Pages

Click Me

Friday, 2 June 2017

Dairi Ramadan 2017.


Image result for ramadan 2017

Hello and Hai.

Dah lama rasanya tak buat entry tentang dairi, maka hari ini terciptalah entry ini. Hari ini dah masuk 2 Jun bersamaan dengan 7 Ramadan. Puasa aku so far ok lah masih bertahan lagi. Biasalah awal-awalkan dugaan tu berat sikit. Hahaha.

Untuk Ramadan kali ini, ada masanya masak dan beli. Kalau masak pun tak habis, biasalah bulan puasa ni kan nak masak itu dan ini macamlah orang dalam rumah ni banyak sangat. Hehehe. Biasanya tak habis pun 😄. Bab masak mak aku yang buat cuma aku tolong sikit-sikit je sebab aku buat kerja lain pulak.

Biasanya kalau pergi bazar, aku selalu pegi bazar yang sama je sebabnya aku amat menitikkan hal kebersihan makanan dan juga dah tahu sedap ke tidak makanan yang dijual.Tak adalah rasa ragu-ragu nak belikan. Dan aku selalu pergi awal kat bazar jam 4.30 petang sebab  malas nak menghadap jammed samaada diatas jalan raya mahupun di bazar maka tak dapatlah nak cuci mata. Hehehe, (sorry awaa saya bergurau je).

Disebabkan sekarang ni cuti sekolah maka anak abang aku duduklah kat rumah sampailah habis cuti nanti. Jadinya bila pergi bazar, agak demandlah juga bagi aku sebab aku kan mana ada adik dan aku walaupun bongsu tapi tak demand. Mak aku biasalah semua benda offer kat dia mana taknya macam-macam dia nak. Nasib baik aku ikut, so banyak benda aku tapis dulu samaada boleh beli ke tidak. Bukannya apa, nanti membazir je beli, bila waktu berbuka tak makan.

Tak kan aku lak nak makan semua benda, memang tak lah. Bulan puasa ni nafsu semua berkurangan macam orang tak ada perasaan je aku rasa. Sebab dah azam maka jangan nak pandai-pandai ubah walaupun banyak makanan yang mengoda kat rumah. Ada kek coklat masa birthday mak aku (29/05) aku makan secubit je. Sebab banyak sangat krim aku tak suka tapi mak dan family aku suka. Masing-masing punya selera kan.

Jadinya, sampai sini sahajalah untuk kali ini. Sampai kita bertemu lagi dimasa akan datang. Selamat berpuasa dan nikmati Ramadan anda. Sekian.

Thanks for reading and see you soon.

Sayonara.


No comments:

Post a Comment