Pages

Click Me

Friday, 5 May 2017

My ex and face my fear.


Image result for face my fear

Hello and Hai.

Hari ini, hari Jumaat 05/05/2017. Cantik tarikh hari ni lah! baru perasan. Ok never mind. Hari ini aku membuat keputusan untuk pergi ke tempat yang pertama kali aku jumpa dengan dia . Yup, daripada aku terbayang-bayang dengan perasaan yang susah nak pergi maka aku pergilah ketempat situ supaya hilangkan segala anasir-anasir yang tidak elok berkampung didalam hati dan pemikiran aku.

Jam 10.15 pagi aku pergi sana TAPI pakai seluar jean skinny, b tshirt dan kasut biasa. Tidak dirancang untuk  pergi kesana. Umpama fazura main football pakai heel dalam gol and gincu. Nasib baik tak ramai orang cuma ada beberapa orang sahaja namun mereka memang pelik kearah aku. Yang penting confident walaupun tak bersedia untuk teserempak dengan dia.

Image result for gol and gincu fazura

Ketika aku belum memulakan langkah, bateri telefon tiba-tiba mati. Oh damn! dah lah nak dengar lagu sambil berjalan dan ambik gambar sikit untuk letak dalam blog ni namun hampa. Itu adalah halangan bagi aku namun aku simpan fon dalam seluar aku mulakan langkah masuk kedalam hutan dengan penuh bersemangat dan tekad. Halangan sikit je tu.

Langkah demi langkah aku atur sambil menikmati kehijauan alam dan ketika itu satu persatu memori aku dengan dia terbang jauh jauh semakin jauh. Aku rasa happy dan tersenyum sebab tiada bayang-bayang lagi. Best gila perasaan itu.


Image result for face my fear

Sehingga sampai satu stop point ni, aku nampak sesorang dengan basikal cuma nampak belakang je tapi aku tahu itu dia. Maka aku percepatkan langkah aku. Semasa berjalan-jalan tu entah macam mana tertoleh kearah belakang dan terpandang muka dia dan aku walaupun hanya sekilas. Umpama orang asing di bumi yang sama. You know what i mean. Hahaha.

Aku meneruskan langkah sampai habis dan nasib baik tidak sesat sebabnya setiap simpang 2 bercabang kena pilih satu samaada jalan pendek atau panjang. Maka aku pilih yang panjang. Setengah jam lah juga nak habiskan.

Aku rasa bangga dengan diri aku hari ni. Sepatutnya aku buat benda ni awal dulu tapi tidak punya kekuatan untuk lawan perasaan itu sebab aku lemah. Dah lah lupakan je lah pasal benda dah lepas. Bersenam untuk kesihatan. Gaytuu..

Aku terlalu baik untuk dia dan dia terlalu baik untuk aku. Chill sudah bro, itulah kehidupan. 

Kepada yang ada masalah yang sama, jangan lari atau elak tapi redah masalah tu walaupun kau rapuh sekali pun. Agi hidup Agi ngalaban.!

Sayonara.


4 comments:

  1. Alahai..boleh pulak terserempak kat situ..mesti awkward gila kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tujuan nak pergi situ terserempak dengan dia. hehehe..buat biasa jelah macam tak kenal, hahaha

      Delete
  2. Akward kan Carl...hehehe...sabau lah dik...U will meet someone that are suitable for you...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks abang, sayang abang amir!..mmuaahhh

      Delete