Pages

Click Me

Wednesday, 21 September 2016

Kerja Kahwin Part 2.


Image result for wedding



Sabtu 10/09/2016.

Hari Sabtu tu, siapkan segala keperluan untuk hari Ahad ( sanding rumah pengantin lelaki). Rebus telur lepas tu masukkan dalam bunga telur, buat bunga rampai tapi bukan akulah yang buat semua tu kak ipar dengan aunty su aku yang buat bila aku balik je rumah semua dah siap dah. Ingatkan nak tidur sekejap tapi tak dapat sebabnya nak kemas dapur belum habis kemas lagi tadi dia orang dah buat kerja lepas tu pergi rumah bersanding ke rumah pengantin perempuan terus balik rumah masing-masing, petang nanti baru datang balik.

Sebab dah terbiasa tidur sekejap waktu petang around 2-3 p.m jadinya agak mengantuk, kena juga buat itu dan ini kalau tak sampai bila nak siap. Seminggu aku skip minum petang sebab tak sempat nak buat bila dah buat itu ini. Petang sabtu tu juga kemaskan bilik pengantin, tukarkan cadar, barang yang tak pakai masuk dalam store, nasib baik ada sepupu perempuan boleh diharapkan. Kemaskan segala hantaran yang ada di dalam bilik.

Kalau nak tunggu pengantin sampai esok belum kemas bilik lagi, dah ke petang pun belum balik lagi mungkin basuh periuk belanga kot sampai tengah malam baru balik. Daripada petang sampai ke malam buat kerja, cucuk bunga manggar, pasang banner, siapkan door gift untuk orang sebelah esok. Nasib baik ada aunty su, anak dia, akak ipar, abang-abang yang tolong. Semua dah tahu kerja masing-masing.

Oh ya, lupa nak story, pelamin abang aku bukan setakat pakai bunga banyak tapi pakai lampu yang agak banyak untuk mencantikan seri pelamin. Nak dijadikan story bila on suis semua lampu tak nak menyala. So abang aku call or chat apa entah kat andaman tu lepas tu andaman cakap nanti dia datang tengok mungkin ada mana wayar yang rosak ke what ke apa ke. Sampai ke petang tak muncul-muncul. Tahu tak pukul berapa pekerja dia datang rumah untuk betulkan suis tu???? pukul 2.45 pagi ketika semua orang dah sedap tidur tengah mimpi syok. Tapi masalahnya aku yang terjaga bila sayup-sayup terdengar bunyi bell di waktu pagi. Aku bangun terus offkan suis bell lepas tu tengok siapa yang datang. Rupanya pekerja dia yang datang dan tak kuasa aku nak melayan buka pintu bagai aku tidur balik sampailah bangun hampir kul 6 pagi.

Ahad 11/09/2016.

Pagi-pagi pukul 5 lebih dah bangun. Mak dengan abang pi beli sarapan dan juga beli sikit daging untuk masa raya nanti. Aku dengan pengantin kemas rumah. Sambil kemas muncullah pulak pekerja andaman untuk betulkan suis kat pelamin. Sambil tu aku buat kerja lain dan makan. Bila dah siap semua barulah mandi dan  macam biasa akulah orang terakhir yang mandi setelah segalannya diatur cuma tunggu orang datang rumah je. Masa aku memberikan 'arahan' kepada ahli keluarga aku terlupa yang bakal akak ipar aku ada sekali, bila dah bagi 'arahan' alamak! terlepas sikap dah, hahaha nak cepat punya pasal tak tengok kiri kanan bila bercakap.Tak tahulah apa yang dia fikirkan tentang cara aku tu. ahahha. Cuaca mendung tapi nasib baik tak hujan. 

Sebenarnya aku kurang suka sikit dengan saudara mara ni, sendiri fahamlah. Tak semua cuma segelintirnya sahaja. Sebagai contoh, keluarga A, Keluarga B, Keluarga C, keluarga yang lain ok cuma keluarga A tu kurang sikit atas sebab tertentu. Hahaha. Aku buat biasa je sama juga dengan keluarga aku yang lain. Dah lah sampai ke petang tak balik-balik itu yang rimas tu dalam hati dok cakap 'bilalah kau orang ni nak balik'/???. Hahahaha.

