Pages

Click Me

Thursday, 1 September 2016

About Me.


Hello and Hai.

Kepada yang baru nak start baca blog aku ni. Boleh berkenalan dengan aku dulu sebelum baca blog ni. Tak kenal maka tak cintakan. Boleh panggil aku, carl dani atau carl atau dani atau awak atau kau, yang mana kau orang rasa selesa dan mesra untuk panggillah senang cerita.

Umur aku 20 an tidak awal tidak tengah dan tidak hujung, sila fikir sendiri. Hahaha. Didalam menulis blog/ entry aku lebih suka mengunakan perkataan 'aku' daripada 'saya' tapi di ruangan komen aku lebih suka pakai 'saya'. 


Jom kita selfie dulu.

Aku masa buat blog ni dulu pakai buat je, pakai hentem je sebabnya bab blog-blog  aku kurang mahir sikit tapi lama-lama dah terbiasa bila berblog tak sedar dah berjam-jam hadap laptop. Aku pun tak ingat tahun bila aku mula buat blog sebabnya masa buat blog aku tak pernah update apa-apa pun.

Sekitar tahun 2014 barulah update sikit-sikit tapi lebih kepada syok sendiri, aku yang tulis aku yang baca. Masa tahun 2015 barulah serius sikit menulis, dah ada yang komen setiap kali aku update entry, rasa happy tu macam kau dapat result cemerlang dalam exam. Hahaha. Aku serius dan selalu update blog sampailah ke hari ini.

Aku tulis blog ni sebabnya nak luahkan perasaan atau merapu kat sini terutamanya ketika jiwa kacau. Aku tulis apa yang aku rasa je tak kisah orang suka atau tak dah nama pun blog aku punya kan. Dan aku juga tahu yang blog aku sejenis blog yang sendu sebab aku seorang yang membosakan, tak pandai nak bergaul dengan orang terutamanya di dunia maya ni. Bila aku nak komen kat blog orang lain atau apa aku akan pikir banyak kali nak tulis apa, last-last aku komen pendek je padahal kalau boleh nak komen panjang-panjang. Hahaha.


What?!

Blog aku ni jenis yang bermacam-macam tak ada specific blog, apa yang aku rasa aku nak tulis aku akan tulis, tapi seboleh mungkin kisah peribadi aku akan fikir banyak kali kalau nak kongsi kat blog. Ada juga kisah peribadi yang aku kongsikan tapi tak semualah yang mana aku rasa ok, aku akan kongsikan kat blog.



Sebagai manusia aku pun pernah buat silap dan aku buat silap dalam blog. Apa kesilapan yang pernah aku buat dulu tu biarlah aku je yang tahu dan simpan diam-diam. Akukan masih muda kadang-kadang jiwa muda tu susah sikit nak control tu yang termuncul kat blog. Hahaha. Tapi sekarang ni dah matang sikit maka pikir banyak kali nak buat peragai macam tu. Benda dah lepas usah dikenang kembali. Semoga setiap hari aku akan menjadi manusia yang lebih baik. 

Biasalah tu zaman baru nak matang kan kaedahnya, belum tetap pendirian lagi. Sekejap nak jadi sado macam Dr Say bila tengok victoria secret fashion nak jadi slim macam Miranda kerr. Bila tengok orang pandai nak jadi macam Amalina Che Bakri pulak, bila tengok Che Tah nak perut slim macam dia pulak. Last-last satu pun tak jadi. hahaha.


Hampir 1 jam google gambar dr say, gambar ni sweet. Cairnya hati i..*lari topic.

Tak ada siapa pun yang tahu aku ada blog termasuk kawan-kawan. Aku nak yang baca blog ni adalah orang yang tidak mengenali aku dan aku tidak mengenali mereka sama juga dengan blog-blog yang aku baca dan follow. Kalau nak tahu lebih banyak pasal aku boleh click line kat bawah ni ok. 


Random Fact About Me Part 1

Random Fact About Me Part 2







8 comments:

  1. i baru nak start baca balik your blog...
    keep it up!
    (tak suke blog kaler terang) huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat membaca, hehehehe..owh ye ke nanti kalau ada masa i tukar warna lain k..

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu shin..setuju sangat-sangat.

      Delete