Pages

Click Me

Monday, 3 August 2015

Songsang

Hello and Hai.




Hari ini aku sharekan sesuatu kepada anda semua tentang bagaimana aku rasa yang aku ini 'lain' daripada anda. Macam sesetengah individu mereka tahu pada tahap umur berapa yang mereka dapat merasakan mereka 'lain' daripada yang lain. Tapi bagi kes dan situasi aku agak berbeza dan sekirannya kau orang tanya pada usia berapa yang aku ni minat pada sesama jantina dan jawapan aku mesti kata dari kecik lagi dah 'tertarik' dengan lelaki.

Yup, dari kecik lagi aku mudah 'tertarik' dengan lelaki semasa aku di tadika dimana bila aku melihat lelaki akan timbul satu perasaan lain, dimana perasaan itu tidak timbul semasa aku melihat perempuan. Dan nenek aku pernah bercerita semasa aku berumur 3 atau 4 tahun, dimana nenek dan atuk aku pergi menunaikan haji dan aku diserahkan kepada seorang mak cik ni untuk menjaga aku sebabnya semasa mak bapak aku bekerja memang nenek akan jaga aku sampai waktu petang. Nak dijadikan ceriter, mak cik ni ada seorang anak teruna yang handsome, semasa aku di jaga makcik tu boleh dikatakan aku sentisa minta didukung oleh anak teruna makcik tu sampai anak makcik kena dukung aku kemana-mana sampai aku tertidur. Amboi! kecik-kecik dah mengatal.


Namun ketika itu aku tidak anggapnya sebagai masalah, bila aku masuk ke sekolah rendah, naluri itu semakin menebal didalam jiwa, dimana aku pernah suka dengan kawan sekelas aku, dari situ aku merasakan yang aku ni 'lain' berbanding dengan kawan lelaki yang lain. Nasib baik aku pandai cover jadinya tiada kawan-kawan sekolah yang aku tahu TETAPI ada seorang ni, kawan perempuan aku dimana dia tahu yang aku suka lelaki. Entah! macam mana dia boleh tahu dan siap dia cakap lagi 'aku tahu kau suka si R bukan sebagai kawan je kan', keluh aku tidak berkata-kata. Aku cuma diam dan anggap tiada apa-apa.

Semasa sekolah rendah dulu, boleh dikatakan semua saluran tv di Malaysia ada ceriter telenovela baik tv1, tv2, tv3 dan juga ntv7. Jadinya aku dah terbiasa tengok telenovela, bukan setakat memahami jalan ceriter tapi juga mencuci mata melihat pelakon-pelakonya yang sangat merecik-recik. Tapi yang paling popular semestinya Rosalinda tahun 1999 kalau tak silap, boleh dikatakan semua orang duduk kat rumah hadap tv tak keluar rumah. Disertakan dengan hero dan heroin yang sama padan.



Wajah mereka satu masa dahulu..


Image result for rosalinda fernando jose


Image result for venezuelan actors

Dan bukan telenovela namanya kalau tak ada scene macam ni...





Wajah mereka yang terkini..


Image result for venezuelan actors

Hari demi hari aku cuba menerima hakikat yang aku ni 'berbeza' naluri dengan orang disekeliling aku walaupun segi luaranya sama. Sejujurnya pelbagai persoalan yang ingin aku tanyakan kepada mereka yang lebih dewasa didalam keluarga aku namun aku memilih untuk mendiamkan sahaja kerna pastinya sesuatu yang taboo dengan persoalan yang aku tujukan nanti. Sebabnya ketika itu walaupun aku masih kecik tapi aku dapat berfikir naluri yang aku alami ini pastinya salah dari segi agama. Maka aku diam dan pendamkan perasaan itu sorang-sorang dan ketika itu aku lebih senang berbicara dengan Tuhan, segalanya aku curahkan aku ceritakan kepadaNya, dengan harapan aku dapat mencari jawapan daripada permasalahan naluri aku.

