Pages

Click Me

Saturday, 8 April 2017

Wedding Preparation


Image result for wedding preparation

Hello and Hai.

Dah masuk bulan April, maka bertambahlah busy dengan pelbagai jenis kerja. Sebabnya minggu depan aku akan merima satu lagi kakak ipar dalam keluarga aku. Erm, tahun lepas terima kakak ipar dan tahun ni terima lagi kakak ipar. Yeah! Happy ke?. Padahal serabut sebab banyak benda nak buat walaupun bukan aku yang kahwin..hehehe..

Untuk majlis kahwin kali ini, tak buat kat rumah tapi buat kat depan. Maka rumah tak terusiklah namun walau bagaimana pun kenalah juga mencantikan rumahkan. Dan semalam aku ada buat beberapa kerja rumah.

- Bersihkan kipas satu rumah.

- Buang sawang sikit-sikit.

-Mop lantai.

-Kemas bilik.

-Vacuum carpet.

Itu jelah yang sempat dibuat semalam, yang belum buat lagi adalah hantaran, yang mana akan bermula operasinya hari Isnin depan, sebab barang semua dah ada, cuma tinggal nak gubah sahaja dan itu memang part aku didalam membuat gubahan tu semua. Hahaha. Sebab aku jenis semua nak cantik, jadi baik aku gubahkan hantaran jadi cantikan. Bukan aku sorang je buat tapi bersama dengan keluarga yang lain juga.

Image result for wedding preparation

Daripada segi cendarahati semua dah siap buat dah, pakaian nak pakai masa majlis pun dah siap cuma nak gosok sahaja, oh ya dah buat tempahan kek untuk majlis sanding nanti. Yang belum buat lagi, manisan untuk diberikan kepada pihak perempuan macam kek buah, erm tak ingat nak bagi apa lagi. Hahahaha. Nanti aku update.

Dan esok aku ada final exam untuk sem ni dah lah waktu tengah hari lak tu. Harap janganlah mengantuk masa nak jawab exam. Malam ni nak paksa mata tidur awal kalau tak mahunya kul 12 tak tidur. Matilah nak!. Bertambahlah jerawat aku tidur lambat lagi. Aku dah siap-siap study awal bila aku dah dapat slip exam tu, supaya senang masa nak exam tu cuma main selak-selak sahaja untuk ingatkan dan mantap lagi daya ingatan. Semoga esok dapat menjawab dengan baik dan tak tahu macam mana format soalan esok. Tak pe, yang penting baca buku dan jawab yang terbaik. Hehehe.

Nanti bila mana aku dah siapkan semuanya yang berkaitan dengan majlis aku akan cuba update kat blog supaya nanti dapatlah macam balik macam mana aku buat tahun lepas masa abang aku kahwin dulu. 

Jumpa lagi, nak makan malam nak masak telur dadah sebab lauk dah ada cuma menambahkan menu yang ada. Bukan untuk aku tapi untuk keluarga, baikkan Carl Dani ni untunglah siapa yang dapat kan. Eh! Kau promote diri ke?. Hahahha

Sayonara.


8 comments:

  1. Bagus btul Carl Dani ni. Ringan tulang buat macam2 kerja. Kalau Penji, Penji banyak tido je. Kalau disuruh baru buat. Hahaha. Tapi Penji faham sangat kepenatan nak buat majlis kahwin sbb adik beradik Penji yg lain semua dah kawin. Hehe. Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti ye :D

    Oh, and hope you'll do ur best for ur exam! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak, nak pinjam lengan jup saya nak baring..hehehe..entahlah wak, saya tak boleh duduk diam dan suruh orang lain buat, itulah kelemahan saya awak..done exam yesterday!.yeah..hahaha

      Delete
  2. Asik terima kakak ipar je, abang2 Carl Dani bila nak terima adik ipar? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg kamen, nakal sangat..hahaha.tunggu orang masuk meminang kita je wak..hahaha..kepada sesiapa yang berkenan silalah tinggalkan email anda dibawah, nanti carl dani inbox secara private.

      Delete
  3. rajin nya Carl ni, untung siapa dapat XD

    betul, wedding ni memang memenatkan, walau x pernah experience tp tahu memang memenatkan sbb byk sgt benda nak kene settlekan..

    oh dah hbs exam la kan? still all the best utk exam akan dtg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai talha, entahlah siapa yang dapat si Carl ni kan..hahahha..thanks for the wish awak..mmuaahh sikit..

      Delete
  4. tangan seni ni.. mesti lawa gubahan tu mcm org nya #gubahanrindupuisisyahdu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah abang shin, biasa-biasa je, kta tak pro tapi bolehlah daripada tak ada kan..hehehe.

      Delete