Pages

Click Me

Tuesday, 27 September 2016

OMG! Kurus ke??.


Image result for https://1.bp.blogspot.com/-UFXAY1OymZ0/Vv68CsmSzFI/AAAAAAAAAx4/UKyXZ9bQPEADZkJZWaiLUIgqbWyH2lLhg/s320/Perfect-Body-Shape-For-Men-Group.jpg


Hello and Hai.

Entry ini adalah kesinambungan daripada entry yang lepas, sebabnya tak cukup masa nak taip didalam satu entry maka muncullah entry baru ini. Ok back to our topic. Masa wedding abang aku yang lepas ramai yang macam terkejut kenapa aku ni semakin kurus dan semakin kurus. Dahlah aku ni kan penyambut tetamu so banyak oranglah yang aku jumpa.


Adik kenapa kurus ni

Makan apa kurus macam ni

 Share sikit macam mana boleh kurus

Dan sebagainya. Entahlah aku tak rasa kurus pun. Lepas raya berat aku dah naik semula aku rasa siap pergi timbang lagi ok. Sebelum abang aku kahwin sempatlah juga aku berpuasa sunat sebabnya rasa dah gemuk itu pun dapat buat beberapa hari je, dugaan betul bila puasa bulan biasa ni kan, lain betullah dugaan dan cabarannya.

Aku rasa mereka cakap aku kurus sebab baju yang aku pakai bukan baju yang fit atau pun ada cutting, walaupun saiz S namun nampak besar bila aku pakai, rasa tak nak pakai tapi kena juga pakai jangan nak mengada-gada ok. Mula-mula aku ingat aku nak pakai je seluar jean skinny tu tapi difikirkan balik inikan majlis ramai orang datang tak kan nak pakai seluar jean pulak lepas tu ketat nampak kakikan. Maka aku pun pi beli seluar slack tapi potongan skinny. Kena tarik nafas dalam-dalam sebelum pakai. Hahahaha. Pakai jean skinny pakai sarung je bila pakai slack ambik kau nasib baik tak semput.Bila dah pakai pergh nampak slim kaki aku walaupun agak ketat tapi tak susah nak bergerak.

Aku rasa sekarang berat aku dah bertambah sebab aku kuat makan. Macam-macam yang aku makan, kek, coklat, makanan yang manis-manis, selagi tak habis makanan yang manis-manis dalam peti ais tu selagi tu makan. Sebab ada setengah makanan yang tak boleh disimpan lama. Coklat hantaran abang aku juga aku makan tanpa minta izin, siapa lagi nak makan kalau bukan akukan plus dia pun tak duduk serumah lagi. Family aku tak berapa suka sangat makanan yang manis lagi-lagi kek memang tak bersentuh punya, aku juga sorang yang hadap, walaupun dah bagi kat family member yang lain masih ada lagi tak habis.

Dan sekrang aku mulakan balik aktiviti yang dah lama aku tinggalkan sejak aku rasa badan aku dah kembang ni di beberapa part di badan aku ni. Lama tak buat squat dan sebagainya, hari tu aku buatlah sikit-sikit dalam hitungan 10, bila bangun pagi esok ambik kau sakit-sakit wei badan umpama buat goyangan inul. Hahahaha. 

Itulah je lah aku nak sharekan. Aku tengok youtube untuk mendapatkan ispirasi buat senaman berdasarkan video yang aku tengok tapi masalahnya lepas tengok tak buat-buat juga. Sayonara!..

22 comments:

  1. Kurusnya..jari..ekekekeke

    Rajinnya buat squat..nak lawan Nicki Minaj ke Carl Dani?..hahahaha :larikkk:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...abg kamen!..kita nak lawan kim k bukan nicki minaj..hahahaha..tak adalah saje buat nak buang lemak.

      Delete
  2. wow squat mesti bontot mantap macam aries ni hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah mantap susah sikit nak pakai seluar jean, hahahahah...biasa-biasa je aries lagi mantap..

      Delete
    2. Uhuk uhuk.. tetiba tersedak

      Delete
    3. hahahah...tersedak dah aries...

      Delete
  3. Dah kurus, lepas ni ramai lah yang beratur kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke yang beratur tu gibb??..hehehe...biasa jelah..

      Delete
  4. omg aku kene start jogging balik...makin bulat...hahaha...btw feelingnya lagu all of the stars tu...

    ReplyDelete
  5. selamat berjogging... chaiyok! memang feel pun lagu tu...hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Kurus sangat tak elok wak.. makan banyak lagi smpi badan berisi sikit pastu baru workout

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita susah kuruslah wak, ni badan dah berisi kenalah kuruskan balik...hehehe.

      Delete
  7. Lagi best orang tegur kurus daripada orang tegur

    "Apsal ko makin berisi ni ?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...Tahu tak pe, lagi stress...

      Delete
  8. bahahaha...semua dp pic badan pegang hp ni napa???trend eh???hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...kebetulan namanya tu, baru perasan..hahahahaa....kita single so kita ambik gambar sendirilah...hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. ahahahahaha...tak sesado abang warkah kembara kita....hehehe

      Delete
  10. Replies
    1. Shin tak gemuklah, nak kurus macam mana lagi tu?..hehehehe

      Delete