Pages

Click Me

Thursday, 5 May 2016

Program terbaru di tv9- Sembang Terapi-.


Hello and Hai.

Minggu lepas, masa kemas-kemas rumah waktu pagi bukalah sekejap tv, sambil kemas boleh tengok tv sebab dah lama tak tengok tv. Masa tu buka siaran tv9, sekali tengok ada program baru. Tajuk dia sembang terapi dan ada 3 host. Konsep dia sangat santai dan mudah untuk kita fahami apa yang mereka cuba sampai, setiap episode akan ada tetamu yang berbeza yang berkongsi tips atau ceriter tentang mereka kepada penonton.


Yang membuatkan aku tertarik untuk tengok disebabkan pengacaranya yang muda, handsome, kelakar, selalu buat lawak, aku cuma kenal dayah dengan nazrief je lagi satu tu aku tak berapa kenal sangat tapi macam pernah tengok je, rupannya jibam yang berlakon dalam oh my english tu. Nama dia akmal rupannya.


Diantara mereka bertiga akmal yang paling annoying sekali, peceria program ni. Aku tengok pun gelak sorang-sorang dan dia paling suka kacau si dayah. Kesian pulak kat si dayah tu dimana ada satu episode tu akmal pecahkan belon depan dayah, terus orang terkejut. Sumpah kelakar gila peragai dia orang.


Program ni bagi aku sangat santai, ceria, sentiasa tergelak je dengan lawak mereka dan yang penting mereka berdakwah secara santai dan sempoi akan membuatkan apa yang mereka ingin sampaikan terus kepada penonton. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi dan sangat sesuai ditonton semua golongan terutamanya golongan muda.

Disebabkan oleh rancangan ni waktu pagi pukul 8.00 pagi dari Isnin hingga Khamis selepas rancangan 'Tanyalah Ustaz' maka aku record, bila free boleh tengok balik. Rasanya setengah jam tak cukup untuk program ni. Tak puas tengok mereka bertiga berceloteh bersama, hahaha..

Sayonara.

4 comments:

  1. jarang sgt nengok TV.. dulu layan gak la 3R.. suka Yuen, Eafidah ngan Tini.. pastu suka gak nengok quicky ke apantah.. Jien sgt comel.. pastu Marion.. Adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu nak tengok 3R balik, nostalgia program tu..hehehehe..

      Delete
  2. Belom cukup gigih nak tengok tv pukul 8 pagi..haha..masih terbongkang time tu..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..faham, bkn senang nak bgn awal...

      Delete