Pages

Click Me

Friday, 15 April 2016

Commitment.



Hello and Hai.

Semalam ketika aku scroll ig, aku click pada satu gambar ni dan bila aku baca captionnya, hati mula meronta-ronta untuk cari pasangan. Hahaha. Begitu menusuk kekalbu tertiba rasa hiba pulak.

Gambar tu milik irine nadia, seorang blogger popular, berkahwin diusia muda dan sekarang dah ada 2 anak. Aku tak adalah kenal mana pun dengan si irine ni, adalah juga baca sikit blog dia. Bila search kat google pasal irine nadia mesti keluar keywood 'irine nadia delete fatin liyana'. Padahal cerita tu wujud pun, dia orang senegeri mana boleh gaduh-gaduh. Yang aku tahu abang dia orang sangat handsome TAPI dah kawin.

Back to topic, aku rasa beruntug dia dapat suami yang baik, pandai jaga bini, anak-anak, kiranya pilihan dia tepatlah kawin muda dapat suami macam tu yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Dan kalau aku secara peribadinya, kurang yakin untik sokong mereka yang berkawin awal terutamanya dari segi tahap kemaatangan fikiran kedua pasangan. Itu pendapat akulah, masing-masing berhak untuk bersuarakan.

Sejujurnya buat masa sekarang aku lebih selesa bergini tanpa ada komitmen dengan siapa-siapa. Dengan kesibukan mengalas pelbagai tanggungjawab dalan kehidupan seharian dan buat pelbagai perkara membuatkan aku tidak rasa bernafsu untuk menjalinkan apa-apa perhubungan yang serius. Setakat kawan-kawan apa ada hal kan tapi kalau lebih kearah yang serius, maaf perasaan itu belum wujud lagi.

Kalau dulu zaman belum matang memang sentiasa ready untuk relationship, salah satu sebabnya bila tengok orang lain bermain cinta kita pun nak bermain cinta juga. Bila ada orang yang mengorat mulalah rasa gedik, syok sendiri sorang-sorang. Tapi disebabkan pengalaman itulah yang mematangkan diri ini untuk masa hadapan.

Aku ok je macan ni, happy je 24 jam. Bagi aku sebelum kita sayang/cinta pada orang lain sila sayang/cinta diri sendiri terlebih dahulu, itu yang aku practicekan dalam kehidupan aku. Sebabnya ada yang terus buta bila bercinta sampai kena meranalah, menangis bagai bila putus di tengah jalan. Anggap je tak ada jodoh k, tak perlu nak meratap 24 jam macan tu. Buang masa dan tenaga je better cari yang lain.

Kadang-kadang aku rasa kesian dengan cara orang yang mencari cinta/pasangan ni terutamanya dalam dunia PLU a.k.a sonsang ni. Ada tu sampai upload gambar yang buka aib sendiri, post status yang meminta perhatian bagai. Terutamanya adik-adik yang baru nak berjinak dalam duni PLU ni, tak payahlah kau desperate sangat sampai upload gambar naked dekat fb, ig dan sebagainya untuk membuatkan orang terliur tengok gambar kau. Kalau ada yang nak couple dengan kau pun disebabkan nafsu bukan cinta, diri sendiri juga rugi. Biar single tapi maruah diri tinggi. 

Sepatutnya kau belajar pandai-pandai, mak bapak berhabis duit hantar pergi kolej, Uni bagai untuk bagi kau pandai dan jadi manusia berilmu tapi lain pulak yang kau buat. Tak kiralah kau tak straight ke straight ke semua sama je. Kemaruk sangat nak bercinta, belajar ke mana bila dapat result teruk nak salahkan siapa. Kalau nak bercinta pun pastikan utamakan study dulu daripada bf/gf kauorang. Sebabnya nanti lepas habis study kau juga sendiri kena bayau PTPTN yang kau pinjam tu, kalau hubungan kau kekal sampai habis study bolehlah suruh bf/gf kau bayau kan kalau putus ditengah jalan kau hadaplah sendiri.

Bagi aku nak sayang bagai boleh tapi kena fikirkan juga masa hadapan. Hidup ni kena cerdik sikit kalau tak kau juga yang ketinggalan. Sebabnya kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan kita, tu sebabnya penting ada back up plan. Nak bercinta/couple boleh tapi kenalah berpada-pada, banyak lagi benda penting yang kita kena buat pada masa yang sama terutamanya yang melibatkan masa hadapan kita.

Aku bukan nak cakap yang aku ni baik sangat ke apa ke tidak, apa yang aku tulis untuk peringatan kepada diri sendiri juga. Sebabnya kita ni manusia cepat lupa diri, kalau tak diingatkan selalu maka terjadi lagi kesilapan yang sama.

Hari tu sempat aku screen shot gambar ig irine nadia untuk aku kongsikan kat sini. Dan aku harap satu hari nanti aku pun dapat pasangan yang baik dan memahami seperti dia atau mungkin lebih baik. Hahaha. Bukan aku sahaja tapi kepada kau orang juga, moga dapat pasangan terbaik. Jumpa lagi.






-Sayonara-

16 comments:

  1. Yup betul tu...syg diri sendiri dulu baru syg gf/bf

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, thanks sudi komen...betul tu, sayangi dirimu macam lagu fazura tu..hehehe

      Delete
  2. Some ppl tak nak lepas kan peluang bercinta zaman remaja .. gedik2 manja gituh.
    Tapi biasa nya kalau nak percintaan yang lebih bermatlamat ..bercinta la bila masing2 dah matang. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan abg nu'man tu..bila dah matanglah fikir pasal cintakan..hehehe..

      Delete
  3. Apapun letakkan diri dan keluarga sebagai priorities. Cinta ni tak perlu pun nak cari, bila tiba masa. Ia akan datang menyapa. Gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm kisah cinta awk dgn sidia tu..hehehe....tengah tunggu cinta menyapa ni...

      Delete
  4. Bercinta masa muda laa best..mantap bergetah..saham tinggi. Kalau dah tua nanti siapa yang nak? contoh? malas nak cakap...ekekeke

    Apapun bercinta bukan setakat nak berseronok jer, kalau terasa diri tu tak sanggup nak berdepan dengan dugaan dan ujian...lupakan aje laa niat nak bercinta..belajar matangkan diri dan pemikiran sebelum nak bercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakal abang kamen, nasib baik tak sebut contohnya sekali..hahahha...umur tolak ke tepi yang penting dua-dua belah pihak matang dari segi pemikiran..betulkan abang kamen..hehehe

      Delete
  5. Post kali nie menunjukkan yg Carl sebenarnya memang dah matang...and...betul cakap Carl...which is...if you cannot love yourself...how can you love somebody else...?!

    ReplyDelete
  6. sebenarnya, tak adalah matang mana pun,hehehe..betul tu amir, syg dan cintai diri sendiri dulu mcm lagu fazura tu.hahaha

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. nakal shin ni...siapa-siapa nak kenal dengan shin boleh pm empunya badan,hehehe

      Delete
  8. aku msg si irine tu nak suh jadi model kiteorg dgn anak dia skali dia tak layan eh...kejam...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke??....dia busy kot..hahaha..ambik i je lah jadi model u, kan senang...hahahahha

      Delete
  9. Enter your comment...betul tu..setuju sgt .love yr self dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai fir, thanks for your comment..mmmuaahhh

      Delete