Pages

Click Me

Tuesday, 27 December 2016

Sayonara 2016


Image result for men photoshoot outdoor

Hello and Hai.

Kita dah hampir ke penghujung tahun 2016 dan sebelum ia melabuhkan tirai marilah kita meraikannya. Sebenarnya tak ada benda pun untuk diulaskan pada tahun 2016, sama lebih kurang macam tahun lepas juga tapi adalah juga beberapa perkara yang harus dikenangkan kembali untuk tahun 2016 ni supaya tahun depan bila baca balik entry ini dapatlah recall apa yang terjadi di tahun 2016.


Image result for 2016

- Aku dapat turunkan berat badan ke tahap yang aku tetapkan dan tidak tersasar daripada landasan. Walaupun ramai memberikan komen yang mengejutkan tapi daripada dalam diri aku sendiri rasa bangga terhadap diri sendiri. Sekurangnya dapatlah merasa pengalaman dengan berat badan seperti itu meskipun dah sampai ke tahap underweight.

- Ex crush yang aku terminat masa zaman sekolah dulu dah berkahwin beberapa bulan yang lepas dan bila sebut pasal dia teringat kembali benda-benda yang pernah aku buat dulu. Pergh! rasa macam bodoh je tapi itulah kenangan dan spontan walaupun rasa malu bila ingat balik.Entah apa yang ada kat kau sampai aku tersuka kat kau dah lah selalu bergaduh tak puas hati je kerja dia. Lupakan je lah. Please move on!.

- Abang aku bertunang dan berkahwin pada tahun yang sama.

- Banyak benda yang mengejutkan terjadi dalam hidup aku, dimana biarlah aku saja yang tahu tentang ia.

- Suka dan tak suka kena juga tempuh situasi  'itu' walaupun kadang-kadang tak ambil peduli pun.

Ok dah cukuplah throwback untuk tahun 2016. Sekarang untuk list down perkara yang akan dilakukan bagi tahun 2017.




Image result for 2017

Untuk 2017 nanti banyak benda yang harus aku lalukan daripada hujung tahun 2016 sehingga ke tahun 2017. Nervous sebenarnya tapi kena hadap juga segala macam perkara tersebut. Buat masa sekarang aku tak nak nyatakan lagi apa perkara atau benda tersebut sebabnya aku belum ambil lagi langkah untuk memulakan perkara tersebut. Nanti bila aku dah laksanakan atau pun dah selesai melaksanakan perkara tersebut akan aku nyatakan secara terperinci didalam blog untuk kalian semua.

Selain itu, kalau jika  tak ada apa halangan abang aku yang ketiga pulak nak kawin. Dapat lagi kakak ipar tahun depan, semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Abang aku nak buat simple sahaja dan segala benda dia yang uruskan sendiri cuma family tolong sikit-sikit sahaja.

Tahun 2017 nanti puasa dihujung bulan 5 dan raya dihujung bulan 6 nanti. Lagi 4 bulan lebih sahaja untuk berpuasa. Jadinya jangan nak membazir duit lebih baik menabung daripada sekarang ni.

Semoga lebih rajin didalam membuat segala kerja terutamanya solat dan mengaji, dimana kadang-kadang rasa malas nak mengaji lebih menghadap sosial media. Harap berubah peragai tersebut.

Lebih serius didalam membuat perancangan kehidupan dan tahu nak mengatur langkah bagi mencapai matlamat supaya tidak sia-siakan masa yang terluang dengan begitu sahaja.

Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan teratur, amin...


Ok, jumpa lagi di masa akan datang. Sayonara.




Macam mana dengan azam awak-awak semua?, dah list down belum?.









12 comments:

  1. Tambah lagi satu..bertemu cinta sejati..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, bolehlah. kalau terjumpa..hehehehe

      Delete
  2. xde azam pon.. continue hari hari mendatang seperti biasa.. enjoy setiap apa yak shin lakukan hari hari.. buruk baek tanggung sendiri.. just get ready hehe selamat tahun baru yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu shin, selamat tahun baru juga..

      Delete
  3. semoga terlaksana semua azam2 Carl Dani tu. As for me, da berapa tahun kebelakangan ni, takde plan pun azam tahun baru. haha teruk betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin!..awak pun sama k semoga tercapai apa yang awak impikan...selamat tahun baru.

      Delete
  4. Waa belum apa-apa dah plan untuk raya tahun 2017. Haha. Azam baru saya nak rajin update blog macam awak boleh tak. hiks. Anyway, selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh wak, lama gila tak baca blog awak. Selamat tahun baru juga..

      Delete
  5. Selamat tahun baru carl dani..tak yah rajin sangat pliss..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak! selamat tahun baru..manalah ada rajin biasa-biasa je wak..hehehe

      Delete
  6. Carl dani...ak cue ad my fading passion..
    Slmt thn baru..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga abng warkah kembara.take care.

      Delete