Pages

Click Me

Sunday, 28 May 2017

Salam Ramadan 2017.


Image result for ramadan 2017

Hello and Hai.

Hari ini dah masuk bulan Ramadan bagi tahun 2017. Dan baru ada kesempatan untuk menulis dalam blog tentang puasa. Macam mana dengan puasa kau orang? Ok ke tidak?. Diharapkan semua ok dan dapat berpuasa dengan baik tanpa ada masalah kesihatan.

Bulan puasa adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Kerana bulan ini adalah yang amat istimewa dan berbeza daripada bulan lain. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata kecuali merasainya sendiri.

Bila dah masuk bulan puasa ni, maka jadual harian aku mula berubah. Jam 4.30 pagi sudah bangun untuk meyiapkan hidangan sahur untuk keluarga samada panasakan lauk atau masak nasi goreng juadah yang sama setiap tahun. Lepas solat subuh tidur sekejap dan bangun sebelum jam 7.00 tapi bila weekend 7 lebih baru bangun (hehehehe). Aktiviti lain macam biasa tiada terganggu. Juadah untuk berbuka puasa pula, samaada masak atau pun beli kat bazaar. Seronok pergi bazaar tapi kena pandai kawal nafsu dan perbelanjaan. Jangan terlalu boros beli makanan, banyak lagi hari dalam bulan puasa.


Image result for ramadan 2017

Harapan Ramadan aku pada tahun ini, semoga lebih banyak membuat ibadah daripada tahun sebelum ini. Walaupun kadang-kadang tu malas sikit tapi akan aku gagahkan juga diri ini. Bulan Ramadan ni juga adalah kesempatan untuk mensucikan diri serta fikiran kita daripada benda yang tidak elok dan negative. Disamping itu, cuba untuk penuhkan aktiviti harian dengan perkara yang berfaedah. Dan diharapkan dapat melupakan perkara yang pernah berlaku sebelum ini. Semoga diberikan kekuatan dan keyakinan didalam kehidupan.

Pada masa yang sama berazam untuk kuruskan sikit berat badan dengan menjaga permakanan dan dapatkan balik berat seperti tahun lepas, 😃😃😃😃. Harapnya dapatlah terlaksana. Rasanya bukan aku serorang sahaja tapi kebanyakan orang pun ada azam macam tu kan. Hahaha. Harapnya kita semua dapat capai lah apa yang kita hajatkan ok.

Puasa tahun lain sikit berbeza dengan tahun lepas sebabnya masing-masing dah berkahwin dan bila sampai waktu berbuka agak santai tahun ni tak ramai orang kat rumah. Agak sunyi sepi daripada keriuhan suara-suara semasa berbuka. Bagi aku ok je tak ada masalah cuma pelik sikitlah. Hhahaha. Biasalah awal ramadan nak buka dengan keluarga mentua kan nanti berbuka sama pulak.

Itu jelah catatan hari ini, sampai berjumpa lagi. 

Sayonara.







6 comments:

  1. Selamat berpuasa Carl Dani..semoga impian untuk mendapatkan pinggang langsing bak kerengga terlaksana...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga bang kamen yang hadnsome...hehehe.

      Delete
  2. Selamat berpuasa juga abg Shin..take care.

    ReplyDelete