Pages

Click Me

Monday, 8 June 2015

Convocation Part 2


Image result for convocation

Akhirnya, aku dapat surat daripada pihak kolej yang aku bakal convo pada bulan November. Riang rasa di hati tidak terkata. Aku orang yang pertama yang dapat surat tersebut daripada kalangan kawan-kawan aku yang lain. Terus aku menuju ke laman web kolej untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Tarikh dan hari yang telah di tetapkan untuk majlis convocation.

Hari Selasa :

Pengambilan Jubah.

Hari Rabu : 

Rehearsal Convocation ( Waktu pagi 8.00 am)

Dinner di Hotel (7.00 pm)

Hari Khamis : 

Majlis Convocation (7.00 am)

Pulangan Baju Convo (2.00 pm)

Pagi Selasa itu, aku bersiap seperti biasa dan mak aku hantar pergi ke kolej untuk mengambil jubah. Aku keseorangan kerana teman-teman yang lain datang bersama ahli keluarga mereka dan pastinya akan sampai ke kolej agak lewat. Sesi pengambilan jubah pada pukul 8.00 a.m. Meskipun waktu pagi tapi sudah ramai yang beratur. Dalam pada itu sempat juga aku mencari wajah-wajah yang aku kenal, ternyata tidak ada. Pada pukul 9.10 am selesai sudah urusan aku mengambil jubah. Aku di jemput oleh abang aku untuk pulang kerumah. Warna selenpang aku berwarna gold, kata pihak kolej itu warna baru bagi jurusan aku. Sampai dirumah aku cuba jubah yang aku ambil tadi, samaada ok atau pun tidak.

Walaupun sebenarnya jubah tu besar daripada aku, patutnya ambil saiz yang kecik sikit. Tapi disebabkan kurang percaya diri maka aku ambil yang besar punya. Pakai je lah untuk satu hari. Malas nak pergi tukar kat kolej.

Hari Rabu, hari yang aku dan kawan-kawan yang lain tertunggu-tunggu untuk berjumpa. Pagi itu hampir pukul 8.00 am baru aku sampai di dewan. Kawan-kawan yang lain dalam perjalanan. Yang kelihatan senior-senior yang sama jurusan dengan aku. Cuma tersenyum dan hai bila bertembung dengan mereka. Satu persatu kawan-kawan aku datang, ternyata pelajar jurusan lain terkejut melihat perubahab bentuk fizikal aku yang agak cengkung. Kata mereka aku tidak cute seperti dulu. Hehehe. Bila semua dah ada maka bergerak masuk ke dewan untuk rehearsal convo. Lebih banyak gelak daripada serius. Bila CEO kolej datang ke dewan semua diam seribu bahasa, baru buat betul-betul.

Rupa-rupanya pelajar jurusan lain juga mengenali aku bila kami bertembung mereka akan lihat aku atas bawah dan tanya solan 'kenapa kurus'?. Aku cuma tersenyum sahaja. Bila bersama dengan kawan-kawan maka semuanya jadi gila sampaikan pelajar jurusan lain pandang kami dengan pelik bila tak habis-habis ketawa. Rindu saat berada di dalam dewan, terutamanya part tunduk hormat, cara pusing dan lain-lain. Tepat pukul 12.00 semuanya bersurai. Dan aku masih diluar dewan menunggu mak aku datang ketika mereka semua beransur pulang. Tinggal aku disitu. Pukul 1.00 p.m barulah mak aku datang dan pulang kerumah untuk bersiap-siap apa yang perlu untuk majlis malam nanti.

Nasib baik semua pakaian yang perlu di pakai sudah di gosok terlebih dahulu seminggu sebelum majlis bermula, maka tiada kekalutan dan kekecohan yang terjadi disamping dengan muka penat dan tidak cukup tido sebab nervous nak menghadap semua ini. Orang lain happy, aku yang nervous. Hahaha. Dah sifat semulajadi macam tu tapi yang penting muka nampak cool sentiasa tanpa orang lain tahu yang aku sebenarnya nervous. Umpama sejenis penyakit yang tiada penawarnya selain daripada makan coklat dan coklat. Itulah penawar yang paling berkesan pada aku, pada aku lah pada orang lain tak tahu kesannya.

