Pages

Click Me

Thursday, 9 April 2015

Kisah Cinta. Part 6 dan entri terakhir



Image result for happy life

Aku meneruskan kehidupan seharian seperti biasa, dengan penuh warna-warna ceria yang sentiasa setia menceriakan hari-hari yang mendatang. Ada masa yang terluang aku akan memukul, membakar kek, daripada aruman kek tersebut dapat menyuntik aura positife di dalam diri aku. Matahari sentiasa bersinar terang yang mengusir mendung gelap pergi. Kisah aku dengan sidia bagi aku ia sudah menjadi sejarah yang lepas dan sekarang aku sudah membuka lembaran baru dalam kehidupan aku. Benda yang lepas tidak perlu di kenang lagi, kehidupan harus di teruskan dengan semangat yang baru dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Memang agak sukar pada awalnya namun tidak guna berpatah hati, seperti kata orang hati menagis tiada sapa yang tahu. Perasaan itu harus di abaikan.

Hubungan aku dengan sidia agak kurang lancar sebabnya dah lama kami tidak berchat bersama-sama. Lama ke lamaan hubungan itu terputus begitu sahaja. Kehidupan aku sama sahaja seperti dulu sebelum aku mengenali sidia, menyibukan diri dalam banyak kerja termasuklah juga dalam misi untuk kuruskan badan terutamanya part pipi. Lagi banyak kerja lagi banyak yang aku makan, bila tengok diri sendiri didalam cermin tak ubah seperti belon.

Setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur aku terus membuka jendela sambil melihat langit pagi dengan iringan angin subur menuip lembut membuatkan aku bertambah tenang. Setiap hari aku jadikan ia hari yang baru didalam hidup aku untuk menjadi lebih baik setiap hari yang mendatang. Bertemu dengan kenalan baru, makan bersama sambil bergosip dan berkongsi pelbagai ceriter sehinggalah waktu lunch berakhir baru beredar dari cafe sambil membawa beg dan buku masing-masing. Pastinya hati lebih ceria bila sudah bergelak ketawa dengan ceriter teman-teman seperjuagan yang juga mempunyai permasalahan mereka yang tersendiri.

Hidup ini seperti membuat cupcake, bagaimana cara kita hiaskanya supaya nampak menarik dan berselera untuk di makan. Bagaimana cara kita membancuh adunanya supaya tiada yang kurang, tidak keras atau terlalu rapuh, tidak terlalu manis atau manis, terlalu kembang atau tidak kembang supaya ia cantik didalam cawan. Ditambahkan lagi dengan esen vanila bagi memberikan keharuman kepada cupcake dan menghilangkan bau daripada relur. Semuanya terletak pada kita untuk mencorakan dan membuatkan ia sedap di pandang dan juga di makan.


Image result for cupcake happy

Waktu sentiasa bergerak tiada henti, membuatkan aku terlupa akan peristiwa yang aku alami. Masing-masing mempunyai urusan yang tersendiri, maka membawa haluan sendiri. Ada jodoh mungkin akan ketemu lagi. Biarkan benda yang lepas didalam lipatan sejarah tanpa perlu membukanya kembali. Aku tidak pernah serik untuk bercinta atau terjatuh cinta lagi. Kerna cinta itu luas maknanya, ada masam manisnya dan sebagai manusia pastinya aku ingin cinta didalam kehidupan aku. Biarkanlah masa dan waktu menentukan siapa jodoh ku. Hidup ini singkat, maka kita kena menghargainya dan sentiasa memandang ke hadapan. Sebesar mana pun masalah pasti akan selesai juga akhirnya.

-Terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa untuk membaca kisah cinta samapai ke penghujung, tidak semua ceriter didalam kisah cinta adalah 100 peratus original kerna terdapat jalan ceriter yang diubah bagi menjaga hati beberapa pihak. Sekian.


Tamat


Entri Terakhir

Ini adalah entri yang terakhir yang melibatkan ceriter tentang cinta dan juga orang lain. Disini saya ingin memohon maaf sekirannya anda tidak selesa dengan entri-entri saya yang anda rasa ada kena mengena dengan anda atau yang melibatkan anda, sila maafkan anda atau anda rasa lebih selesa seandainya entry itu di padam sila bagi tahu saya samaada melalui wechat atau email yang tersedia di dalam slide bar belah kanan blog ini. Mungkin akan menjadi yang terakhir bagi entri yang berbaur cinta, mungkinlah. Kalau jatuh cinta atau benda yang berkaitan mungkin akan tulis balik tentang cinta. Tapi yang melibatkan orang lain ini entry yang terakhir, ini yang terakhir. Selepas ini entry pasal diri sendiri je tanpa melibatkan orang lain. Hehehe.

Mungkin ada yang selesa namun ada yang sebaliknya, sekali lagi saya minta maaf kepada mereka yang pernah saya menulis tentang anda didalam entry-entry saya sebelum ini. Memang tiada niat di hati untuk melibatkan anda dan anda semua yang terlibat didalam entry saya sesebelum ini, cuma hanya untuk meluahkan sahaja dan berkongsi dengan mereka yang tidak mengenali diri anda. Kadang-kadang tu rasa bersalah juga sebabnya tidak minta izin daripada tuan punya badan, tapi tuan punya badan pun ok je kira ok lah tu kan.

Untuk entri-entri yang akan datang saya akan cuba untuk tidak mengaitkan sesiapa kecuali orang itu sudah dikenali umum. Sekiranya ada entry yang mendatang ada melibatkan anda sila bagi tahu saya supaya saya boleh memperbetulkanya kerana kita sebagai manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan. Sekali lagi saya minta maaf dan harap anda tidak simpan didalam hati.

Sayonara.

13 comments:

  1. Kadang2 Tuhan kirimkan seseorang untuk mengajar kita tentang erti cinta ..
    namun sebaliknya dia bukan jodoh kita .. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, mungkin jodoh saya dengan yang lain, cuma cepat atau lambat. Hehehehe.

      Delete
  2. lelaki yang pandai masak dan pandai buat kek adalah lelaki yang sangat seksi...seperti Lelaki Seksi!

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu kita tau. Tak adalah seksi mana pun. hahahahaha

      Delete
  3. carrot kek pandai buat tak???? saya suka carrot kek.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah buat. kalau saya free nanti cuba buat, tengok resepi kat internet macam senang je. hehehe

      Delete
  4. awak.. nanti makan kek banyak banyak dah tak seksi laa. haha
    biasalah lumrah hidup, tak semuanya manis. bakar cupcake pun kadang kadang terhangus. inikan pula real life... it's not always rainbows and sunshine. :)
    awak taknak crush kat kita? kita suka juga cupcake!! muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tak makan kek lagi dah, badan dah macam belon. Awak mesti pandai juga buat kek ni kan...baru kenal dengan awk mcm mn nak tercrush kat awk. hehehehe.

      Delete
  5. aku org johor. berjanggut. nama yusof. naik kereta merc. suka anak muda 0197911969
    aku ni muslim pandai baca alquran.
    suka anak ikan dan aku kaya

    ReplyDelete
  6. Lelaki seksi mmg bijak, mkin mtang
    I lap U

    ReplyDelete
  7. Lelaki seksi mmg bijak, mkin mtang
    I lap U

    ReplyDelete
  8. Lelaki seksi mmg bijak, mkin mtang
    I lap U

    ReplyDelete