Pages

Clik Me

Monday, 21 August 2017

Summer Break! 2017.

Monday, 21 August 2017

Image result for summer break




Hello and Hai.

Dah mula cuti untuk summer break!. Selepas bertarung di dewan exam membuat menjawab soalan mathematics dimana aku tidak mahir dalam subject tersebut dan keluar soalan yang mana sub topic tersebut aku tidak buat latihan!. Sumpah aku tak tahu nak buat macam mana, pakai buat je sahaja tanpa ada sedianya formula. *pengsan*.

Sepatutnya entry ini ditulis pada hari Ahad tapi disebabkan banyak sangat buat aktiviti maka tunda hari ni. Nampak sangat malas!. Hahahaha. Penat sangat mengemas rumah disebabkan oleh rasa gembiranya dah habis exam!. Lepas beban. Rasa macam nak makan banyak-banyak!. Akibat terlebih sangat kemas rumah sampai ruam-ruam merah dah timbul kat tangan ni, Dah lama sangat tak berjemurkan. Hahaha.

Cuti ni macam-macam aktiviti nak buat supaya hati tidak bergolara lagi daripada fikirkan benda yang bukan-bukan. Dah namanya cuti kenalah enjoy dan betul-betul cuti walaupun duduk kat rumah je wak. Nak pergilah holiday tapi belum decide nak pergi mana lagi wak. Nanti kita fikirkan lepas tu kongsi kat blog.

Masa hari Sabtu malam ada opening sukan sea, pergh! Best gila Malaysia, gempak sangat!. Bangga dengan Malaysia dan segala persembahan dimalam tersebut. Buat pertama kalinya aku tengok satu acara daripada mula sampai habis tidak beranjak pun. Yang paling best sekali speech by Uncle Khairy Jamaludin. Terserap setiap apa yang dia kata didalam minda dan jiwa.

Ada juga blogger yang pergi kesana, dia upload picture kat Ig. Hahaha. Bila adanya sukan sea bersemangat lak nak sukan. Macam-macam idea yang keluar. Hehehe. Tapi tak buat pun. Hehehe.

Pasal entri-entri sebelum ini, maafkan daku andainya ia menganggu kalian. Sekadar luahan perasaan ketika itu daripada memikirkan yang bukan-bukan baik aku tuliskan sahaja didalam blogkan. Supaya dapat aku membacanya kembali andai ada masa. Hahaha. Dan terima kasih jugalah sudi baca, terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat didalam mendengar masalah, rintihan daku sebelum ini. Hehehehe.

Nanti ada masa daku kupas dan tulis entri kenapa entri-entri sebelum ini terasa sayu untuk dibaca. Sekarang mood swing lagi, dengar lagu i am me pun tertiba tukar mood. Salahkan dia sebab ada kenangan dengan banyak lagu. Jahat betullah awak ni,mencuri hati lepas tu tak pulang-pulangkan balik. Hahaha.

Ok dah, nak tidur. Mengantuk, walaupun namanya duduk rumah tapi tak tidur pun. Jumpa lagi.

Sayonara.


2 comments:

Macho Lelaki © 2014