Pages

Click Me

Friday, 6 November 2015

Tips : Putihkan kulit.


Hello and Hai..

Entah kenapa diwaktu malam ini terdapat idea nak buat entry seperti ini. Idea itu umpama mentol yang tertiba menyala di kala malam yang gelap. Cewah ayat!..hahahha. Sepatutnya aku waktu-waktu macam ini aku sudah tidur atau pun sedang melayan perasaan sebelum tidur, eh! tu pun nak shareke kat sini..ok, abaikan sahaja.

Back to our topic. Nak cakap kulit aku putih memang TIDAK lah tapi saja je nak buat entri disebabkan idea yang terlalu banyak di minda sudah melimpah ruang. Bila cakap pasal putihkan kulit maka memang berkaitan dengan produk. Maka marilah mula daripada bahagian muka hingga ke hujung kaki. Bagi aku yang penting kulit sihat dan tidak bermasalah itu sudah cukup bersyukur dengan apa yang ada..



Untuk pencuci muka, sekarang ni aku gunakan simplysiti white and detox dah masuk botol ke dua. Sejujurnya aku beli sebabnya 2 in 1, untuk cuci muka dan buat masker, tujuan aku beli dulu pun sebab gunakan untuk masker kerana ketika itu aku pakai L'orel for men. Dan entah kenapa jerawat aku timbul bagaikan cendawan selepas hujan tiada hentinya, walaupun aku dah pakai l'oreal since high school lagi. Maka terus aku buang pencuci muka l'oreal terus pakai simplysiti. Bau dia green tea, wangi dan jimat. Tahan berbulan-bulan. Harga dia bergantung pada pasaran dan aku beli masa ada sale hari tu..



Disebakan kulit aku jenis yang cepat kering maka, aku kena pakai palembap muka. Sebelum ni aku pakai yang warna biru tapi sejak bertukar-tukar duta produk maka bahan-bahan dia pun bertukar dan tidak lagi sesuai dengan kulit aku. Makanya aku ambil keputusan pakai yang berwarna hijau ni. Murah, berbaloi dan berkesan. Bila pakai rasa sejuk sangat. Harga tak sampai rm 10 ringgit. Aku suka produk safi masa dynas jadi duta dan ketika nama produk ni belum popular lagi sebabnya memang betul-betul berkesan dan bahan-bahan dia pun amat sesuai dengan kulit aku. Sekarang ni produk safi macam kurang best. Tengah fikir nak tukar yang lain.-_-





Image result for vaseline pink lotion


Untuk badan pulak aku gunakan semua losyen diatas mengikut mood dan keadaan, sebenarnya ada lagi yang aku pakai tapi dah lupa brand apa. Kalau pagi aku biasannya pakai nivea atau pun vaseline atau pun yang ada spf yang tinggi. Kalau malam pulak pakai safi atau yang jenama lain..nanti aku sharekan pada entri yang lain..sapukan di bahagian yang terdedah pada sinaran matahari untuk melindungi kulit..

Kulit aku sensitive kalau pakai produk untuk lelaki, nanti akan bertambah teruk, makanya kena pakai produk yang sesuai dengan kulit. Walaupun nama blog Macho Lelaki tapi ada entry pasal penjagaan kulit..hehehe..share is caring...


Sampai jumpa lagi dan selamat malam..


sayonara..


terima kasih sudi baca -.-


12 comments:

  1. Amir pun pakai jenama safi gak nowdays...Tapi Amir cuma pakai pencuci muka safi gamat+habatus sauda jer...;-P

    Dulu Amir pakai Garnier for Men tapi macam tak berapa nak elok kat muka Amir...tu yg tukar ker safi tu...jimat pun jimat...huhuhu...

    PS : Next entry cuba citer pasal minyak wangi favourite mr ML plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai amir..Garnier for men ML tak pernah cuba lagi..mungkin tak ada rasanya entry tentang perfume sebabnya Ml tak pakai perfume..hehehe

      Delete
  2. Satu lagi Macho Lelaki lupa..minum Qu'puteh...ekekeke

    qu'puteh..qu'puteh baru laa putih :duck face:

    Nice entry, ada kelainan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..qu puteh mahal lah abang kamen, tak mampu beli..thanks sudi baca -.-

      Delete
  3. Aku pun pakai Nivea Body Whitening Serum jugak tapi jarang. Seminggu 1@2 kali je sebelum tido sebab malas. Nak orang tolong sapukan. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..suruhlah sidia tolong sapukan untuk u...-.-...

      Delete
  4. dulu aku pakai Vaseline Men Wash utk pencuci muka pastu kulit elok je...pastu Bad Lab keluar product aku try pastu cam harem...tak sesuai...hahaha...tapi bau dia sedap...bau abang abang...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vaseline pun ok juga..ok faham apa maksud bau abang-abang tu..hahahaha.

      Delete
  5. Tolong bg product untuk kita putihkan tangan dan lengan :p...*serius haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. product yang ada SPF yang tinggi dan juga ada tulis kat situ untuk 'whitening'..nivea pun ok, vaseline atau pun mana-mana brands pun ok..sebabnya kesan bergantung pada individu..

      Delete
  6. mesti lembut dan wangi.. meh sini sat .. hehe

    ReplyDelete