Pukul 12 abang aku gi rumah pengantin perempuan, salin dan bersiap kat sana. Kul 12.45 dah bersanding bagai, tak dapat nak tengok aku busy kat depan sambut orang, jaga duit, bagi beg goodies kat orang dan juga perkara sampingan yang lainnya. Sambil tu sempatlah juga aku pergi makan dulu, walaupun sibuk macam mana pun jangan lupa makan. Hahaha. Dah lepas bersanding, makan beradab semua pengantin pergi shoot outdoor dengan abang cameraman si gigi besi tu.

Lebih kurang pukul 4.30 petang bermulanya sesi mengemas, bungkus lauk diuruskan oleh pihak katering, rumah yang berdekatan akulah yang hantarkan, abang-abang gi hantar kat rumah orang tua-tua siap dengan beg goodies sekali. Lepas dah hantar lauk bungkus aku kemas bahagian dalam rumah dengan pengantin, mestilah buli pengantin amboi ingat nak jadi raja sampai ke malam ke????, hahaha. Dah siap kemas bahagian dalam, kemas bahagian luar. Nasib baik dapat katering yang tahu buat kerja, habis je majlis kerusi meja semua disusun ke tepi so bolehlah park kereta bawah kemah kecuali khemah pengantin sahaja belum buka in case kalau ada orang yang datang lambat bolehlah duduk kat situkan.

Hampir ke magrib semuanya siap lepas tu baru mandi. Walaupun tak dapat berehat namun tidak rasa penat ke apa, malam tu tertido pukul 12 malam sambil tu chat dengan En G sebab dia tengah online aku tegurlah dia. Borak-borak sampai tengah malam. Selesai sudah majlis kahwin untuk tahun ini.

Cameraman si gigi besi.

Untuk majlis perkahwinan abang dan juga pasangan dia ambil cameraman yang sama sewaktu majlis tunang dia orang hari tu. Sebabnya agak agak murah dan senang nak deal. Masa bertunang tu aku tengok abang cameraman tu biasa-biasa je, entah macam mana aku boleh terstalk ig dengan fb lepas tu, bila tengok lama-lama eh handsome juga mamat ni. Tapi dia dah kahwin sebulan sebelum abang aku kahwin tu pun abang aku rajin dok story dengan aku plus aku pun tak stalk ig dengan fb dia lagi.

Untuk majlis perkahwinan kali ini, abang cameraman ada ambil pembantu untuk bantu dia ambil gambar.Hahaha. Aku tersuka tanpa sengaja sebab dia pun pakai braces, nampak macam comel je. Disebabkan kita orang dah pernah terjumpa beberapa kali dia pun dah ingat muka aku ni, jadi terjalinlah sifat ramah tamah.

Masa majlis kat rumah aku, abang cameraman tu datang dengan pengantin sekali, aku tanyalah kat abang aku, 'cameraman kau ni datang kul berapa nak suruh dia ambik gambar ni', balas si abang 'aku suruh dia datang kat rumah pengantin perempuan kemudian baru dia datang sini sebab aku tak bagi tahu lokasi rumah'. Kau ni bang buat geram je lah, masa belum majlis ni lah muka masih elok lagi dan ada masa untuk posing bagai, namun aku luahkan didalam hati sahaja.

Bila dah bersanding semua, maka abang cameraman dan pembantu pun ambil gambar sana sini, tapi aku tak puas hati sebab lensa camera mereka tidak banyak mengalah kearah aku dan juga ahli keluarga yang lain sebabnya kita orang pakai baju sedondon, lelaki pakai baju t shirt collar manakala perempuan diberikan kain pasang untuk buat baju. Mestilah kena banyak gambar kami semua ni orang kuat nak ambik gambar pun tak sempat. Lalu aku pun pergi kearah abang cameraman itu yang tengah ambil gambar lalu aku berbisik ke telinganya (sebab sound dj kan kuat so kena cakap berbisik-bisik).'



'Abang kalau boleh tolong ambik banyak sikit gambar mereka yang pakai baju yang sama macam saya atau pun yang macam baju mak cik saya ni k'.

(sambil tangan aku tunjuk menunjuk kearah individu tersebut).

'Ok, insya allah nanti saya ambik.'

kedua-dua senyum sambil tayang braces.

