Pages

Click Me

Thursday, 4 June 2015

Convocation Part 1





ast semester, adalah semester yang paling mencabar sebelum berakhirnya tempoh perjalanan menuntut ilmu. Semester terakhir yang paling sukar nak tempuh apabila kena bekerja selama 4 bulan atau disebut sebegai latihan industri. Bagi yang pernah bekerja sebelum ini pastinya tidak sukar tapi bagi aku yang tidak pernah bekerja dan makan gaji terasa amat seksa di situ. Macam-macam benda yang aku fikirkan. Tapi suka atau tidak terpaksa juga di tempuhi demi manamatkan pengajian aku.

Boleh dikatakan aku mempunyai 'tuah' dimana setiap syarikat yang aku memohon untuk latihan industri di terima baik maklum balas yang diberikan berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain sukar untuk mendapatkan tempat latihan industri. Ada yang membalas dengan mengirimkan kembali form jawapan yang aku sertakan semasa meminta untuk membuat latihan industri ada juga yang menelofon dan ada syarikat yang aku tidak dapat resume turut membenarkan aku untuk membuat latihan industri di tempat mereka. Aku jadi keliru nak pilih yang mana. Sementara kawan-kawan yang lain terpaksa terima apa yang ada kerana mereka tiada pilhan lain.

Hari Isnin, hari yang baru buat aku dan teman-teman yang lain kerana kami melangkah ke fasa yang baru dalam kehidupan. Pagi itu, hujan selebat-lebatnya turun sehingga memaksa aku tunggu hujan reda baru pergi ke syarikat yang telah aku pilih untuk membuat latihan industri. Nasib baik syarikat itu beroperasi pada pukul 9.00 pagi, maka aku tidak terlambat untuk hari yang pertama. Aku dibekalkan oleh pihak Kolej dengan buku log dan juga borang markah yang akan berikan apabila masa latihan praktikal aku hampir habis nanti. Buku log yang tebal itu untuk menulis apa juga perkara yang aku lakukan semasa dalam latihan praktikal agar nanti nak buat report akan senang katanya oleh Puan yang menjaga para pelajar yang menjalani latihan praktikal. Aku terus melangkah dengan yakin walaupun dalam hati tiada siapa yang tahu. Dalam hati aku berdetik, macam manalah kawan-kawan aku yang lain?. Ok ke tidak mereka?. Walaupun kami terpisah antara satu sama lain tapi ada wechat yang menghubungkan kami.

Buat orang yang pertama kali bekerja seperti aku, pastinya rasa kekok apabila menerima arahan daripada orang atasan. Hari pertama terasa lambat berlalu, apabila petang menjelma terasa lega di hati, selesai untuk hari pertama. Lagi beberapa minggu sahaja untuk masuk bulan puasa. Suka atau tidak terpaksa tempuh, bekerja di bulan puasa. Aku dan kawan-kawan yang lain ada masanya meluangkan waktu malam kami bersama-sama di WeChat. Bergosip, berborak, semuanya termasuk hal kerja yang tidak kena di hati.

Masa berlalu dengan pantas apabila hampir 4 bulan aku akan menamatkan latihan praktikal tidak lama lagi. Pergh! Terasa lega yang amat perasaan tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Lepas tu kena buat laporan dengan slide pulak. Ketika di mana aku ingin tamatkan latihan praktikal aku ini, tahap kesihatan ayah aku semakin hari semakin kurang baik. Sehinggalah satu malam, aku dan juga keluarga menghantar ayah aku ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebabkan dulu pernah masuk hospital jadinya mudah apabila sudah ada rekod di hospital. Ujian darah di lakukan, apabila result keluar rupa-rupanya ayah aku mengalami kerosakan buah pingaggang di kedua belahnya.

Pada malam kejadian aku menemani ayah aku di hospital apabila ayah aku kena tahan wad. Aku tertidur sehingga ke jam 6 pagi. Aku hanya dapat melelapkan mata selama 3 jam sahaja. Pagi itu, aku terus menelefon pejabat dan cakap sendiri dengan bos tentang apa yang terjadi, dan bos pun bersetuju membenarkan aku habiskan latihan industri awal seminggu. Masuk hari ke tiga di hospital, rakan-rakan aku kata yang yang lecture akan datang melawat student di tempat kerja awal pagi esok. Lantas aku menelefon lecture dan terangkan dengan masalah yang aku hadapi ini. Nasib baik lecture aku memahami dan kami akan berjumpa nanti pada waktu presentation. 

Hampir seminggu aku berkampung di hospital, menyebabkan aku mengalami gatal dan ruam tumbuh di muka aku. Terasa gatal tapi aku tidak mengarunya. Mungkin keadaan hospital yang tidak berapa bersih udaranya bagi aku walaupun ia hospital swasta sekali pun. Dengan bebanan report yang belum siap-siap lagi walaupun masa hantarnya lagi dua minggu. Sangat stress. Disamping dengan keadaan kulit yang sensitif dengan ruam yang tidak pernah susut di sertakan sekali dengan rasa gatal yang mencengkam di kulit.

