Pages

Click Me

Friday, 16 September 2016

Kerja Kahwin Part 1.




Image result for perkahwinan

sumber google.



Hello and hai.

Selamat Hari Raya **tertiba**, raya dah habis nak juga ucapkan juga, hahaha. Sebenarnya malas nak taip tapi kena juga paksa diri buat kerja, apa ni malas-malas. Last week abang aku no 2 dah kahwin, dengan orang senegeri, dekat je rumah kakak ipar aku tu. Kirannya raya boleh pulang balik gitu. Aku akan kongsikan segala persiapan yang dilakukan menjelang majlis tersebut dan akulah salah satu orang pentingnya untuk majlis kalau kau orang nak tahu. Hahaha. Ok2 mari kita mulakan.




Pelamin. 7/09/2016

Bab pelamin, fitting baju, jenis baju semuanya abang aku dengan tunang dia uruskan semua. Tapi kat rumah aku tak ada buat persalinan sebab belah lakikan so simple je. Diaorang mengunakan khidmat andaman yang berbeza, belah perempuan orang lain, belah laki orang lain. Abang aku kata mungkin pihak andaman tu nak pasang pelamin hari rabu atau khamis. Petang selasa tu aku dah suruh abang aku kemas-kemaskan perabot tu suapaya nanti bila dia datang terus pasang je tak payah nak sentuh-sentuh perabot atau barang rumah aku. Masa aku suruh abang aku kemas sempat pulak dia cakap macam.


'Tak pelah nanti dia orang boleh tolong alihkan perabot, nanti bos dia sendiri yang datang pasang, bla bla bla bla bla bla bla......'

'Bang, kalau kau upah rizalman, aku tak kisah pergilah lantak, sebabnya rizalman cerewet, semua kena bersih, kemas tanpa ada kesan habuk tapi adik kau ni 2 kali lebih cerewet dari rizalman, engkau belum tahu lagi macam mana dia orang buat pelamin buatnya dia pakai tolak-tolak perabot/barang rumah kau lagilah sakit mata aku ni.'

Si abang terus terdiam bila si adik bersuara. Kalau bersuara nanti habislah tak jadi kahwin nanti.

Dan tekaan aku amat tepat sekali dimana dia orang datang pasang pelamin hari rabu tepat pukul 9.00 malam di mana ketika itu baru nak rehat-rehat santai selepas makan malam. Masa dia orang buat kerja aku malas nak tengok sebabnya nanti macam-macam yang tak kena walaupun yang pasang tu bos dia sendiri. Kerja agak kasar, buat macam rumah sendiri, teerbakar ok tapi nasib baik tak terbakar sebab dah malam malas aku nak ambik port sangat. Dah lah abang aku pilih pelamin yang banyak bunga maka bersepah sana sini sponge hijau untuk cucuk bunga tu, tak termasuk lagi bunga plastik yang tercabut bersepah-sepah, maka berbunyilah vacuum di tengah malam, kan nak tunggu esok baru nak kemas, memang tak lah jawabnya, kena habiskan masa tu juga tak kira tu lah peragai carl dani.



Cantik memang cantik tapi yang tak cantiknya peragai pekerja yang buat kerja tu. Entah susah nak cakap, nanti orang kata kita ni cerewet bagai, tulah peragai  orang kita ni.



Hantaran. 8/09/2016

Abang aku dah bertunang awal tahun hari tu, bulan 2 selepas raya cina. So bulan 9 ni kahwin, rasa macam hari tu gi bertunang. Untuk majlis nikah nanti nak kena juga buat hantaran yang mana bagi aku buat atau hantar benda yang penting sahaja tapikan abang aku tak nak, kalau boleh dia nak bagi macam-macam dan telah membuatkan aku rasa macam 'what the fish kau ni bang nak bagi macam-macam, cukup jelah kau bagi duit hantaran, mas kawin dengan barang kemas untuk batal air sembahyang' namun kata-kata tu hanya diluahkan didalam hati Carl Dani sahaja. Lepas dah cakap dengan aku barulah dia pergi cakap dengan mak pulak.


'Nanti hantaran masa nak nikah, orang ingat nak bagi 10 dulanglah mak'.

