Pages

Click Me

Friday, 19 May 2017

My life update for May 2017.




Hello and Hai.

Dah lama sangat tak update blog, maka entry kali ini adalah random entry dimana akan campurkan segala cerita dalam entry ini. Marilah mulakan.


 Permulaan tahun 2017.


Di awal tahun 2017, pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak bersinar dan bertuah pada awal tahun ini. Satu per satu terjadi. Namun itu tidak mematahkan semangatkan yang ada didalam diri ini. Setiap permasalahan ada jalan keluarnya sendiri hanya kita sendiri sahaja yang harus mencari jalannya. Samaada sukar atau tidak sesuatu masalah itu.

Semakin berisi.


Lewat beberapa minggu dan bulan ini selera makan aku semakin menjadi-jadi. Akibat daripada makan tidak beringat kerana selalunya makanan tidak habis akan aku habiskan daripada membazir dan buangkan. Tambahan pula cuma aku yang ada didalam rumah maka tiada siapa lagi. Namun sekarang aku didalam proses untuk mengawal kembali permakanan aku. Dan nasib baik aku bukan peminum air manisan maka agak mudah untuk mengawal selera. Walaupun makan banyak aku seimbangkan dengan minum air putih didalam kuantiti yang agak banyak juga.

Kurangkan OCD.

Sekirannya anda pembaca tetap blog ini, maka anda pasti tahu akan salah satu sifat seorang Carl Dani. Hahahhaa. Memandangkan badan dah berisi maka aku agak malas untuk mengemas terlalu kemas seperti sebelum ini. Aku cuma ambil ringan sahaja, kalau ternampak sesuatu yang tidak berapa nak kemas teratur dan seangkatannya aku cuma pejamkan mata. Kena kurangkan sikap tu, kalau duduk rumah sendiri tak mengapalah kan. Hahaha. Tapi ada masanya tidak boleh kawal emosi tu, so meletoplah. Eh!. Nasib baiklah siapa yang kena.


Image result for love vivy season 2

Love Vivy seasons 2.

Hari Isnin yang lepas berakhirnya rancangan love, vivy di astro ria. Kenapa cepat sangat habis?? rasa macam baru tengok dan tidak puas nak tengok. Kalau boleh nak lebihkan lagi episode sebab banyak benda yang dapat dipelajari daripada rancangan tersebut terutamanya tentang business dan fashion. Walaupun ada yang komen negative pasal rancangan ni, tapi bagi aku terserah kepada diri anda sendiri. Kita tak dapat nak puaskan hati serta kehendak semua orang untuk suka pada kita sebab kita bukan sempurna sangat.

Cuti Semester.


Menghabiskan masa berada dirumah sahaja tanpa pergi kemana-mana. Kalau ada pun pergi beli barang sekejap kemudian balik. Kemas sikit-sikit, masak-masak dan sebagainya. Termasuk juga berangan setiap masa. Hahahaha. Sangat hamba kehidupan Carl Dani.

Ramadan.

Minggu depan dah mula puasa. Iklan dan rancangan semperna ramadan sudah rancak bermain di kaca tv hari ini. Tak sabar rasanya nak puasa. Harapanya tahun ni dipermudahkan urusan untuk berpuasa dan bangun sahur serta lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.  Tak tahu macam mana keadaan puasa tahun ni. Sebelum puasa cuaca panas sudah melanda. Diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.



Sayonara. Sampai jumpa lagi.









6 comments:

  1. Part badan berisi tu sama la kita. Moga dapat kurangkan isi di bulan ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! give me five..selamat berpuasa..

      Delete
  2. Part makan tu sama dengan aku..kalau ada sisa baki makanan tak habis, aku yang tolong habiskan..dah serupa tong sampah hidup...hahaha. Lantak la jadi gemuk pun..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..biasalh bang kamen kalau duk dgn family..selamat berpuasa.

      Delete