Pages

Click Me

Sunday, 26 March 2017

Life update Carl Dani.


Image result for hello march


Hello and Hai.

Tahun ni adalah tahun tak produktif didalam menulis blog. Apa ke ini benda?.Omg!.Ok marilah kita bersembang tentang kehidupan ya. Lagi beberapa hari nak habis dah bulan Mac ni. So far ok lah hidup setakat ni daripada tak ada kan. Maaffkan daku diatas post-post sebelum ini yang tidak berapa nak best sangat, awal-awal tahun dah sendu senda sahaja empunya blog Macho Lelaki ni terus dah tak macho terus hilang..omg!.


Mira filzah.

Dulu aku tak suka dia, tak suka tengok dia, rasa macam menyampah gilalah sangat. Lagi-lagi bila orang dok puji dia, cantik lah apa lah sebagainya. 

Hati aku tertutup tengok lakonan dia, bila ada je cerita dia berlakon aku tak tengok pun. Rasa macam poyo je minah ni. Macam goog]d-good je peragai dia kan.

Tapi, bila aku tengok meh! sandar pada aku dan disebabkan tak ada cerita lain maka aku pun menghadap sekali tengok dengan family aku. Tengok peragai dia dalam cerita tu macam sengal-sengal je, gila-gila je, eh! tersuka lak. Sebelum ni kayu je aku nengoknya.

'pandai lak kau berlakon jadi bodoh-bodoh, gila-gila macam ni!'

berkata aku didalam hati.

Bila dah minat sikit teruslah pergi ig dia, tengok segala gambar dia, ala sopan je ig dia. Stalk sahaja tak follow pun, membazir je sebab aku bukan selalu kat Ig tu. Gitu. Minat macam tu je lah.


Gay married.

Image result for gay marriage men

Beberapa hari yang lalu, aku baca blog abang kamen, ( hai abang kamen!) pasal husband and husband tajuknya. Bagi aku kalau kat Malaysia ni macam kurang sikit bila nak cari gay/plu yang janji hidup semati, melamar kau, pergi honeymoon bersama-sama sebagai pasangan 'sah'. Kalau di luar Malaysia memang banyak, lagi-lagi bila tengok kat youtube, rasa sweet sangat tau wak. Bila ada orang yang melamar kita dengan buat kejutan, ada cincin, bunga dan sebagainya. Dengan harapan, aku nanti macam ni bisik dalam hati.

Semasa aku zaman belasan tahun dahulu, ketika baru buat facebook, friends list aku semua lelaki. Gedik!. So adalah diantara mereka merupakan pasangan, sambut anniversary, pergi honeymoon, duduk serumah dan sebagainya. Dah lah zaman belasan, maka hati pun berdetik, aku nak macam ni satu hari nanti. Maka teruskan misi mencari calon yang sesuai namun hampa tidak bertemu lagi.

Masa zaman sekolah dulu pun dah terbiasa tengok pasangan gay pergi beli barang kat shopping sama-sama, si suami tolak troli satu lagi ambik barang, nampak lainlah sangat sebab sambil shopping boleh berkasih sayang, si suami pegang bahu pasangan, tolak troli sama-sama. Lepas tu kalau kat food court makan sama-sama sambil bermain mata bagai umpama berdating.

Aku boleh dikatakan memdewasa dalam kalangan melihat pasangan lelaki dan lelaki dari zaman sekolah menegah sampai ke sekarang. Terutamanya kat shopping, balik kerja terus pergi makan dengan pakaian kerja, sembang-sembang. Bila kita gay kita ada naluri tu, boleh tengok samaada mereka cuma kawan atau pun tidak.

Semuanya nak fun sahaja, nak cari yang serius susah gila sebab dia orang tak nak ada commitment dalam perhubungan. Apa pun bergantung kepada individu tersebut, tentang tujuan mereka dalam dunia gay ini.


Move on??

Related image

Dah mencuba tapi tulah bayang-bayang masih ada. Tak nak pergi dalam hidup aku. Walaupun aku tidak memikir tentang benda tu lagi. Benda dah lepas tak usahlah nak disebut lagikan. Benda tu datang tak kira waktu dan masa, sambil makan, sambil buat assigment dan sebagainya.

Aku langsung tak ingat lagi benda tu, segala kaitan dengan benda tu aku dah delete, satu pun tak tinggal. Boleh dikatakan agak kerap benda itu datang muncul secara tiba-tiba dalam ingatan aku. Ingat seronok ke apa bila ingat benda tu balik??. Menganggu sangat hidup aku.

Walaupun dah sibukkan diri dengan pelbagai kerja namun tidak berhasil langsung. Sambil aku buat kerja, benda itu termuncul dalam benak fikiran aku. Apakah ini wei?. Macam mana nak move on ini wahai awak-awak semua?.

Beberapa hari yang lalu aku bermimpi pasal benda itu, pasal apa entah dalam mimpi aku dah lupa. Bila bangun pagi aku blur...kenapa benda tu boleh masuk dalam mimpi aku, tak sangka. Dan bukan hanya sekali sahaja tapi beberapa kali. Orang kata kalau kita mimpi pasal benda tu, benda tu rindukan kita. Rasa kelakar lak pulak wak. Rindu ke? Hanya benda tu je yang tahu.

*benda tu bermaksud orang yang lepas*

Cukuplah sampai disini sahaja, nanti sambung lagi. Selamat Malam, 10.51 p.m.

Sayonara.


8 comments:

  1. Dulu Mira Filzah tu elok, ayu, sopan je, sekarang bila dah famous..makin gedik plak aku tengok..huhu

    Nak move on bukan sehari dua...makan hari, bulan...silap2 bertahun. Slowly...lama2 ok ler tu. Nak cepat cari orang baru, terus prospose...settle masalah...ekekeke.. Carl Dani boleh! ganbate!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mira filzah tak hanyut terus dalam dunia glamour. Susah gila wahai abang kamen untuk melupakan kisah yang dah berlalu. Nak cari yang baru, rasanya tidak, lebih baik sendiri buat masa ni. Thanks abang kamen for the word!..mmmuaahhh sikit.

      Delete
  2. Best jugok la tengok Mira Filzah berlakon dlm Meh Sandar Pada Aku tu.. Umi aku memang hardcore drama tu and kitaorang memang suka tgk acting Mira Filzah pun, ayu jerrr.
    Move on? Tu memang susah sikit ahh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, aku pun tersuka tengok drama tu. Sebab tak berat sangat dan santai sahaja. Tergelaklah juga bila tengok. Memang susah gila nak move on ke depan..tapi kenalah tabah jawabnya..hehehe

      Delete
  3. 'benda tu' in my context is plu feeling...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup abang warkah..hehehe.apakan daya nak buat macam mana kan.

      Delete
  4. sedap lagu Terbang ni.. siapa singer ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuna!..yup..hahaha. awak, lamanya menghilang, merajuk ke nak tulis blog?.

      Delete