Pages

Click Me

Wednesday, 28 October 2015

Si Rabun


Hello and Hai...


Image result for rabun mata


Selamat Hari Rabu semuanya..Ok, hari ini nak kongsi ceriter tentang rabun. Tak kira rabun dekat ke jauh yang penting rabun. Dan aku salah seorang manusia yang rabun dari kecik sampai ke besar ni. Satu masa dahulu ketika kecik aku tidak suka pakai cermin mata sebabnya nampak pelik kerna waktu itu teramat jarang nak cari kanak-kanak yang pakai cermin mata masa zaman aku dulu. Orang yang tak rabun tak akan faham tentang keadaan mereka yang rabun sebabnya situasinya berbeza.

Sebagai contoh, tertinggal cermin mata semasa pergi sekolah, bila nak pakai baru cari dalam beg, sekali tengok tak ada!..maka hari tersebut akan menjadi hari yang tidak best sebabnya tak nampak dengan jelas untuk salin nota dan kena pinjam nota dari kawan. Aku pernah mengalaminya sekali. Sebelum pergi sekolah, make sure semua dah lengkap baru pergi.

Masalah disebabkan rabun juga apabila kau teserempak dengan kawan lama kau kat luar, tak kiralah kat mana. Pastinya aku si rabun ni akan mengambil masa beberapa minit untuk pastikan betul atau tidak orang tu kawan aku. Sebabnya nampak kurang jelas, walaupun berbeza hanya beberapa meter sahaja tapi bagi aku jauhnya 1 km jarak, Bila dah pasti baru tegur. Tapi nasib aku kira baik sebabnya dia orang tahu yang aku ni rabun. So, tak adalah sentap bila tak tegur atau pun timbul isu siapa tegur siapa dulu.

Bila nak isi borang pendaftaran atau melibatkan benda yang memerlukan untuk menulis, dan tak bawa atau pakai cermin mata pun menjadi masalah, dan akan timbulnya kesedaran untuk mempelihara mata dengan sebaiknya dengan banyak makan carrot. Hahaha. Lebih menyeksakan kalau banyak benda yang nak kena isi.

Kenapa tak pakai cermin mata atau lens?. Bagi aku, rabun aku tidak lah seteruk mana untuk pakai cermin mata 24 jam, masih boleh melihat lagi kecuali membaca. Dan memang tidaklah aku nak pakai nak lens bagai. Tak ada keberanian nak pakai masuk dalam mata bagai.

Aku akan pergi membuat pemeriksaan mata 2 kali setahun bila aku rasa mata aku kurang selesa samaada pakai cermin mata atau tidak. Samaada kena tambah power atau kurangkan power cermin mata, bergantung pada keadaan.

Itu sahaja entri kali ini, jumpa lagi..sayonara.




12 comments:

  1. Im speky since form 1 ..
    Dulu mata bulat besar ..lama2 pakai spek ..mata dah jadi sepek .. nyampah ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu form 1 br pakai..yup, bila lama-lama pakai mata akan jadi sepet...hehehe

      Delete
  2. Amir dapat bayangkan yang Mr ML kalau pakai cermin mata mesti iras2 budak nerd yang cute...huhuhu...;-P

    ReplyDelete
  3. Kadang2 aku terfikir macam mana golongan rabun nak 'ehem2'??...tak risau ker nanti tersalah hotspot..hehe

    :kidding:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Kamen!..nakalnya....hehehee..entahlah, tak dapat nak jawab soalan tersebut..haahahahhaha

      Delete
  4. Im speky since form 2...hahaha...kalah kat Nu'man...paling tak best dulu masa sekolah kalau tertinggal spec kene tipu dengan kawan masa nak naik bas awam...nanti dia cakap bas kau dah sampai...yang aku berlari bersungguh sebab nak rebut seat jap lagi sampai depan bas bukan bas aku pun...hahaha sadis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahatnya!..ambil kesempatan betul lah...next time jangan lupa bawa spec k..hehehe..

      Delete
  5. shin rabun jauh.. cuma pakai spec time drive ngan time nk skodeng je #sengih

    ReplyDelete
  6. power aku 300 and ada silau. pffftttt... tak lah tinggi sangat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. power aku 200, silau aku 150...dulu tinggi, skrng dah turun..

      Delete