Tema dinner malam itu adalah k-pop. Jadinya aku yang tidak tahu pasal k-pop ni pun pergilah google. Macam-macam benda yang keluar, aku putuskan pakai apa yang selesa sahaja. Kena tema ke tidak macam pulak aku kisah kan. Selesai solat Maghrib aku bergegas bersiap untuk majlis. Ada separuh kawan-kawan aku sudah sampai ada yang belum lagi. Nasib baik jalan tidak sesak. Aku terasa nervous pulak. Nasib baik ada kawan aku yang setia menanti aku di lobby hotel untuk masuk bersama-sama. Ketika aku dan kawan aku memasuki dewan hotel semua memandang pelik kearah aku, adakah fesyen aku tidak kena tema atau apa. Aku suakan persoalan tersebut pada kawan aku dan dia menjawab 'kau handosmelah'. Aku pun tergelak, ada yang lagi handsome malam itu daripada aku. Dan juga ada beberapa muka yang aku tidak pernah aku lihat di kolej. Mungkin kurang kelihatan di kolej.

Bila semua dah ada, baru kami pilih table mana yang nak duduk. Kami memilih meja yang agak berlakang sikit disebabkan peragai kami yang agak havoc ini.Sambil-sambil borak tu, masing-masing keluar fon untuk ambil gambar. Pergh! semua beli fon baru, tahulah masa nak raya hari tu banyak lebihan duit ptptn bagi kat dalam akaun. Cuma aku je tak tukar fon. Semua beli fon besar-besar punya. Majlis bermula lambat sebabnya nak tunggu orang-orang penting masuk kedalam dewan. Nasib baik ada live band tak adalah bosan sangat, terhiburlah juga. Majlis bermula pukul 8 lebih malam ketika perut masing-masing sudah bekeroncong kelaparan termasuk aku. Setelah VVIP masuk ke dewan, maka bermulah acaranya. Dan seperti biasa mereka akan bagi ucapan dan selepas habis ucapan maka makan malam di hidangkan.

Makan yang dihidangkan adalah chinese style. Sesungguhnya tidak menepati selera aku. Ada dua hidangan yang bagi aku sedap tapi dah lupa namanya apa. Majlis seleai lebih kurang pukul 11 malam, tapi sebelum selesai pun ada juga yang dah balik ikut pintu belakang. Sebelum tu, ada majlis cabutan bertuah tapi aku dan kawan-kawan tidak bertuah pada malam itu. Hahahaha.

Sampai sahaja di rumah hampir pukul 12 malam tapi sebelum tido sempat makan coco crunch dengan susu sebabnya tadi makan tak betul dan perut berkeroncong lagu. Dah selesai, masuk bilik mendegar lagu dan melayan perasaan sehingga mata terlena sendiri menuju ke awangan mimpi.

Jika ditanya adakah aku happy? Entahlah aku bagaikan tiada perasaan yang aku cuma tahu mahu semuanya habis cepat kerana aku terasa penat. Dengan apa yang terjadi kepada aku pastinya jadual harian aku sudah berubah 100 peratus.

bersambung..




6 comments:

  1. Bestnya dah konvo ?
    Diploma ke degree ? Ke kau dah mention tapi aku lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti aku mention kat last entry tentang convocation...

      Delete
  2. tahniah...dah convo...lepas ni terus cari kerja or still nak further study lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih komen kat sini...nanti saya mention kat entry seterusnya k..

      Delete
  3. Walaupun Amir raser mcm lewat dah...but nak wish gak...Happy Convocation...

    ReplyDelete