semuanya kembali biasa seperti dahulu. Sejak akhir-akhir ini aku suka dengar lagu hantu atau buaya walaupun penyayinya aku tidak berapa kenal. Lagu ni sesuai untuk di jadikan lagu tema ceriter aku dengan sidia. Hahahaa. Dan lagu tersebut amat sesuai untuk sidia.


Sakit hatiku memikirkan kamu
Sakit mataku melihat wajahmu

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu di mana waktuku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

Di mana sayangmu di mana kasihmu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Di mana dirimu di mana waktuku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa


Mau bikin masalah serah teruskan saja
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja


to be continued...

2 comments:

  1. go girl go girl go girl..hahahaha..chill je bro...x mo sedih2, x mo sunyi2... :)

    ReplyDelete