Pages

Click Me

Sunday, 16 August 2015

Penutup Syawal 2015

Hello and Hai...

Walaupun dah habis bulan raya tapi nak juga bercerita pasal raya, pada 9/8/2015 yang lepas bertempat di kediaman lelaki seksi berlangsungnya majlis kenduri dan rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarga lelaki seksi. Sebetulnya sebelum bulan puasa tu nak buat kenduri tapi dsebabkan oleh beberapa benda yang menghalang jadi tertangguh sehinggalah raya.

Setelah berbincang maka semua setuju kenduri dan rumah terbuka diakan serentak, maka marilah kita menjemput orang datang ke rumah kita. Dari segi makanan, minuman, khemah kerusi meja bagai sudah dibuat tempahan. Namun begitu untuk pencuci mulut buat sendiri, seperti dadih dan kastat yang dibuat sendiri oleh lelaki seksi. Memang penat sebab tak cukup tidur, selalu bangkit pukul 5 pagi. Dan juga masukan duit dalam ang pau untuk bagi pada anak-anak tetamu yang datang.

Disebabkan waktu pagi tu ada bacaan selawat maka aku mengenakan baju melayu, jadinya sambil buat kerja tu kena lipat bahagian tangan sebab labuh sikit agak sukar untuk membuat kerja. Nasib baik ramai yang membantu didapur, walaupun mengunakan khidmat catering namun tetap juga berselerak dapur. Didalam fikiran aku, yang datang untuk membaca selawat adalah golongan veteran akan tetapi orang muda. 

Ketika waktu bergerak ke tengah hari maka, marilah kita menukar pakaian yang lebih santai dengan memakai seluar jean dah juga tshirt bercorak skema yang baru beli sebabnya nak pakai masa layan tetamu yang datang kerumah. Pakaian yang lebih santai atau pun pakaian menayangkan body?. Abaikan soalan tersebut dan teruskan bacaan.

Agak sibuk ketika waktu pagi sehingga ke tengah hari melayan tetamu, bersembang-sembang sekejap walaupun tak berapa kenal kenalan keluarga yang datang tapi mereka kenal aku, tak payah nak introkan diri sendiri. Ada kawan-kawan sekolah yang datang dan yang menciptakan sejarah apabila kawan aku yang baru kahwin semalam (8/8/2015) pun turut datang bersama dengan suami dia. Tak sempat nak berselfie dengan pengantin baru dah lah wedding dia aku tak pergi, dengan alasan banyak kerja dirumah. Lepas SPM terus tak jumpa dah bila dah jumpa balik tertiba-tiba nak mulakan topic perbincangan dengan bergosip macam dulu-dulu dalam kelas walaupun cikgu ada kat depan, patutlah dapat B plus je.

Waktu bergerak ke petang, masa untuk mengemas apa yang patut. Cuaca kelihatan mendung seakan ingin hujan. Nasib baik makanan tidak banyak yang tinggal maka tiadalah pembaziran yang berlaku. Meluangkan masa membasuh periuk yang besar-besar sambil yang lain mengemas bahagian hadapan yang berselerak.






Ketika masuk kedalam bilik ternampak sampul duit atas meja, terus tengok berapa yang ada didalam itu. Hehehehehe..Rupanya kawan mak yang bagi. Dah besar pun still dapat lagi.




Itu sahaja ceriter raya untuk tahun ini, semoga dapat sambut lagi raya di tahu hadapan dengan lebih meriah dan aman sentosa. Sebelum terlupa berat badan dah naik sekilo dalam masa tak sampai sebulan ini. Nampak sangat kuat makan, biskut raya belum habis lagi. Kena habiskan dulu baru boleh diet. Hahahahha..alasan semata-mata sahaja. Apa-apa pun yang penting kesihatan terjadi dan jaga permakanan anda. Sekian sahaja untuk entry kali ini, jumpa lagi....

Sayonara.............

8 comments:

  1. untunglah dapat duit raya...haha...salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak!!!!..salam kenal juga, terima kasih sudi singgah k..nanti singgah kat blog awak pulak k...

      Delete
  2. Buat kuih raya banyak2..last2 tuan rumah jugak yang terpaksa habiskan...hahaha

    soalan : adakah tangan itu tangan Lelaki Seksi?ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini abang kamen, kita suapkan sikit..hehehe..yup tu tangan lelaki seksi, kenapa??.

      Delete
  3. dah lama x wat open house.. lately ramai org kalo x wat open house depa x mai raya umah.. hampeh tul huhu

    ReplyDelete
  4. hai wak, tq sudi singgah..hehehehe

    ReplyDelete