Pages

Click Me

Sunday, 21 August 2016

Apa yang anda tidak tahu tentang anak bongsu.



Hello and Hai.

Hari ini nak sharekan sikit pasal fakta anak bongsu mengikut cara Carl Dani. Kalau sebelum ini aku ada sharekan juga tentang fakta anak bongsu yang aku dapat dekat google tapi kali ini aku nak sharekan fakta berdasarkan diri sendiri. Kalau ada terlebih terkurang harap dimaafkan ya. Mari kita mulakan.

1. Matang.

Biasanya orang akan ingat anak last ni agak manja terutamanya daripada segi pemikiran dan juga pergaulan. Itu mungkin pada orang lain tapi tidak pada aku sebab aku dikategorikan cepat matang daripada usia sebenar. Aku jenis yang belajar daripada pemerhatian contohnya, kalau buat sesuatu samada orang suka atau tidak perkara tu, kalau orang tak suka aku tak akan buat benda tu. Masa waktu kecik aku tak suka tengok cartoon, aku lebih suka tengok cerita manusia daripada cartoon sebabnya banyak benda yang dapat diambil untuk jadikan pengajaran.

2. Berdedikari.

Sejak daripada kecik aku sudah diajar untuk berdedikari terutamanya buat kerja rumah. Kalau parents tak ada kat rumah dah tahu dah kena buat apa macam sapu sampah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya. Disebabkan oleh didikan dari kecik macam tu untuk hal yang lain pun sama macam hal pendidikan, semuanya uruskan sendiri parents hanya tahu aku final exam lepas tu convo. Tanpa perlukan memeningkan kepala mak bapak untuk bayar yuran si anak. Mak aku jenis tegas masa muda, tak kiralah kau anak tengah ke hujung ke atas ke bawah kena buat kerja rumah.

3. Tak banyak bercakap.

Aku jenis yang tak suka sangat bercakap walaupun dengan family tapi tu dululah sekarang ni banyak sikit bercakap. Masa zaman sekolah rendah lagi teruk tak bercakap dekat sekolah sampaikan cikgu panggil mak bapak datang sekolah. Hahhaha. Sebab aku suka buat benda atau fikir sesuatu sorang-sorang tanpa perlu nak bercakap dengan orang lain. Kirannya susah senang diri sendiri yang tanggung, tak adalah kau nak salahkan orang lain kalau plan kau tak menjadi, lebih kurang macam tu lah. Hahahha.

4. Kurang dengar cakap.

Bila orang kata jangan buat sesuatu benda tu aku tetap buat juga tapi tengok benda apalah. Kalau berbahaya tidaklah aku buat tu tak sayang nyawa namanya. Sebabnya bagi aku setiap orang punya pengalaman dan pandangan lain-lain apa salahnya kalau aku mencuba untuk merasai sendiri perasaan tu. Contohnya pakai braces, family aku memang tak berapa setuju aku pakai tapi aku nak juga pakai sebab beberapa faktor jadi aku pun pakai dan juga pakai duit sendiri siapa yang kisah. Hahahahha.

5. Kurang suka kanak-kanak.

Aku dengan budak-budak ni tak berapa sangat, bukan tak suka tapi rasa macam rimas sikit sebab aku tak ada adik, hidup aman damai tak pernah dengan budak menangis, menjerit dan sebagainya. Tapi bila dah ada anak buah kenalah terima walaupun pening kepala, belum termasuk lagi musim raya anak buah datang rumah. Ramai gila anak buah cepat sangat mak bapak dia orang kawhin. Hhahahaha.

6. Banyak tanggungjawab.

Orang ingat anak bongsu ni boleh senang lenang tak banyak fikir, dilayan macam minyak yang penuh tapi itu semua pada orang lain. Aku jenis yang banyak tanggungjawab mungkin sebab aku jenis yang matang dan boleh diharapkan maka banyaklah benda yang aku kena buat. Daripada A sampailah ke Z. Dan banyak benda yang kena pikir didalam sesuatu masa.

7. Suka bersendirian.

Masa aku kecik-kecik dulu aku bukan jenis yang suka bermain dengan orang lain, tak kiralah kat rumah atau kat sekolah. Bila adik beradik lain keluar bermain aku just duduk rumah, main sendiri, buat aktiviti sendiri. Tu sebab aku tak kisah duduk rumah sorang-sorang sebab dah biasa. Lagi-lagi bila dah besar ni di mana adik beradik yang lain jarang ada kat rumah, pergi kerja , dating dan sebagainya maka tinggalkan aku sorang-sorang. Kadang-kadang tu bila family ajak dinner kat luar aku malas nak ikut sebab suka duduk rumah. Hahahha.

Itu jelah nak sharekan  mungkin ada yang sama dengan korang semua mungkin berlaianan. Terima kasih baca entri ini.

Sayonara...


7 comments:

  1. Suka budak2 tapi yang comel jela..tak comel layan gitu-gitu je..haha bias~~~

    ReplyDelete
  2. Point no.5 agak tepat. Kes aku bukan benci budak-budak, lebih kepada awkward...maklum laa, parents tutup kilang lepas beranakkan aku..tak sempat nak merasa ada adik...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. we share the same feeling...hahahha...

      Delete
  3. 4 and 5. aku anak bongsu sampaila umur 8 tahun tetiba dapat adik, damn hahaha. hai carl

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Akid, thanks for the comment.....tak pe lah anggap jelah adik awak sebagai satu anugerah untuk keluarga awak k...

      Delete