Semasa aku memasuki ke sekolah menengah di mana pelbagai benda yang aku dapat dan pelajari yang semua ini belum pernah aku tahu. Seakan doa-doa aku yang terdulu dimakbulkan apabila aku mempunyai kawan sekelas yang sama nalurinya lebih kepada lelaki. Daripada dia, aku kenal pasti permasalahan naluri aku ini dan cara menguruskan naluri itu dengan sebaik mungkin. Antara kami tiada rahsia, siapa yang aku minat dia tahu dan juga sebaliknya. Waktu pendidikan jasmani waktu yang paling best sekali untuk mencuci mata melihat abang-abang senior tayang badan terutamanya bangsa asing. Memang tak berkelip kelopak mata tengok, tapi kadang-kadang terkatoilah juga nasib baik dapat abang-abang senior yang sporting tak kisah pun, sempat lagi bermain mata. Rindu zaman sekolah walaupun ada kenangan yang tak best.

Ketika zaman sekolah menengahlah juga aku merasakan perasaan cinta terhadap lelaki dan semestinya bertepuk sebelah tangan. Rasa cemburu, marah, rindu semuanya ada. Sentiasa angau bila terpandang senior-senior yang hot dan sentiasa cair melihat mereka. Dan aku mudah tertarik dengan bangsa lain, bagaikan ada satu tarikan membuatkan aku suka kepada mereka. Meskipun nama mereka sudah aku lupakan namun wajah mereka tetap aku ingati terutamanaya yang memberikan kesan didalam kehidupan aku satu masa dahulu.





Aku semakin rasa selesa dengan naluri sonsang aku ini kerna aku terimanya dengan hati yang lapang walaupun ada kalanya aku berperang dengan diri aku dan sentiasa bertanyakan soalan, kenapa aku? kenapa aku?. kenapa aku?. Pada pandangan mata masyarkat golongan yang songsang ini adalah golongan yang sentiasa menjerumus kelembah maksiat tapi pada hakikatnya tidak semestinya seseorang itu songsang akan sentiasa melakukan maksiat, begitu juga dengan golongan yang normal. Bohonglah kalau cakap tak rasa bersalah atau berdosa terutamanya semasa kelas pendidikan islam, dimana ustaz dan ustazah berceriterkan tentang umat-umat yang terdahulu, terasalah panas juga pipi gebu ini dulu dan menekan bahawa golongan songsang adalah golongan yang terkutuk, nabi tidak mengaku umat dan balasan yang akan dikenakan. 




Bila meningkat remaja ini perasaan dan naluri itu dapat dibendung, maksudnya dapat menjaga perlakuan diri daripada perkara yang tidak sepatutnya. Bagi aku, kita jangan salahkan mana-mana pihak sekirannya kita tidak pandai menjaga diri didalam harus moden ini. Dimana dengan adanya teknologi dan dunia tanpa sempadan ini membuatkan kita hanyut didalam nikmat syurgawi. Nak dikatakan aku terlalu baik tidaklah juga, aku sama seperti mereka yang lain, ada akaun di apps gay dengan tujuan untuk mencari jodoh dan menambahkan kenalan bukan untuk fun. Masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan daripada sudut yang berbeza-beza. Sekirannya nak bercerita dan mengungkap tentang golongan songsang ini sampai bila-bila pun tak habis. Masing-masing ada peragai, selera, cara hidup yang tersendiri.

Bagi aku, golongan yang suka kepada sesama jantina adalah golongan yang teristimewa dan terpilih yang Tuhan telah memilih kita untuk menghadapi ujian yang diberikan olehNYA. Pastinya setiap ujian itu akan berakhir dengan kemanisan. Semoga kita semua di bawah keberkatan dan kebahagianNya.

Tuntasnya, siapa pun kita hendaklah menjaga kehormatan dan maruah diri sendiri supaya masyarakat dapat menghormati diri kita. Sentiasa beringat bahawa tidak selamanya kita akan merasai keseronokan yang sementara ini. Tuhan yang menciptan kita dan DIA juga mempunyai perancangan untuk diri kita semua.

