Pages

Clik Me

Monday, 18 December 2017

Vacation 2017.

Monday, 18 December 2017



Hello and Hai 

Lama tak menulis dalam ni, idea banyak tapi malas nak tulis. Disebabkan sudah terlalu banyak aplikasi teknologi yang lain maka zaman blog seakan sudah berlalu. Ok back to the topic!.

Hari Sabtu yang lalu 9/12 aku pergi short vacation sekejap. Aku nak pergi hujung-hujung bulan tapi apakan daya exam diawal minggu dan hujung bulan suka tak suka pergilah date yang ada. Tak dapat nak cuci mata wak! Hahaha.

Family aku nak pergi Cameron atau Genting tapi aku tak suka tempat-tempat yang sejuk ni. Dan aku memilih port dickson untuk bercuti bagi tenangkan sikit hati yang bergelora ni, eh bukan fikiran supaya tak tension sangat nanti. 

Aku book 2 unit sebab dua abang aku ikut dan ada keluarga, maka harga hotel bagi 3 bahagian supaya adil. Aku mula book masa bulan 11 sebab takut penuhkan dan tempat biasa yang aku selalu pergi tempat yang mana dari kecik sampailah kebesar memberi memori yang indah kepada aku serta tak berubah dari dulu sampai sekarang iaitu bayu beach resort.

Bertolak waktu tengah hari dan sampai kat sana lebih kurang jam 4 petang. Yang bestnya jalan tak sesak langsung wei, ingatkan dah cuti ni jalan sesak tapi biasa je tu yang cepat sampai tu. Anak-anak buat aku bila dah nampak laut dengan kolam apa lagi nak terjun je aku yang pening.


Lepas dah letak barang dan makan-makan barulah turun bawah mandi manda. Nak ambil gambar apakan daya tiada pemandangan yang menarik untuk diambil. Hahaha. Agak hambar disitu. Malam tu family aku keluar jalan-jalan tapi aku tak ikut aku duduk dalam bilik sambil selak-selak nota je. Hahaha.


Pagi jam 7 aku dan family bersiap untuk breakfast. Apa yang paling aku suka pasal tempat ni adalah breakfast dia, walaupun simple tapi ada kenangan disitu teringat zaman kecik aku ketika bambam dulu. Breakfast tepi kolam renang sambil melayan perasaan. Sebenarnya banyak yang aku makan tapi tak sempat nak snap gambar mahu taknya aku je yang pulang balik ambik makanan yang lain makan sikit-sikit je. Sampaikan dia orang kena tunggu aku habis makan untuk naik bilik. Hahaha.

Lepas dah check out pergi lunch kemudian teruskan perjalanan balik kerumah. Dan semalam secara rasminya aku dah habis exam, last paper!. Pergh merdekanya rasa, dia orang dah habis awal dari awal terus gi holiday aku perhati je dari jauh. Hahahaha.

Ok lah sampai sini sahaja, hambarnya entry ni. Jumpa lagi dimasa akan datang ya.

Sayonara!.







6 comments:

  1. Percutian tu kurang bermakna kalau sekadar duduk dalam bilik hotel je..hehe.

    ReplyDelete
  2. rindu nk becuti.. jom cuti sama reramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya cuti ramai-ramai. banyak benda boleh buat sama-sama!

      Delete

Macho Lelaki © 2014