Habis je abang aku cakap macam tu mak aku terus pandang muka aku menghantar isyarat kat aku, bukannya nak pandang muka abang aku. Faham-faham je lah bila mak kau dah bagi isyrat macam tu. Aku just diam je, mengiyakan sahaja semua benda padahal dalam hati mengata. Hahaha. Mak aku kalau boleh nak bagi yang wajip je sebabnya siapalah nak mengubah hantaran tu dan siapa nak bawak masa nikah nanti sebabnya sedara mara aku tak ramai cuma ada kami-kami je, memang ada sedara mara tapi yang pasti tak datang masa nikah nanti.

Dalam pada mak aku cakap nak bagi yang wajip je macam-macam yang mak aku nak bagi, telekung, sejadah, kain pasang, buah, coklat, agar2 jelly (buat sendiri), fruits cake (buat sendiri), gula-gula balang yang lain abang aku tambah. Masa nak mengubah hantaran tu abang aku siap cuti bagai, so aku buatlah benda lain, kemas rumah, dapur, luar rumah, alihkan perabot bila dah siap kerja aku masuk bilik tidur. Bila aku bangun dari tidur dengan harapan semua benda dah siap, rupa-rupannya belum ok!. Hantaran ke mana, dulang tepak entah ke mana tak tersusun cantik-cantik didalam bilik. Aku tanya kat mak aku mana dak abang gi? rupanya dia pergi ambik cake yang dia tempah tu. Aku pun apa lagi, ambiklah sejadah, telekung, kain pasang tu, lipat-lipat buat bentuk sikit, ikat reben lepas tu gamkan bunga kat atas biar bagi seri sikit. Dah siap gubah terus aku letak dalam bilik pengantin, tak sampai setengah jam dah siap semua maka terpancarlah kelegaan kat muka mak aku. Aku tak suka benda sepah-sepah ni kalau boleh biar kemas tak kiralah majlis apa pun titik.


Seeeeee....banyak ke tak tanggungjawab aku nak galas. Dah namanya family kenalah tolong menolong, tak sia-sia masa zaman sekolah dulu belajar sivik, ahhaha. Dah namanya abang-abang dia orang ni tak kuasa nak hadap benda-benda yang macam ni, kalau boleh nak lepas tangan je tahu-tahu dah siap depan mata tapi disebabkan aku ni agak tegas sikitlah macam mak bapak tiri didalam kepayahan dan kepaksaan terpaksalah abang aku hadap cucuk bunga untuk hantaran dia, walaupun kaku dan kayu. Biarkan dia tahu erti tanggungjawab ingat senang ke apa nak kahwin, tak kan semua benda aku nak buat dan semua benda nak suruh mak yang buat. Benda lain mak aku dah urus tak kan hantaran pun nak suruh mak juga urus, siapa nak kawin ni?.

Nikah 9/09/2016.

Pagi Jumaat tu hujan turun dengan lebat dan membuatkan kami semua kerisauan untuk pergi ke rumah pihak pengantin. Dan hujan berpanjangan sampailah waktu kami semua nak pergi kerumah pihak perempuan namun redah je hujan. Lagi pun yang pergi keluarga aku, aunty aku, sepupu aku laki bini tu je. Belah perempuan pun tak ramai orang cuma ahli keluarga sahaja yang ada.

Nasib baik sekali lafaz je dah sah, sebelum balik makan dulu tunggu hujan berhenti. Tergoda lak tengok abang cameraman, nanti aku next entry aku story k. Balik rumah terus bagi-bagikan hantaran yang aku terima daripada pihak perempuan sebabnya kebanyakannya makanan so tak boleh simpan lama. Aku bagi kat jiran sebelah, saudara mara yang datang kat rumah.

Malam tu pihak perempuan ada buat majlis berinai besar tapi aku tak pergi pun sebab malas plus aku nak kena kemas dapur untuk simpan segala makanan yang ada, dengan coklat lagi supaya tak cairkan.

Next entry nanti aku sambung lagi. Sebab dah panjang sangat. 

Sayonara.

10 comments:

  1. aku paling tak suka nak handle kenduri kahwin. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha....ok faham akan perasaan itu..

      Delete
  2. Teringat masa kenduri kawin kakak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tak dapat abang ipar?. kita dapat kakak ipar je...hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. pening kepala orang nak kawin kalau kita jadi wedding planner dia orang...hahaha.

      Delete
  4. Masa kenduri .. sy tukang amik pic jer ..tu pon tgk ats mood. Susah karang nk pi umh awak bawak ank2 kecik ..mesti mata dok menjeling2 ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...tak adalah sampai macam tu sekali nak menjeling anak orang orang nu'man....hahahahha

      Delete
  5. Cepat sambung entry ni, i nak baca...

    ReplyDelete