Sayonara....


24 comments:

  1. Yap...Amir setuju sangat dengan statement Mr Lelaki seksi yang mengatakan menjadi PLU nie memang ujian Tuhan...

    Yerlah...hanya seorang yang 'songsang' sahaja dapat memahami seorang yang 'songsang' yang lain...

    And for Amir, di blog nielah Amir banyak berkongsi pandangan tentang dunia nie...even though kat real life Amir ada kawan PLU gak, tapi real life is different...coz not everythng kawan-kawan kita tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dalam real life tak semuanya kita boleh kongsikan kepada kawan kita walaupun dia juga sejenis macam kita....

      Delete
  2. yup, aku selalu ingatkan diri aku "jangan sesekali cari keseronokan palsu semata" sebab itu akan membuatkan kita jatuh ke dasar paling dalam. Cari someone yang benar2 layak untuk isi kekosongan itu. Not a few people but only one. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mr Nov yang handsome..mencari someone yang kita rasa yakin dan betul sayangkan kita..

      Delete
  3. Bende dh brlaku, kita trima seadenye sape kita, takdir dan waktu memang tuk kita.
    Renungan mata hg redup mengingatkan aku pd sesaorang, ermmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kita kena terima apanya diri kita dan bersyukur dengan apa yang ada..abang teringat pada siapa tu...hehehe

      Delete
  4. Terima takdir dengan hati terbuka..apa yang jadi adalah atas ketentuanNya.

    Biarpun pahit,tapi percayalah ada terselit manis disebalik ketentuanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sekali, pahit awalnya namun manis di penghujung jalan..

      Delete
  5. nice....most of ur stories mmg same mcm ak...u r luckier coz ad kwn yg fhm..dan...u ere not in denial status whn u knew bout d gay thingy...unlike mo doe....kne pukul belasah rmai2 pon pnah..haha..skeriii...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka sama pulak jalan ceiter kita.dah baca dah kisah u dalam blog u..

      Delete
  6. salam..

    "Tuntasnya, siapa pun kita hendaklah menjaga kehormatan dan maruah diri sendiri supaya masyarakat dapat menghormati diri kita"

    --apakebendanya 'tuntas' tu?tetas abg tau laa(tetas kain?, telur menetas?)..uhuk..
    --the statement is true indeed..sedeh la hai mengenang nasib diri as PLU, but hey, life goes on right?
    --abg rasa laa, we only hv 2 choices..satu- remain celibate as the high priest of catholic church, dua- get married and pretend to love the wifey as hard as possible..well who knows, maybe the gay feeling doesnt go away, but pray, it can FADE away..
    --apapun gud luck to owner blog..may ur long journey finally find peace..

    -abangNakal--..

    ReplyDelete
  7. wasalam abg nakal, terima kasih sudi singgah kat blog kita ni..hehehehe..maksud 'tuntas' lebih kurang sama dengan maksud 'kesimpulan' tentang sesebuah cerita...
    Good luck pada abag juga k..-.-

    ReplyDelete
  8. besar ujian Allah untuk kalian, semoga kamu2 berjaya menghadapinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih izz, maaf baru perasan akan komen anda..terima kasih sudi singgah.

      Delete
  9. salam...sy 28, status berkahwin, tapi ada perasaan kpd lelaki. byk kali sy pendamkan sendrian. tak siapa tahu melaikan Allah. sy berkahwin atas dasar keluarga yang mendesak, dorongan kawan2. rasa hina, kerdil. sebelum sy kahwin, sy kerap kali tgk straigh porn utk menaikkan nafsu kt perempuan. it's work!.. tapi naluri kt lelaki xpernah berubah.. =(. kwn2 yg kt atas ni dah berkahwin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..hai Mr Anonymous, terima kasih sudi singgah....kita semua sama sahaja tapi kira oklah awak dah berkahwin dan awak kekalkan perkahwinan awak tu..tentang perasaan terhadap lelaki, awak cubalah perlahan-lahan untuk menghapuskannya dari diri awak. Rasanya mereka yang komen kat atas tu belum berkahwin lagi..hehehe..

