Pages

Click Me

Sunday, 29 January 2017

My boyfriend??.


Image result for couple men

Hello and Hai.

Entri kali ini pasal cinta. Adakah saya sedang dilamun cinta, atau ada yang datang meminang saya atau pun saya sedang didalam perhubungan?. Erm..sila baca sampai habis kalau nak tahu. Biar saya terangkan satu persatu. Maafkan saya sebab gunakan perkataan saya sebab nak ambik feel menulis.

Sebenarnya kalau pasal topic yang berkaitan dengan cinta ni aku macam blur..tak tahu nak menguraikan secara terperinci. Harap anda semua faham akan apa yang saya nak tulis ni.

Membina sempadan didalam perhubungan. Maksudnya tidak serahkan 100 % hati, perasaan, badan kepada pasangan kita. Aku akan membina 'tembok cina' ketika bercinta sebabnya kalau andai kata perhubungan itu terputus atau tidak berpanjangan kita tidak akan rasa terbeban atau pun terseksa akan perakhiran perhubungan itu. Masih ada ruang untuk kita keluar daripada permasalahan itu. Janganlah bila kau buat 'tembok cina' lepas tu pi bagi tahu pasangan kau yang kau tak serahkan 100% hidup dan fizikal kau pada dia, kan dah bergaduh. Sila berfikir sebelum bercinta k.

Main tarik tali. Pada awal perhubungan jangan terus berkata cinta atau sayang terlalu kerap. Kenalah 'jual mahal' sikit KADANG-KADANG. Sebabnya kalau dah selalu ucapkan cinta dan sayang ia akan jadi jemu. Dan pada awal perhubungan bila pasangan selalu ucapkan kata cinta janganlah kita ni nak tergedik sangat. Cover-cover sikit diri, jaga tingkah laku. Bila dia dah sah dalam pegangan kita atau perhubungan cinta itu dah tercipta dan kukuh, silalah buat apa yang anda mahukan bersama dengan pasangan anda.

Jangan terlalu cepat balas chat. Bila dia bagi chat dimana-mana media social, janganlah kau terburu-buru nak balas. Take time, biarkanlah dia tunggu 2 minit ke kemudian balas. Barulah timbul perasaan rindu tu. Kalau betul dia sayang dia tak akan berchat dengan orang lain kan. Tapi bergantung pada keadaan, kalau dapat pasangan yang kerja tak menentu dan jarang hantar chat, jangan lah pulak kau orang lambat balas, kesian kat dia. Tengok keadaan kita dan pasangan. Kalau dia dah sah milik kita, suka hati kau oranglah nak chat macam mana sekali pun.

Jaga diri Jaga diri Jaga diri. Tak kisahlah kau orang menyangdang apa juga posisi didalam dunia PLU ni, silalah jaga diri sendiri. Baru kenal beberapa hari, dah bercinta bagai lepas tu buat 'benda' tu. Bagi aku tak payahlah nak terburu-buru. Kalau pasangan meminta suruh dia tunggu bila kita dah bersedia. Kalau tak suruh dia cari yang lain. Lets say, kau dan dia dah 'bersama' setelah beberapa hari kenal kemudian bercinta sekejap, kalau lepas buat 'benda' tu dia tinggalkan kau macam mana?. Kalau jenis yang tidak kisah tak pe lah. Pastikan kita dah kenal pasangan kita, dah tahu dia setia/sayang/cinta dengan kita barulah kita buat apa yang sepatutnya. Semua ini boleh dibawak berbincang sebelum kedalam bilik. Hahaha.

Apa yang aku tulis aku tujukan kepada diri sendiri sebagai tanda peringatan sebabnya nanti terlupa diri pulak. Mesti kau orang tertanya-tanya tajuk entry tak sama dengan isi entry?. Erm.. maaf kalau buat anda kecewa dengan tajuk macam tu.

Saya mendoakan yang baik-baik kepada kita semua. Mmmuaaahhh sikit!.

Sayonara.

8 comments:

  1. Jangan jual mahal sangat...nanti tak laku...ekekeke

    Pada aku, cinta dan kasih sayang tu perasaan yang ikhlas..so x perlu ada 'game' bila tengah in-relationship.

    just my 2 cent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing ada pendapat yang tersendirikan, mmmmuaahhh sikit.

      Delete
  2. kan, baru excited ingatkan Carl nak reveal kekasih hati huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, doakan yang terbaik k untuk saya dan semuanya..

      Delete
  3. Tajuk Carl tu....memang mendebarkan...huhuhu...

    Don't worry Carl...if you have someone in your life...I will 'ship' you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks abang Amir...doakan yang terbaik k...

      Delete