Pages

Click Me

Monday, 9 May 2016

Tips: Detox



Hello and Hai.

Hari ini saya nak sharekan kepada anda pengalaman saya berdetox, jenis produk yang saya gunakan dan kesannya. Detox adalah sesuatu kaedah yang digunakan untuk membersihkan dan membuangkan benda-benda yang tidak diperlukan oleh tubuh badan seseorang manusia. Terutamanya kepada mereka yang suka makan fast food, berminyak, berlemak dan segala makanan yang tidak sihat. Dan amat sesuai untuk mereka yang sembelit.

Dengan detox akan membuatkan badan kita rasa sihat, ringan, dapat kuruskan badan dan lain-lain lagi bergantung kepada badan anda. Pelbagai jenis detox yang ada, daripada produk yang dibeli di kedai atau pun detox mengunakan bahan berasaskan buah-buahan dan sayuran.

Dan saya nak kongsikan jenis detox yang pernah saya buat. Mungkin kesannya berbeza-beza keatas individu, bergantung kepada amalan permakanan anda.



1. Tea detox.


Beli jenama ni sebab ramai kata ok dan produk ni pun dah lama kat pasaran. Satu uncang boleh di gunakan 2/3 kali rendaman. Rasa tawar, tidak berapa kelat. Sila minum sebelum tidur malam dan pagi esok akan detox dengan sendirinya. Perut akan rasa memulas dan akan pergi ke tandas lebih kurang 3-4 kali sehari. Yang tak bestnya bila dah detox perut akan lapar dan akan makan macam biasa.


2. Hirisan dan perahan lemon.



-Beli lemon kat shopping/pasarmalam/pasartani. Satu botol air/ jag yang berisi air, hiris lemon nipis-nipis, kemudian perah lemon tersebut dan kulit lemon yang telah diperah tadi masukan sekali dalam air. Biarkan semalaman didalam peti sejuk dan minum keesokannya.Sangat sedap bila minum waktu panas, baik untuk hilangkan batuk dan sakit tekak, membuatkan badan rasa ringan. Dan tidak membuatkan anda pergi ketandas untuk membuang sistem penghadaman.



3. Green apple and orange.



-Sebiji apple dan 2 biji orange di blend jadikan jus dan diminum sebelum breakfast. Kalau tak ada orange boleh ditukarkan kepada carrot. Melancarkan sistem pembuangan anda. Rasa yang sangat sedap dan senang nak buat. Kalau boleh buat setiap hari ataupun selang sehari. Bukan sahaja bagus untuk detox tapi baik untuk cantikan kulit, kuku dan rambut.


4. Madu.


-Waktu pagi sebelum breakfast ambil satu/dua sudu madu dan makan. Benda yang paling senang nak buat, ambik madu, makan. Kalau nak bancuh madu dengan air pun tak pe, ikut keselesaan anda. Saya lebih suka makan macam tu. Lepas dah makan baru breakfast.


Itu sahaja tips untuk entry kali ini, kalau ada yang lain akan dikongsikan lagi.

Sayonara...

12 comments:

  1. Biasa buat no 2 tu je.. kira ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...i jarang2 buat, tapi tulah kira ok lah

      Delete
  2. Pernah dulu makan madu..lepas tu stop sebab malas nak jadikan rutin..haha..pemalas sungguh diri ini

    ReplyDelete
  3. selalu minum green tea without sugar...dulu x suka rasa green tea...sbb benda pertama green tea aku makan is ice cream grean tea yang jual kat jusco tu...mcm scrup kaki je rasanya...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..green tea sesuai untuk minum je, kalau jadi benda lain rasa dia sangat2 tak sedap.

      Delete
  4. Clenx tea yeah sangat berkesan nak membuang. Tapi better buat 2-3 times a week je. cannot hari-hari.

    For fruits detox pulak, kulit buah2an tu make sure kupas dulu sebab dikh
    uatiri ada racun serangga yang disembur kat buah. Jadi bila rendam takut masuk dalam air kita nanti. Buah epal pulak memang diorang celup dalam wax. boleh kikis kalau nak tgk. Tapi kalau nak senang beli buah organik. Boleh celup je trus sbb mmg dah pasti takda sebarang racun digunakan. Cuma harga agak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clenx tea tu seminggu sekali je, tak larat. Hahaha..betul tu wak kalau nak buat fruits detox make sura buah tu dah bersih dari segala sisa racun semua.

      Delete
  5. You know what Carl...salah satu cara Amir nak detox adalah dengan makan Habatussauda and olive oil...pastu Amir suker minum Air Limau nipis without sugar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai amir, belum pernah cuba lagi makan habatussauda dengan olive oil, air limau nipis pernahlah minum, best sangatkan..hehee

      Delete
  6. bagus minum madu tetiap hari .. tp skrg nk cari madu asli payah bebeno.. jom kita bermadu kasih hahaha

    ReplyDelete