Pages

Clik Me

Monday, 20 November 2017

Apa khabar orang kampung?.

Monday, 20 November 2017
Hello and hai.


Related image


Amboi awak, tajuk bukan kemain lagi wak. Hai semua. Apa khabar?. Sihat ke?. Setelah hampir berminggu lamanya blog ini tidak dihias dengan entri-entri baru seakan sudah hilang serinya ketika dahulu pelbagai benda dan cerita dikongsi disini. Bukan lupa cuma kesempatan itu tidak ada untuk berkarya disini.

Oh ya, sebelum lupa nak cakap, kepada awak-awak semua updatelah blog. Rindu gila nak baca blog awak semua. Adalah juga berhubungan dengan blogger lain dekat facebook tapi aku jarang sangat kat facebook. Sebab lebih suka kat twitter macam senang sikit. Hahaha. 

Sekarang ni memang sejenis trend atau apa mencari jodoh di media sosial?. Tak kiralah kat mana mesti selalu jumpa macam tu. Lagi2 bila berbalas di ruangan komen tu lari gila dari tajuk yang ditulis tu. Yang membuatkan aku terkesima bila mana adalah perempuan bertudung labuh, berniqab semua buat pick line yang tidak mencerminkan gambar profile dia. Terdiam aku baca!. omg. Terdesak sangat ke wak??. Dah lah campur bahasa dengan arab. 

Wow - just wow! Rain photography. Street photography people, street photography portraits, new york photography, manhattan photography, street portraits

Tak lama lagi aku nak exam tapi persiapan macam tak ada sahaja. Entah!. Umpama kosong dan gelap hari-hari yang aku lalui. Dengan keadaan susah untuk tidur membuatkan aku menjadi manusia tidak fokus kepada apa yang aku lakukan. Nota-nota yang dibaca bagaikan angin lalu saja tanpa sempat tersemat didalam benak fikiran. 

Sekarang aku tengok mencari alternatif untuk menyuntik kembali semangat yang hilang dalam diri ini. Any ideas guy?. Sila komen. Biasanya setiap malam aku akan study sikit tapi malam ni tak sebabnya nanti susah nak tidur. Kenapalah diri aku ni?.

Sejak kebelakangan ini, berat aku dah tembah sebab makan banyak sangat. Aku rasa termakbul doa keluarga aku nak tengok aku gemuk balik macam dulu. Sebelum ni tiap kali aku makan je dia orang akan tegur suruh makan lebih sikit dan sekarang ni tak yah suruh aku dah makan banyak dah!. Puas hati anda semua??.


Hidup ini sebuah pilihan yang mana kita sendiri tentukan jalan mana akan kita ambil dan laluinya. Aku harap tidak akan memilih jalan yang salah atau pun buat kesilapan yang sama berulang sekali. Tak salah buat silap tapi buat silap yang berbeza-beza supaya dapat banyak pengalaman.

Oh ya, hari ni heboh satu Malaysia Fazura dah nikah dengan fattah. Terkejut aku sebab tak sangka lak yang mereka tu serius. Akukan big fans fazura tu yang tersentak tu. Apa-apa pun itu pilihan dia sama ada nak bagi tahu kepada umum atau pun tidak. Hidup dia itu yang dia pilih privacy dia biarkanlah.

Ok lah sampai sini sahaja, diharapkan jumpa lagi.



4 comments:

  1. shin sanggup kawen ngan fattah ngan fazura.. bekongsi kasih syg.. dedua shin suka

    ReplyDelete
  2. Wow..kita minat dengan fazura like a sister je. Fattah amin lebih sesuai dianggap abang ipar sahaja tak lebih tak kurang. hehehe.

    ReplyDelete

Macho Lelaki © 2014