Lepas aku habis je berbual dengan abang cameraman tu aunty aku tanya kat aku, 'dik, cakap apa dengan cameraman tu.?' aku pun membalas 'cakap dekat dia supaya lebihkan gambar kita sebabnya kita mana sempat nak ambik gambar bagai.' Setelah aku berpesan kepada abang cameraman tu maka lensa camera mereka lebih banyak menangkap gambar kami yang sedang layan tetamu, tersenyum je pembantu dia bila pandang aku. Sambil tengah sibuk kehulu ke hilir kak ipar aku panggil aku.


'Adik!, abang cameraman nak tumpang solat sekejap.' 


Aku diam sekejap, nak suruh masuk bilik aku, kecik pulak, maka pergilah ke master bedroom ada bilik air sekali. Aku pun ambil sejadah satu lagi kat dalam bilik aku lepas tu tunjukkan bilik sebab dia orang berdua so sejadah kenalah dua.


'Kiblat arah mana.'

Tanya abang cameraman.

'Tegak tapi senget sikit belah kiri'

(sambil membuat isyarat mengunakan tangan)

'ok terima kasih'.

Sebelum gi out door shoot sempat abang cameraman minta diri dulu, sempat bersalaman bagai. Dah satu benda yang aku terlupa nak buat adalah ambik gambar dengan abang cameraman untuk dijadikan kenangan. Apakan daya benda dah terlepas kan mungkin ada jodoh lain kali pulak manalah tahu.

Pagi Raya.

Sebelum pukul 7 dah bangun tu pun mak aku yang kejutkan. Raya-raya mana boleh bangun lewat walaupun mata nak rabak bagai. Lepas sarapan masak untuk juadah raya pulak, pergh! dia punya penat tak tercakaplah dahlah muka aku kena yang kena basuh periuk ( sebab semalam ada ambik lauk untuk makan malam) nasib baik tak rosak kuku aku ni. Masak rendang daging, kuah kacang, rebus ketupat nasib baik ada kak ipar sulung ditambahkan pulak dengan kak ipar yang baru maka aku boleh buat kerja yang lain pulak.

Lepas dah masak semua barulah rasa penat datang, lepas makan terus tidur sampai kepetang. Ambil masa berhari untuk cover dari penat. Pengantin raya kedua dah pergi honeymoon maka aku jugalah kena menghadap dia orang buka pelamin. khemah bagai. Dah selsai semmuanya hari ahad yang lepas 18/09/2016 mak aku buat doa selamat sikit untuk family kita orang je. Bertambahlah penat, namun hadap jelah, dah mak-mak bagi arahan tak kan kau nak ingkar. Hahahha.

Akhirnya siap juga entry ini di tengah malam ketika orang lain dah tido. Walaupun mengantuk aku gagahkan juga siapkan entry ini sebab nak buat entry yang lain. Terima kasih yang sudi baca, mungkin entry ini agak panjang sikit, harap anda semua terhibur. 

Selamat Pagi Rabu 21/09/2016.

Sayonara...

6 comments:

  1. too be honest, i pon jenis tidak berapa gemar beberapa jenis saudara mara.
    rasa macam kalau mereka datang nak duduk berkurung je dalam bilik, tapi selamat lah i ni plastik so leh la senyum2.

    lagi satu, normally cameraman or photographer look hot kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..i pun plastic juga terpaksa kalau tak nanti orang mengatakan..hahahha. tahu tak kebanyakan cameraman memang hot tapi tak semualah, kalau dapat yang hot bolehlah cuci mata sekali. Thanks komen, gigih u baca entry baru i..

      Delete
    2. mestilah gigih untuk kesayangan...
      ok, team plastik!

      Delete
  2. erm...ok, thanks..give me five..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Kenduri kahwin best bila saudara mara datang berkumpul buat aktiviti rewang, tapi yang tak best time nak kemas..semua pakat lari..in case buat majlis kat rumah..hehehe

    Apapun, selamat pengantin baru abang Carl Dani!

    ReplyDelete
  4. saudara mara kita tak ramai abang kamen so semua kena buat kerjalah tak ada yang nak lepas diri..thanks for the wish!..mmuaahhh..

    ReplyDelete