Memandangkan cuma aku sahaja yang di rumah, maka ayah aku terpaksa aku uruskan daripada mandi, pakaian, makan minum semuanya. Tidak termasuk kerja rumah yang perlu aku bereskan juga. Kadang-kadang apabila kepenatkan menguruskan semuanya aku hilang selera untuk makan, waktu makan aku gantikan dengan membuat report. Aktiviti aku setiap pagi, masak air untuk mandikan ayah aku, sambil itu basuh baju, kemas rumah, bagi breakfast kat ayah aku. Bila air dah masak aku mandikan ayah aku, apabila keperluan ayah aku sudah beres baru aku kerjakan benda lain.

Bila aku memandang diri aku ke dalam cermin bertapa serabainya aku tidak terurus diri aku. Sampaikan untuk senyum dan ketawa pun aku sudah lupa bagaimana caranya. Hari sentisa berlalu dan tugasan aku tidak pernah berubah sekali pun. Sehingga waktu untuk menghantar report tiba. Dah lah kena buat presentation maka pakaian kena formal. Sumpah, report aku bukannya terbaik yang pernah aku hasilkan, aku pun tidak tahu apa yang aku tulis kat dalam itu. Aku pakai hentam sahaja. Asalkan siap sudah, kena buat hard cover lagi maka masa yang adalah singkat.

Pagi itu, pertama kali bertemu kembali dengan kawan-kawan setelah sekian lama tidak bertemu. Part yang paling best adalah mereka terkejut tengok aku, yang semakin kurus, mereka kata handsome tapi bagi aku macam serabai je. Lantaklah! Bila dah berjumpa bolehlah bergurau seperti dulu seakan terlupa tentang masalah yang aku hadapi. Maka, masa yang di tunggu pun tiba apabila kena buat presentation sorang-sorang.

Masa aku tiba, ketika aku baru suku buat presentation, tertiba lecture aku dah hentam aku, macam-macam yang dia tanya, itu, ini, bagaimana semua soalan keluar. Rasa macam nak balik je report hard cover tu. Nasib baik kawan-kawan banyak yang support aku masa tu, aku teruskan juga walaupun pelbagai rasa yang ada. Dan lecture aku sempat cakap yang maybe dia akan bagi aku C untuk report yang aku buat itu. Aku diam sahaja dan tengok kawan-kawan aku yang lain buat presentation. Yang penting dia terima hasil kerja aku.

Jam 3 petang baru habis semua, mereka beransur pulang tapi aku setia menunggu mak aku untuk di jemput pulang. Namun aku tidak langsung pulang tapi mak aku hantar ke hospital untuk temankan ayah aku yang sedang menjalani rawatan cuci darah. Dengan perut yang lapar kerana belum makan tengah hari lagi, aku pergi ke cafe untuk membeli makan. Pastinya kata-kata lecture aku masih berbekas didalam hati aku. Namun aku di kurniakan kawan-kawan yang setiasa setia disisi. Mereka memberi kata-kata semangat dan membuatkan aku gembira. Kepada mereka aku luahkan segalanya, tak kan nak cakap dengan family dengan keadaan seperti ini.

Akhirnya, markah untuk final semester pun keluar. Tapi ketika itu aku di hospital, cuma minta kawan-kawan aku tolong sah number matrix card aku kat bahagian kewangan untuk membolehkan aku tengok result aku. Bila mereka dah sah kan, maka dengan penuh debaran dan keredhon aku pun buka akaun student untuk menyemak keputusan aku. Aku pun scroll dengan penuh perlahan walaupun dalam hati kata cepat scroll, bila aku tengok result aku, terdiam sekejap!. Macam tidak percayai apabila aku dapat CGPA 4.0. Padahal aku yang paling kena banyak hentam tapi boleh dapat result macam tu. Hanya beberapa orang dari group kami yang dapat 4.0 yang lain 3.8 sahaja. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Terasa berbaloi dengan apa yang aku lakukan selama ini. Tuhan itu Maha Adil kepada hambaNya.

Sekali gus melayakan aku untuk convo pada tahun ini di hujung tahun nanti. Cuma tunggu surat dari pihak kolej untuk maklumat lanjut. Terasa lega sangat. Hari itu merupakan hari yang terindah aku dan juga merupakan hari lahir aku. Itulah hadiah hari jadi yang tidak akan pernah aku lupakan sehinggalah ke hari ini. Walaupun sebelum ini aku hanya mampu dapat 3.60 lebih sahaja, tidak sangaka dapat 4.0. Inilah rezeki yang Tuhan bagi kepada aku di atas segala permasalahan dan kesulitan yang terjadi pada aku. Terasa kepenatan aku dibayar.


bersambung...

Entry ini tidak berapa asli..

6 comments:

  1. Untunglah dah nak konvo. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu kadang balasan Allah di atas kebaikan dan pengorbanan kita pada orang tua.

    ReplyDelete
  3. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..Tahniah,dapat 4.00 tu!hebat,dah laa seksi,pandai pulak tu..

    Teringat kenangan masa praktikal dan buat report dulu..memang serabut.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Kamen lagi pandai kan. hehehe.

      Delete