Pages

Click Me

Tuesday, 23 June 2015

Convocation Part 3 -Ending-



Image result for convocation


Masih jelas lagi diingatan aku, pagi itu aku bangun pukul 5.30 pagi, bersiap kemudian hanya sempat makan bijiran bersama susu putih dutch lady. Aku keluar rumah sebelum pukul 7.00 pagi, cahaya matahari lambat menyinari pada hari itu. Ternyata hujan yang diundang. Semakin lama aku tinggalkan perkarangan rumah, hujan semakin berhenti sedikit demi sedikit. Hanya bertemakan ibuku sebagai pemandu dan aku disebelahnya menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Ketika sampai kelihatan deretan kereta yang panjang memasuki perkarangan tempat kereta dewan, dapat aku lihat teman-teman ku bersama ahli keluarga mereka, aku sempat berbalas lambaian kepada mereka. Apabila sudah bertemu dengan teman, ibuku minta diri kerna mahu bersarapan dan berpesan kepada aku apabila majlis sudah selesai jangan lupa menelefonnya. Aku bersama dengan teman berjalan bersama menuju ke belakang dewan untuk berkumpul.


Image result for convocation

Sewaktu berkumpul dan beratur untuk memasuki dewan cahaya matahari dengan galaknya bersinar-sinar menyebabkan kami yang sudah memakai jubah kepanasan. Membilang detik waktu untuk masuk, akhirnya masuk juga setelah berpeluh-peluh. Lagu gamelan menjadi lagu pengiring kami ketika masuk ke dewan. Terasa sedih apabila mendengar alunan gamelan itu. Masing-masing tersenyum indah bila dapat masuk ke dewan yang sejuk dengan penghawa dinginya.




Satu demi satu jurusan yang dipanggil, dan ketika sampai giliran jurusan aku ketika itu hampir 11.00 pagi dan aku tahu yang ibu aku sudah keluar daripada dewan untuk pulang menghantar ayah ku ke hospital. Kini tiba juga giliran aku, waktu bersejarah dalam hidup aku di mana tiada ahli keluarga yang melihat aku berjalan di atas pentas dengan bangganya. Dewan yang besar dan megah itu terasa kosong bagi aku, bagaikan tiada erti. Semuanya seakan tidak penting.

Akhirnya sampai ke upacara penutup majlis iaitu memberi tabik hormat. Selepas tamat majlis, aku dan teman-teman bergambar bersama-sama dan ahli keluarga mereka datang kepada mereka bersama dengan jambakan bunga dan juga teddy bear, cuma aku sahaja yang keseorangan nasib baik punya teman yang tidak mementingkan diri sendiri. Apabila mendapat panggilan telefon daripada ibu yang mengatakan beliau hampir tiba ke dewan, lantas aku minta diri untuk pulang terlebih dahulu. Aku menglangkah keluar daripada dewan menuju ke kereta yang tersedia menanti ke hadiran ku.




Pergi ke Kolej untuk memulangkan semula jubah, pergi ke pejabat untuk mengambil segala document yang harus diambil. Selesai sudah tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selepas itu, terus pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat. Petangnya aku membuka facebook, terlihat kawan-kawan yang lain merakam gambar mereka bersama dengan ahli keluarga mereka, ada yang sempat pergi ke studio lagi untuk ambil gambar. Aduh! cemburu aku melihatnya, kerna aku hanya bergambar dengan kawan-kawan sahaja tidak seperti majlis konvo abang aku yang dulu, meskipun tidak ramai ahli keluarga yang hadir tapi sekurang-kurangnya ada juga.

Inilah ceriter aku yang akan sentiasa menjadi memori selagi dapat aku mengingatinya sehingga ke hujung nyawa.


*****************

Sebenarnya ceriter ini diilhamkan oleh seseorang berdasarkan pengalaman seseorang yang amat aku sendiri mengenalinya. Tapi ada separuh yang diubah supaya menjaga hati seseorang. Dan kepada bertanya atau meninggalkan komen pada entry sebelum-sebelum ini, maaf aku pinta sepatutnya daripada awal lagi aku kena bagitahu yang entry aku taip atau post iitu pasal diri aku atau tidak. Apa-apa pun terima kasih kepada yang membacanya dan juga yang meninggalkan komen. Sayang kauorang ketat-ketat,muaahh..

xoxo.


2 comments:

  1. Hebat perasaan di atas pentas menerima scroll dan semuanya bercampur baur
    antara kenangan terhebat dalam hidup apabila mmpunyai kesempatan memakai mortar board tu
    apapun thniah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak pe..selamat berpuasa awak...

      Delete