Pages

Click Me

Tuesday, 18 April 2017

The wedding -Nikah.



Image result for wedding akad nikah


Hello and Hai.

Masih banyak benda yang boleh disiapkan lagi tapi nak juga tulis blog 💖 sebab rindu sangat dengan blog ni. Lama sangat menyepi. Ok back to our topic today guys. Hari Jumaat yang lepas 14/04/2017 adalah majlis akad nikah, dimana dilakukan selepas solat Jumaat yang berlangsung di masjid sebabnya tok kadi nak nikahkan pasangan yang lain , jadinya semua pengantin berada di masjid yang sama.

Awal pagi lagi dah bangun kemas apa yang patut, susunkan hantaran yang ada supaya lebih cantik dan senang untuk dibawa nanti. Dah sarapan semua, rebus telur untuk majlis esok 15/04/2017, bunga rampai sekali. Balik sembayang Jumaat, tukar baju semua dan bergerak ke masjid, ambil masa 40 minit untuk sampai.

Dan nasib baik my abang is the first person untuk dinikahkan. Hahahaha. Tak ramai lagi orang dan untuk majlis ini cuma ada ahli keluarga sahaja. Hanya sekali lafaz dan lancar tanpa ada suara tersekat maka sahlah jadi suami isteri. Lancar gila, rasa macam wow!.hahaha. 

Image result for wedding akad nikah

Macam biasalah, habis akad nikah buat batal air sembayang dan sebagainya. Majlis simple sahaja. Lepas dah siap semua bergambar bagai, pergi kerumah pengantin perempuan sebab ada sediakan makanan minuman untuk pihak lelaki. Aku cuma makan sahaja serta manisan yang lain sebabnya masakan kampung yang mana jelas aku tak makan. Hehehe.

Sebelum berangkat pulang, maka bertukar-tukarlah dulang hantaran diantara keluarga lelaki dan perempuan. Dah selesai maka, balik rumah selepas hujan reda. Bila dah sampai rumah maka bermulalah semula aktiviti untuk urusan bersanding pada hari Sabtu 15/04/2017.

Waktu malam, lepas makan buat aktiviti bunga telur, yang lain buat kerja lain. Mencabar gila nak cucuk bunga telur untuk buat bunga pahar, tak suka tapi seronok sebenarnya. Eh, macam mana tu wak?. Lantaklah janji cantik hasilnya bila dah siapkan. Uruskan tapai yang datang waktu pagi tadi untuk dimasukan kedalam bekas yang tertutup supaya senang untuk dibawa ke dewan esok pagi. Aku perhati je tapai tu sebab aku tak makan, sedapnya. Hahaha.

Next entry will be sanding entry, so see you guys for the next entry.

Sayonara.

8 comments:

  1. Baca pun da penat. Lagikan tuan punya badan yg buat kerja tu. Haha. Rindu plak nk bizi2 majlis kenduri kawin. Hmmm tapi adik beradik lain semua dah kawin. Acano tu? Hahahaha 😆

    Anyway, teruskan update ye Carl Dani 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu lah wak, nak macam mana lagi kan. Duduk je lah rumah diam-diam online..hahahha..tengah draf untuk next entry. Thanks awak sudi baca.

      Delete
  2. Pics takder ke?

    ReplyDelete
  3. haha. xjemput pon. kenduri kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, miss you..hehehe..lupalah wak nak jemput. nanti turn saya, saya jemput k.

      Delete
  4. Tak makan tapai? bak sini...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat dah send kat abang kamen dah..hehehe

      Delete