Pages

Click Me

Thursday, 27 April 2017

The wedding- Bersanding and my turn??.


Image result for pelamin


Hello and Hai.
*Sambungan daripada entry yang lepas.*

Pagi hari Sabtu 15/04/2017, selepas sarapan aku mulakan aktiviti dengan basuh baju dan kak ipar aku buat apa yang patut dan barang-barang untuk dibawa kedewan. Selepas siap jemur baju semua dan letakkan barang kereta terus mandi pakai baju biasa je bergerak kedewan. Untuk letak barang dan tengok apa yang kurang semua supaya nanti bolehlah tambahkan hiasan. Dan pagi tu baru tengok dewan tu macam mana rupa dan sebagainya sebabnya part pelamin, dewan, meja makan semua dia yang uruskan dengan bini dia, jadinya terserah kat dia.


Image result for wedding

Lepas dah tengok semua dah cantik tersusun, maka aku balik semula kerumah untuk tukar baju dan bawak kek kedewan. Nasib baik jarak tak jauh maka tu yang dapat berulang alik. Kena pulak pakai baju melayu, pergh! nasib baik ada air corn maka tak adalah rasa panas sangat. Siap bersampin lagi, macam di pagi raya walaupun dipagi raya tak bersampin bagai. Dah abang aku yang dua tu bersampin maka aku pun pakailah juga. Bila lagi nak bersampin lepas tu ambik gambar banyak-banyak.

Related image

Bila dah majlis sendiri memang tak selera langsung nak makan walaupun buat kat dewan dan ada banyak masa untuk makan tapi tak makan pun. Entahlah, masa makan beradab family aku dengan pihak perempuan, aku yang jadi penyambut tetamu sebabnya aku kenal kawan-kawan keluarga aku so akulah orangnya. Aku kan bagus kalau bab PR ni, jadi family aku relax and chill. Hahaha. Disebabkan katering, makanan untuk pencuci mulut kami tuan rumah yang sediakan, jadinya kalau makanan dah berkurangan dimeja buffer kami sendiri akan tambahkan, memang tak serahkan semuanya kepada katering. Faham-faham sahajalah orang yang pekerja katering macam mana walaupun buat kat rumah sekali pun macam tu juga jalan ceritanya.

Image result for wedding

Dalam keluarga aku agak lain sikit, dimana kalau kebanyakan orang kahwin pakai songket dan segalanya. Tapi untuk keluarga aku since daripada abang long aku, pakai sut dan pengantin perempuan pakai gown, sampailah ke abang aku yang ketiga pun sama. Setiap kali kahwin pakai  sut dan perempuan pakai gown. Keluarga pengantin pula yang pakai baju melayu dimana akan dipakai semula semasa raya, masa tahun lepas keluarga pengantin pakai casual sebab buat kat rumah kena banyak bergerakkan.

Image result for wedding

Dan macam biasalah, bila adik beradik kau dah kahwin maka berbunyilah soalan mereka yang amat prihatin bertanya pasal aku. 'Adik, bila lagi?.' OMG!. stress kita tau wak 😌 tapi kan wak, sebelum majlis lagi kita dah pakai baju kalis peluru jadinya soalan tersebut terkena pula kat mereka yang tanya, 'anak makcik tu bila lagi, lagi banyak umur dari saya, tak elok langkah bendul ni.' Kau rasa mahu tak terdiam yang bertanya. Dah namanya kita 'adik' kan masih budak-budak lagi mana boleh kahwin kan betul tak awak-awak semua?. Hahaha.

Related image

Kadang-kadang seronok juga macam tu kan, orang tak tefikir akan benda tu!. Hahaha. Bila dah lewat petang, kemas sikit-sikit barang masuk dalam kereta, tapi aku rasa kereta aku yang paling penuh sebab aku sorang je. Makanya lepas dah kemas semua barang aku yang bergerak balik rumah dulu, keluarkan barang-barang. Nasib baik ada banyak kakak ipar rasa tak adalah penat dan dapat kakak ipar rajin tu yang senang dah tahu nak buat kerja macam mana.
Image result for wedding

Bila abang dan kakak ipar lak mengatal tanya 'dik, turn kau bila?.' aku menjawab 10 tahun akan datang. Sebab aku nak dia orang buat A-Z sebab aku nak duduk goyang kaki je menengok. Hahhaha. Tu lah mengatal lagi bertanya soalan kan dah kena.

Maka, tamatlah majlis perkahwinan didalam ahli keluarga aku. Turn aku?, nanti kau orang tahulah bila aku hantar kad jemputan kau orang k. Hehehe. Jumpa lagi.

Sayonara..




4 comments:

  1. Bila dah masuk 30-an nanti..rasanya boleh pakai lagi ke alasan 'masih budak-budak' tu? hahaha!

    Tahniah Carl Dani dapat kakak ipar, bertambah ahli keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa. Entahlah bang !:-) Boleh kot lagi pakai..hahaha. thanks abang kamen..mmmuaahhh sikit

      Delete
  2. Tahniah Carl Dani dapat ahli keluarga baru!

    Penji pun selalu kena tanya cmtu. Nak je cakap "eh, orang taknak kawin dengan prempuan la. Nak kawin dengan lelaki". Ha, mau pengsan diorang klau dengar jawapan camtu. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak. Kan awak dia orang tak tahu ke yang Carl Dani ni tercipta untuk Penji?. hehehe.Gurau je wak

      Delete