Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 10 June 2016

Salam Ramadhan 2016



Assalamualaikum, hello and hai.

Selamat berpuasa kepada semua, hari ini dah masuk 5 Ramadhan dan Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Macam mana puasa, ok tak?. Disebabkan line internet TM ada masalah teknikal maka dah lama tak update blog. Terseksalah sikit bila tak ada internet, kalau beli data internet pun cepat habis tak sempat nak guna untuk update blog.

Bulan puasa tahun ini agak santai setakat hari ini, kurang aktiviti memasak, beli makanan kat bazar je, masak pun buat penat je biasanya tak habis pun makanan. Biasanya pukul 4 dah pergi bazar sebab malas nak menghadap manusia yang ramai di bazar ramdhan waktu petang.

Untuk persiapan raya dah hampir selesai, dari segi beli baju melayu, tempah langsir, biskut raya nanti hampir raya baru dapat, cuma nanti bila hampir raya kemas rumah sahaja. Sebabnya nanti hampir raya macam-macam benda yang nak kena buat tu yang belajar daripada pengalaman yang lepas-lepas.

Target bulan puasa ni nak kuruskan lagi badan tapi selera makan semakin bertambah, biasanya bila makan sekali tak akan tambah akan tetapi tahun ni bertambah-tambah. Dan seboleh mungkin elakkan nasi dan digantikan dengan makanan lain seperti murtabak, bihun goreng yang dimakan dengan lauk atau kosong. Disebabkan cuaca panas maka langgar pantang minum air sejuk/ais. Hahaha.

Biasanya sebelum tidur akan make sure dapur dalam keadaan teratur, susun pingan mangkuk kat dalam almari, sampah makanan dah buang, ada pingan mangkuk gelas yang belum basuh lagi ke, kalau keadaan dapur kotor ke apa ke kemaskan sekejap supaya nanti bangun sahur tak payah buat banyak kerja. Ok lah saya nak berhenti menulis sampai setakat ni, nak kemas dapur tadi terlupa nak susun pingan mangkuk dalam almari.

Selamat berpuasa, semoga puasa tahun ni lebih bermakna daripada tahun lepas. 

8 comments:

  1. Selamat berpuasa Carl...jangan puase yang-yang yuk yer....huhuhu...;-P

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Carl Dani. Bila nak pegi bazar sesama? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga abang kamen, jom kita gi bazaar..

      Delete
  3. selamat berpuasa wak..nanti raya jemputlah kita ke rumah carl dani..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat puasa juga awak, ok wak nanti saya jempu k..

      Delete