      Delete
    2. sy rizman, juga sudah berkahwin, 2org anak. tp hakikatnya, sy xboleh lari dr naluri gay. sy xpernah sehinga sex dgn laki. tp sy akan horny, melancap dengan berfikir lelaki, pernah ringan2, mutual hisap2 dan handjob. jika diikotkan, masa kecil2 dulu, pakcik sy selalu suka ajak tidur bersama sambil main2 konek sehingga sy merasa seronok. kdg2 rasa juga mcm nk nangis tp sy perlu lalui ini dgn penuh sabaarr. kpd rakan2 yg sesama perasaan. bersabarlah

      Delete
    3. Hai En Rizman, terima kasih sudi komen kat blog saya dan maaf baru perasan akan komen anda...tahniah sebab awak dah dah berkahwin dan mempunyai anak. Jagalah rumah tangga awak dengan sebaiknya, walaupun pada posisi yang lain awak tertarik pada lelaki..i believe u can do it!...take care..

      Delete
    4. hye .. Carl Dani ,
      nie 1st time saya buka dan baca blog awak ,dan saya rasa ini lah blog dimana orang mcm sya boleh share masalah dan meminta pendapat .. x sangka kisah awk dan perasaan yg awak lalui sikit sebanyak sama kisah saya .. bertarung dengan dalaman diri sendiri ... sekarang saya bercinta dengan suami orang 15 july hampir setahun kami bersama .. dan saya sendiri telah melanggar prinsip saya sendiri untuk tidak bercinta atau ade sebarang hubungan dengan suami org .perasaan cinta pd dia terjadi sebelum mengetahui dia mempunyai isteri dan anak . sya x boleh berpatah semula . perasaan nie semkain kuat setelah dia mengatakan hubugan dia dan isterinya x sehaluan . tetapi 3 hari lepas .. saya dapat kabar berita dia bagi tau isteri dia mengandung lagi ...tipu lah kalau saya x marah , kecewa ,skit hati , menangis... mmg bertalu2 msg dgn dia .
      tapi bila sya pikir semula , sya x ada sebarang hak untuk marah dan ade rasa mcm nie , saya tau saya bukan perempuan dan sememang akan kalah dgn prmpn .. x mungkin dan x akan terjadi hubungan antara saya dgn dia seperti mana saya impikan dahulu , untuk hidup bersma dgn dia ...jika di pikirkan saya nie orang luar yg berdiri jauh melihat kebahagian dia bersama family dia .. plus saya x pernah slah kan dia , dia suami dan mmg tanggungjawab dia untuk memberi nafkah zahir dan batin pd isteri dia .

      2 hari lagi saya akan fly balik ke malaysia ... apa yang saya perlu buat :-

      1- berjumpa dan berpisah cara baik demi kebahagian dia , anak dan isteri dia . seperti biasa dan selalu nya kisah cinta sbg lelaki yg 'istimewa' akan berakhir dgn kesedihan dan keperitan .
      @
      2 - saya akan trus kan hubungan ini kerana dia x nak lepaskan sya , tetapi saya akan trus dlam kehidupan yg pasrah dan telan segala duka nie ...melihat dia bersama anak dan isteri ...

      Delete
    5. Hai faez, boleh tak awak send email kat saya seksilelaki@gmail.com supaya kita boleh bertukar-tukar pendapat serta pandangan didalam kehidupan kita.

      Sekirannya saya jadi awak, saya membuat keputusan nombor 1 walaupun rasa sakit dan sedih tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa bebas dan tidak terbeban dengan masalah yang kita hadapi. Saya tahu awak kuat untuk semuanya...

      Saya tunggu email dari awak. Take care there.

      Delete
  10. Kita mewarnai kehidupan d muka bumi ini

    ReplyDelete