Pages

Click Me

Monday, 30 May 2016

Love, Vivy




Hello and Hai.

Ketika entry ini ditulis aku baru habis tengok reality show love, vivy dan hari ini adalah last episode, cepatnya habis. Rancangan ini berkisahkan tentaang sisi kehidupan peribadi dan kerjaya seorang wanita yang bernama Vivy Sofinas Yusof yang dikenali sebagai Vivy Yusof.

Aku kenal Vivy sejak daripada zaman sekolah lagi sebab dulu tv3 ada buat program tv tentang keusahawanan, business, (boleh tengok kat youtube), disebabkan tak berapa suka tv program macam tu so aku pun tak ambil kisah.

Masa aku join dunia blogger sekali lagi aku kenal dengan Vivy Yusof, sebabkan dia salah satu blogger yang berpengaruh di Malaysia tapi aku tak pernah pun sekali baca blog dia. Belum sampai seru lagi untuk baca masa tu. hahaha.


Akan tetapi ketika pertama kali aku tengok iklan love, vivy kat astro terus aku search nama vivy di google dan ig. Mula baca blog dia daripada awal sampai sekarang, membuatkan aku lebih mengenali siapa itu 'vivy yusof'?. Dan aku mula jatuh cinta dengan kehidupan dia sekeluarga. Dari situ aku mula tahu tentang background dia, ahli keluarga dia, anak-anak dia. Dan setiap hari Isnin pukul 9.30 malam aku dah ada didepan tv tengok rancangan ni sampai habis, kalau tak sempat tengok aku akan record dan tengok kemudian.


Kenapa aku suka tengok rancangan ini?.

- Sangat memberikan kesan positive kepada diri sendiri dan memberikan inspirasi kejayaan kepada orang lain.

- Dapat tips dan cara untuk menguruskan sesebuah organisasi/ syarikat sekirannya buat business sendiri di masa hadapan.

- Bagaimana cara untuk menjadi boss yang baik kepada pekerja dan melayan mereka seperti sahabat/ ahli keluarga sendiri dengan  mewujudkan suasana kerja yang postive, santai tapi pada masa yang sama serius didalam membuat kerja.

- Membahagikan masa diantara kerjaya dan family. Meluangkan masa, bercuti bersama mereka.

-Mempaparkan nilai keakraban diantara ahli keluarga dan sahabat walaupun masing-masing sibuk didalam kerjaya.

- Sentiasa merendah diri tak kira siapa pun kita dan asal usul kita.

- Mengamalkan sifat memberi daripada menerima.

- Buat sesuatu dengan ikhlas dan tidak pernah putus asa.

- Lebih mengenali dengan dekat pemilik fashion valet.

Banyak sangat point untuk membuatkan aku suka tengok rancangan ini, kalau terlepas tengok boleh tengok semula di youtube sebab ada insan yang baik hati upload di youtube setiap episode.

Harap sangat ada season two sebab best sangat dan tidak puas tengok walaupun dah ulang banyak kali. Setiap kali episode akan belajar banyak benda baru dan jumpa orang yang berbeza. Rindu juga nak tengok Danial dan Mariam yang cute, dengar dia orang menangis. Hahahah. Itu sahaja, see you soon.

Sayonara.


6 comments:

  1. Banyak kali nampak iklan ni tapi sama gak belum sampai seru nak tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ok faham..tak pe nanti tengok kat youtube k.

      Delete
  2. selamat berpuasa ek.. semoga sehat sehat selalu #salamrindudianginlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga shin...xoxo..hehehe

      Delete
  3. She is damn gorgeous !
    Eventhough I'm not str8 but yeah she is gorgeous. LOL
    Muka dia macam familiar. pernah berlakon ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tahu tak pe dia sangat gorgeous dan ada aura membuatkan kita suka kat dia..hahahaha..dia bukan pelakon, hehehe

      Delete