Pages

Click Me

Thursday, 10 September 2015

Sambung Belajar??..


Hello and Hai..Good Morning..

Di awal pagi dah update blog ketika bumi kesejukan ditimpa hujan tanpa henti lewat malam tadi. Hilang sudah jerebu yang selama beberapa hari ini melanda membuatkan rasa ketidak selesaan berlaku.Baru selesai sarapan pada jam 7 pagi yang lalu. Kegelisahan dan kepadatan didalam kotak minda membuatkan aku ingin mengeluarkan segalanya yang aku fikir ke dalam blog ini.

*Laptop padam tiba-tiba sebab dah habis batery membuatkan urusan menaip berhenti seketika tadi. *


Marilah kita sambung balik topic yang ingin dibincangkan tadi. Sebenarnya sebelum ni di awal tahun adalah juga aku memohon beberapa buah IPTA yang ada di Malaysia. Saja je mencuba nasib manalah tahu dapatkan. Dengan penuh keyakinan dan kesungguhan, aku tidaklah memohon untuk masuk IPTS. Makanya, bila semak permohonon samaada berjaya atau tidak, ternyata aku tidak berjaya pun masuk mana-mana IPTA. Kalau nak masuk IPTA, CGPA kena 4.0 ke macam mana?. Mungkin tiada rezeki aku agaknya, sentiasa berfikiran baik. Ke memang aku ni sentiasa kena masuk yang swasta punya daripada dulu?.

Disebabkan tidak mendapat tempat di ipta, aku pun mencari-cari ipts yang ada di Malaysia ni. Semuanya best dan membuatkan aku agak sukar nak memilih yang mana satu. Memang best tapi kenalah tengok harganya. Ipts dan harga berpisah tiada. Bagi tidak terburu-buru, aku survey dulu ipts daripada khursus apa yang ditawarkan, dari segi harga terutamanya, suasananya, samaada sesuai atau tidak dengan diri aku. Msu ada kolam renang, bila tension boleh terjun je, kalau taylor lebih mesra alam sekitar, bila kelas waktu petang boleh tengok itik pulang petang dari dalam kelas. Kalau tension dalam library boleh baca buku sambil tengok pemandangan yang mendamai. Segi pulak reka bentuk bangunanya yang cantik dan klasik rasa macam bukan study kat Malaysia.

Atau pun masuk Mmu, best juga, komputer dalam makmal semuanya dalam meja. Kalau ikut rasa hati memang nak pakai masuk je akan tetapi kena juga tengok daripada costnya juga. Jadinya sekarang aku dah ada short list ipts yang aku nak masuk, ada 2 ipts dan membuatkan aku tak tahu pula yang mana satu nak pilih..

Family aku jenis tak kisah mana aku nak study, semua keputusan terletak pada aku sebabnya family aku bukan jenis yang suka memberi arahan atau memaksa mengikut cakap mereka terutamanya didalam pendidikan. Jadinya aku tidak boleh silap memilih. Kawan-kawan yang lain ada yang start belajar, ada yang orientation week dan aku baru nak memilih nak masuk mana. Hehehhe.

Atau pun belajar secara PJJ, tapi aku tidak berapa yakin sangat. Samaada nanti aku boleh ketidak suaikan diri dengan cara belajar macam tu. Jumpa lecture pada weekend sahaja. Dalam family aku belum ada yang buat macam tu. Rasanya tidak kot belajar part time. Hehehehe.

Belum dapat mimpi atau petunjuk lagi mana satu yang akan aku pilih. Semoga aku dapat buat keputusan yang tepat untuk masa depan aku. Harapnya aku dapat membuat keputusan didalam masa terdekat ini.

Orang yang study kat India tu pun dah nak habis study, tak lama lagi nak balik. Jangan pulak bila kat sini 24 jam dia nak makan makanan india sudah. Bila dah ada kat sana jual mahal pulak tak nak makan. Eh! terselit benda lain pulak. sorry..hehehe

Sayonara....




6 comments:

  1. course apa yang kau nak try masuk bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Course yang biasa-biasa je bro..hehehe

      Delete
    2. hahaha. apa course tu in particular? mana tau bole tolong suggest uni

      Delete
  2. Good luck !
    Bestnya IPTS !
    Tapi a bit costly. but if under MARA should be okey gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck to u too Mr Dominic yang handsome...belajar elok-elok k..IPTA pun best juga..yang penting dapat cuci mata..hahahaha..

      Delete