Pages

Click Me

Clik Me

Friday, 22 September 2017

Pertemuan, Kesetian dan Perpisahan.

Image result for a happy person


Hello and Hai.

Welcome back to my blog guys!.

Entri kali ini amatlah random seperti tajuk di atas. Campur aduk konsepnya. Ok marilah kita memulakan cerita kita ini.

Bermula daripada niat 'sahaja-sahaja' untuk berjumpa akhirnya apabila empat mata sudah bertemu, timbul satu perasaan yang lain. Hahaha. Nampak macam desperate pun ada. Tak lah, kadang-kadang kan bila kita terjumpa orang yang kena dengan test kita mestilah timbul rasa sesuatu tu kan. Hahaha.

Walaupun 'pertemuan' tu hanya sekejap tapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri ini. Ingatkan pertemuan yang biasa-biasa sahaja, lepas dah jumpa tak ada rasa apa-apa. namun sangkaan itu meleset sama sekali. Cewah!. Rindu nak dengar suara, gelak ketawa, senyum dan sebagainyalah. Pada mulanya agaklah sukar sebabnya terpisah oleh jarak antara saya dan dia. Namun, dia adalah tunjukan effort dengan call, chat dan vc walaupun sekejap sahaja tapi itu pun dah kira ok daripada tak ada kan. Betul tak?.

Disebabkan oleh jarak maka untuk menjaga 'kesetian' tu ada masanya agak goyahlah sikit. Lagi-lagi zaman teknologi ni, semua apps ada kau. Tinggal download, sign up sahaja. Pergh!. Hahahaha. Bab ni sayalah yang goyah, dia kat sana tak sempat nak bersosial dalam apps semua ni kecuali ig dan fb. Hahaha.

Oh ya, kami bukan dalam fasa 'pasangan' atau menyatakan hasrat, niat dan sebagainya untuk keperingkat seterusnya. Bagi saya menjaga kesetian tu supaya nampak kita bukan jenis touch and go person. Walaupun masa dan waktu tu dah lepas tapi dengan harapan perhubungan ini menjadi lebih serius.

Saya akui, macam-macam yang fikirkan pada awalnya. Sampaikan dia pun warning saya supaya jangan fikir bukan-bukan. Nasib baik ada mempunyai kawan-kawan yang sangat positive gila-gila tahap pemikiran mereka membuatkan saya terkesima sangat-sangat. Thanks awak-awak sentiasa ada dengan saya. 

Bagi menjaga 'kesetian' itu saya tak download apa-apa pun apps dan hanya fokus untuk exam sahaja. Baca buku, buat latihan, tengok youtube, keluar jalan-jalan, chat dengan kawan-kawan. Walaupun dia dah bagi green light untuk saya berchat dengan orang lain berserta  nasihat 'behave'. Itu sahaja syaratnya, namun malas nak berchat dengan orang lain. Lol.

Tak ada perkataan 'perpisahan' diantara saya dan dia. Saya dah ok bila dia tak chat, call atau vc dengan saya lagi. Sebab saya memahami keadaan dia dan rasanya dia pun dah tahu saya dah ok. Maka perhubungan ini berjalan macam tu sahaja, umpama air sungai mengalir tanpa ada halangan.

Dari awal lagi, dia dah bagitahu tentang kebarangkalian yang akan berlaku dalam perhubungan ini. Namun Carl Dani tetap berdegil mahukan juga, maka dia pun turuti apa yang saya mahukan. Kerana itu, dari awal lagilah saya cuba untuk siapkan diri andai sesuatu yang terjadi dalam 'perhubungan' ini.

Sebenarnya banyak benda baru saya belajar daripada 'perhubungan' ini. Menjadikan saya lebih matang, bersedia dan terbuka.

- Lebih menjadi manusia yang tidak fikir bukan-bukan.

- Lebih banyak 'sibukan' diri buat benda lain.

-Lebih terbuka dalam semua perkara.

-Sentiasa tanamkan pemikiran positife 24/7.

Dan yang lebih penting, membuatkan saya lebih mengenali tentang sikap dan keperibadian seorang lelaki. Walaupun saya lelaki tapi setiap daripada kita kan berbeza. Hehehe. Disebabkan oleh pengalaman yang lepas mengajar saya banyak benda dan pengalaman sekarang ni lagi banyak mengajar saya, maka saya lebih rasa tenang dan santai untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang mendatang.

'Pengalaman mematangkan kita' amatlah sesuai ditujukan kepada insan yang bernama Carl Dani setiap masa. Kadang-kadang kita nak orang sayang, cinta dan setia dengan kita tapi layak ke kita untuk menerima semua tu?. Setia ke kita ni?. Baik ke kita ni?. Maka haruslah muhasabahkan diri sendiri daripada kusutkan pemikiran kita ni.

Baiklah sampai sini sahaja catatan saya untuk kali ini. Maaflah andai anda semua kurang faham apa yang ingin saya sampaikan didalam entri ini dan terima kasih baca.

Sayonara.

2 comments: