Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 26 December 2018

December 2018.

Hello and Hai...

Welcome back to my blog guys!. Semalam cuti kau orang buat apa?. Pi dating ke open house ke duk rumah macam aku?. Hehehehe.

Aku rasa tahun ini adalah tahun yang paling kurang aku buat entry kat dalam blog, kalau ada pun pasal cinta dan perasaan je. Hahahaha. Geli wei bila mana aku baca balik, macam tak ada apa-apa input yang berguna untuk bertulis ke der kat dalam ni. Hahaha. Nak buat macam mana kan banyak sangat benda yang lebih penting harus dilaksanakan dan blog pun terbiar sepi bersawang.


Aku semakin lama semakin berjaya mengemukan badan 😞. Agak sukar untuk diet atau kuruskan badan kalau duduk dengan parents plus tinggal aku je kat rumah. Maka segala makanan akulah yang kena habiskan semua. Kalau dulu ada abang-abang aku so makanan tak adalah membazir je macam tu. Nak pergi gym macam segan je wak, maka besarlah badan aku semakin hari. Hahahaha.

Tak lama lagi nak masuk tahun baru dah, kau orang dah ready belum nak melangkah masuk tahun baru ni?. Kalau aku, erm macam ok2 je tak adalah excited mana pun dan tak ada letak apa-apa harapan pun untuk tahun depan pun. Kita biasa-biasa je wak, tak nak letak apa-apa azam atau harapan. Biarlah kita follow the flow je wak, itu lebih baik dan bagus. Takutnya nanti banyak sangat azam atau harapan akan terbeban nanti kalau tak dapat. 

Ok lah sampai sini sahaja, semoga kita dapat jumpa lagi pada waktu yang lain. Jaga diri, jangan nakal-nakal ya awak semua..

Sayonara..









Wednesday, 14 November 2018

Cerita November.

Image result for november



Hello and Hai.

Welcome back to my blog guys!. 

Agak sunyi suasana blog pada waktu sekarang ni sebabnya ramai yang sudah beralih kearah lain. Macama aku lebih aktif di Ig berbanding facebook dan blog, so kalau nak follow ig aku sila drop email korang. Hehehe.

Macam mana kehidupan kau orang?. Bahagia? Gembira? Gain weight? Dah move on?. Walauapa pun situasi atau keadaan yang kau orang hadapi ingatlah inilah kehidupan yang ada masa kita tidak suka untuk menghadapi. Aku tahu, kau dan aku kuat untuk menghadapi setiap rintagan.

Usahlah rasa sedih atau bimbang dalam hidup ada pasang dan surutnya. Disebalik hujan akan munculnya mentari. Setiap awan yang gelap akan berarak maka munculnya sang mentari. Ingatlah ada yang lagi susah dan menderita daripada diri kita. Sentiasalah berfikiran dan bersangka baik terhadap aturan Tuhan.

Adakala dalam meniti kehidupan pastinya akan terjatuh dan tersungkur. Tetaplah gagahkan dirimu untuk melangkah dan bangkit walaupun sakit dan pedih menahan luka. Janganlah menunjukan kelemahan dan kesakitan tapi pamerkan kebahagian dan keriangan. Sentiasalah berjalan dengan yakin dan bermotivasi walaupun dunia seakan mengkecam.

Itu sahaja untuk kali ini, harapnya dalam menyuntik semangat dalam diri aku dan kau yang membaca entri ini, diharapnya begitulah.

Sampai ketemu lagi dilain siaran. Jaga diri anda dan lindungilah diri anda.

Sayonara.



Wednesday, 31 October 2018

Happy Birthday 30/10/2018.


Allah Selamatkan Kamu.
Allah Selamatkan Kamu.
Allah Selamatkan Kamu.

Happy Birthday To You.
Dear myself, happy birthday.

Asssalamualaikum,

Sudah terlalu lama tidak aku menulis apa-apa didalam blog ini. Minta maaf andai anda kebosanan membaca entri yang sama berulang kali, entri pasal putus cinta yang tak move on.

Alhamdulilah, birthday tahun ini aku dikurniakan dengan insan yang sayang dan ingat pada aku. Diawal pagi lagi aku sudah terima ucapan selamat daripada rakan-rakan yang rapat dengan aku. Berbeza dengan tahun lalu, hanyalah sepi dan menjadi tanda aras tamatnya hubungan aku dengan dia. Hahaha.


Pada awalnya aku kira mood aku akan swing apabila teringat peristiwa yang lepas namun Tuhan itu memang adil dan penyayang. Terjadi sebaliknya, satu hari penuh semalam aku menerima ucapan baik dari whatsapp dan media sosial. Terima kasi ya Tuhan kau kirimkan kepada aku insan sebaik mereka semua, sentiasa menceriakan aku dari pagi sehingga lewat pagi.

Aktiviti semalam makan-makan dengan keluarga dan potong kek untuk 3 birthday boy yang aku dah tempah minggu lepas. Borak-borak sampai tengah malm lepas tu berakhirlah majlis. Hahaha. Buat pertama kali aku buat decoration sikit main tampal-tampal kat diding. HAHAHA. 

Lantaklah nak bukan selalu pun kan setahun hanya sekali. Hahahaha. Bila lagi nak happy dan mengembirakan hati sendiri. Sekarang aku mengamalkan konsep happykan sendiri sampaikan berat badan pun dah menaik mencanak. Hahahaha.

Cukuplah tulisan sampai disini sahaja, semoga kita berjumpa lagi.

Sayonara. Xoxo.


Thursday, 26 July 2018

One year a ago.





Hello and Hai,

Hari ini 26/7/2018 genap setahun aku dan dia kali pertama bertemu.

Walaupun aku tahu status diri kau apa, namun disebabkan kedegilan diri aku bertemu dengan kau.

Pertemuan pertama berlaku dengan baiknya dan kau orang pertama yang..erm, hanya kau dan aku saja tahu..

Sampaikan kau sempat memuji dan rasa kehairanan.

Selepas pertemuan pertama kau sentiasa send chat melalui whatsapp dan malam sebelum tidur kita berdua berbual ditalian berjam lamanya. Sejak dari itu, handphone aku tidak berhenti berbunyi.

Hari kedua kita berjumpa, meluahkan segala perasaan apa sahaja. Andai dinding itu boleh bersuara dia pun menyampah sebab terlalu sweet sangat. Hahaha.



Maka bermulalah jarak jauh antara kau dan aku, masing-masing cuba muhasabah diri.

Apa yang bagus pasal kau, tidak pernah lupakan aku. Call setiap pagi semasa kau pergi kerja, video call sewaktu lunch dan call semasa kau balik kerja sebelum menjemput family.

Erm!.

Aku dan kau saling stalk sesama sendiri di moment whatsapp, lalu dua-dua bergelak.

Namun kemanisan itu cuma sementara yang Tuhan bagi untuk kita.

Malam itu, selepas berbulan lamanya tidak bertemu berlakunya 'sesuatu' yang akan aku ingat sebabnya tarikh itu adalah tarikh sebahagian dari hidup aku.

Berakhirlah kisah kau dan aku hanya kita sahaja yang tahu selebihnya.

Moga kau berbahagia dengan keluarga dan kehidupun kau dan bergitulah juga aku.

Sayonara untuk kau, nama kau, wajah kau.

Sayonara.

p/s: Am still virgin guys, don't worry!.






Wednesday, 23 May 2018

Salam 7 Ramadan.




780 Likes, 25 Comments - r u q i y a (@ruqiyaimtiaz) on Instagram: Γ’€œRamadan Mubarak to all!!! may this Ramadan heal our hearts, cleanse our minds, and purify ourΓ’€¦Γ’€



Hello and hai.

Apa khabar awak semua yang tengah membaca ni?. Diharapkan anda semua sihat hendaknya supaya dapat berpuasa dengan sempurna. Tanpa sedar dah pun masuk 7 ramadan, macam mana puasa kau orang semua, ok ke ko?. Hahaha.

Puasa aku so far ok tak ada masalah, cuma tu lah bila time buka tu makan terlebih banyak. Tak kuruslah jawabnya macam ni, dah lah seluar semuanya tak muat. Macam mana nak beli baju raya ni kalau macam ni??. Hahaha

Cakap pasal baju raya, kau orang punya tahun ni warna apa?, Aku belum decide lagi nak pilih warna apa. Ramadan kali ini tak memasak pun, beli lauk kat bazaar je kalau masak pun membazir.

Apa yang best bila pergi bazaar bukan sebab pasal makanan je tapi dapat cuci mata sekali. Hahaha. Nasib baik tak terjumpa mana-mana ex tahun ni, harapnya tak adalah jumpa. hahaha. Ok la sampai sini sahaja, jumpa lagi.

Sayonara...


Monday, 7 May 2018

Hello May.


Hello and Hai.

Ketika entri ini ditulis saya sudah pun selesai menjawab final exam. Macam biasa dah namanya exam ada soalan yang membuatkan saya berfikir lebih 5 kali sampaikan 'pengawas' dewan exam tu pun dah cam muka saya, 'budak paling last keluar'. Hahaha.

Dah habis exam saya gunakan untuk tengok movie, makan, minum,dengar lagu kecuali tidur masih ada masaalah tak boleh tidur. Hahahaha.

Minggu depan dah ada pilihan raya, kemudian dah puasa. Erm, cepat masa berlalu. Macam mana dengan persiapan anda semua bagi menyambut ramadan?. Saya dah beli stok kurma dan adalah kemas rumah sikit-sikit sebab masa exam hari tu tak sempat nak kemas.

Awak semua dah ganti puasa belum?, Hehehe. Hari Rabu ni dah sampai masa untuk kita mengundi dan ini kali pertama saya sebagai rakyat Malaysia mengundi, wow! rasa dah dewasa dah wak. Kalau sebelum ini tengok sahaja orang pergi mengundi dan kali ini diri sendiri yang pergi mengundi lak.

Maka dengan itu, sebelum pegi mengundi dapatkan sedikit informasi apa yang perlu dibuat semasa proses pengundian berlaku. Nanti tak adalah gelabah lak kan masa sampai kat tempat megundi tu. Hehehe...

Cukup sahaja sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti sebelum puasa akan update entry yang lain pula. Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia!. 

Sayonara.








Sunday, 25 March 2018

Dunia baru.



Hello and hai.

Welcome back to my world. Muah sikit kat kau orang semua. Lamanya menyepi dari dunia blog ni kan. Itulah namanya perubahan sosial media, semuanya beralih ke Ig, fb lah dan lain-lain. Rasa macam dah terkubur dah dunia blog ni, mereka yang otai-otai pun dah lama tak update blog kalau dulu meriah hampir tiap hari ada entri baru.

Disebabkan aku dah bosan dengan tema blog yang lama maka aku dah bertukar wajah sikit dengan harapanan rajin-rajinlah update blog ni. Dan dengan harapan jugalah kulit akan seputih serta segebu warna blog ni, rasa macam nak campak je losyen nivea tu pakai berbulan sama je warna kulit tak berubah. Ish! biasalah masalah terbesar orang Malaysia dari dulu sampai sekarang ni.

Tak ada benda yang menarik pasal kehidupan aku untuk aku kongsikan buat masa ni. Banyak benda nak cerita tapi bila dah hadap papan kekunci ni terus terkunci minda terus. Hahaha.

Habit aku sama macam sebelu-sebelum ni tidur lambat, jam 12 barulah terlelap mata ni. Aku cubalah untuk tidur awal, jam 10 aku dah tutup mata tapi kan masih tak boleh nak tidur. Aduh! Dah lah next month exam banyak pagi mahu tak rabak mata nanti nak jawab soalan, tak bekembang minda untuk berfikir. Hahaha.





Kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang suka membawang ni. Apa masalahnya nak membawang bila kita tak kacau dia tapi dia kacau kita. Aku tak kisah kalau orang luar nak membawang pasal aku pi lantak lah tapi orang yang dekat dengan kau dok membawang aku rasa macam erm.....flip hair!. Hahaha.

Semakin lama semakin banyak yang suka membawang, tak kiralah kat mana pun. Dekat sosial media lagilah umpama manusia tiada adab dan harga diri, semakin lama semakin teruk tu sebab aku tak adalah aktif sangat pun kat sosial media ni.

Ok lah sampai sini sahaja, ada masa kita bertemu lagi. Take care and love ur self. xoxo.

Sayonara!.






Friday, 16 February 2018

Kisah anugerah juara lagu 32 dan memori. #ajl322108


Hello and Hai.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Gong xi fa cai! kepada yang menyambutnya. Banyak ke makan limau raya ni?. Aku tak makan limau sebab tak suka dan tak boleh makan. Haha. Ok back to the topic. Ahad lepas berlangsungnya ajl dan aku tak tahu lagu apa yang masuk walaupun ada iklan pasal ni kat tv3. Bagi aku kali ini saingan semuanya sengit-sengit belaka daripada segi lagu dan vokal. Yang aku tahu lagu aku cinta dan beberapa lagu lain dapat masuk, itu sahaja.

Sebenarnya aku menghalang diri daripada mendengar lagu jampi by hael sebab akan mengenang memori lama tahun lepas. Kuat juga aura lagu sampaikan kadang-kadang aku ternyayi juga lepas baru tersedar eh kenapa lak aku nyayi lagu ni. Hahaha. 

Bukannya maksud aku tak move on atau apa tapi tu lah susah nak cakap. Bila teringat balik rasa nak ketawa pun ada, kenapalah aku buat macam ni macam tu, sambil throw back  kenangan throw back  sekali akan dosa-dosa semua. Bersalahnya rasa tu sebab aku malas nak throw balik semuanya. Hahaha. Masa tengah jiwa kacau,di lamun cinta semuanya jadi buta seakan tiada jati diri dan pendirian hilang lenyap semuanya tanpa dapat dikesan.

Masa turn Hael tu aku pergi berus gigi, biasanya ambil masa untuk berus gigi dan masa aku keluar tu turn hael dah habis. So tak adalah aku tengok persembahan dia tu dan tak tengok pun kat youtube walaupun ada. Sorry hael, walaupun i suka tengok muka u tapi tak boleh dengar suara you tu. Hahaha.

Sepanjang tengok ajl tu aku berdebar-debar macam aku lak yang buat show. Masa turn Salma, aku menghayati lirik dia dan dia nyayi jelas sebiji sebiji, vokal dan penafasan semuanya ok. Nampak jelas dia mengjiwai lagu sampailah perasaan dia tu dekat audience. Masa turn Ara pula, lagilah aku nervous sebab lagu dia jenis susah gila dan vokal kena mantap baru boleh nyayi lagu tu. Dengar jelas suara dia sakit masa live hari tu tapi dia cuba tarik sebaik mungkin. Good job ara walaupun closing part nampak macam tak berapa sempurna namun dapat standing ovation  dari penonton sama juga dengan yang lain.

Akhirnya sampai turn Ernie dan syamel. Part yang aku nanti-nanti selama ini akhirnya muncul juga. Lagi bertambah nervous aku sebab aku nak dia orang menang vokal terbaik. Tak duduk diam sepanjang dia orang perform, umpama aku lak nyayi lagu tu. Hahahha. Meremang bulu roma dengar suara dia orang. Wow wow wow dan wow!. Bila dengar suara ernie tarik dan buat suara soprano pergh lagilah best dan meremang. Siap aku bagi standing ovation kat rumah nasib baik aku tengok sorang-sorang so bolehlah over sikit kan. Hahaha.

Ramalan aku benar belaka dia orang menang untuk kategori vokal terbaik. Mesti bangga ziana dan anuar zain anak buah dia menenangkan. Bila umum jampi menang aku terus tutup tv pergi tidur!. Hahaha.😝

Tu je lah aku nak taip malam ni yang mana ambil masa berjam baru siap. Hahaha. Happy weekend awak semua and take care!.

Sayonara!.

Friday, 9 February 2018

Hello February 2018!.


Image result for february

Hello and Hai.

Sepatutnya dah lama update blog ni tapiiii layan sangat twitter sampai ke malam baru nak update. Hahaha. Dah pun masuk bulan baru tahun 2018, baru terasa masa berjalan dengan pantas berbeza dengan bulan Januari lepas rasa tak ada apa-apa.

Dunia blog semakin lama semakin sepi, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Semalam ada beberapa rakan blog yang update entri mereka, dapatlah baca kisah semasa mereka. Rindu sangat nak baca blog kau orang semua, silalah update walaupun tak kisah nak diceritakan pun. Hehehe.

Oh ya, wechat akaun aku dah delete hari ini. Setelah aku berfikir dan berfikir lebih baik aku delete buat pening kepala je nak uruskan banyak akaun media sosial. Yang mana ada IG atau twitter tu follow aku, tapi aku lebih aktif ditiwitter berbanding di facebook. Akaun fb pun sendu tak bernyawa pun, kalau orang hantar massage pun lama gila baru aku nak replay. Hahaha.

Kau orang tengah buat apa tu?. Aku didalam proses untuk rajinkan diri membaca buku. Entah kenapa aku dah malas nak baca buku, novel ke apa seangkatan denganya. Sebab banyak komitmen aktiviti membaca tu aku dah buang jauh dari hidup aku. Bila ada test,kuiz, final baru hadap buku kalau tak terbiar tersadai disitu tanpa diusik. Apa nak jadi dengan awak ni. Hahaha.

Untuk itu aku mencari inspirasi dan idea untuk merajinkan diri membaca dan fokus,fokus,fokus buat kerja semua daripada spend time dengan media sosial semuanya itu. Lagi-lagi dah beli gadget baru ni kalau boleh 24 jam nak pegang sebabnya nak biasakan diri pakai apps dia. Alasan semua. Hahaha.

Cuti raya cina kau orang buat apa?. Kalau aku memang tak kemana ada je kat rumah ni sebab tak keluar pergi mana pun. Kalau keluar pun beli barang lepas tu balik terus atau pun keluar cuci mata tengok barang-barang sambil survey harga, manalah tahu kalau nak beli nanti senang.

Ok lah sampai sini sahaja untuk kali ini, saya ada nak siapkan tugasan saya malam ni, Biasalah manusia suka buat kerja last minit sampai mata pun dah macam panda. Sekian.

Sayonara!.


Thursday, 25 January 2018

Gay apps!. - review-

Magnificent Street Scenes by James Creel #inspiration #photography

Hello and Hai!.

Beberapa minggu yang lalu aku ada try satu apps yang baru. Sebenarnya dah lama install tapi belum ada masa nak buat akaunnya. Bila aku free hari tu aku pun buatlah akaun, ikut step dia segalanya lepas tu done!. Agak senang. 

Mula-mula agak kekok sikitlah sebab baru pakaikan, selepas beberapa jam aku menerokai dalam tu baru tahu cara untuk guna.

Related image

Pada mulannya aku ingatkan apps tu untuk chat sahaja, macam gay apps yang lain. Chat dengan orang sekeliling kita, orang yang jauh sikit daripada kita. Rupanya ada lagi satu kelebihan pada apps ini dimana kita boleh tengok mereka daripada pelosok negara lain buat live/ video call. wow!.

Mula-mula terkejut kita wak, bila nampak sesuatu yang sulit!. Hahaha. Aku ingatkan dia orang buat live secara berhemah tapi sebaliknya. Semua negara sama sahaja tak terkecuali Malaysia.

Boleh dikatakan agak seronok apps ni sebab anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia  samaada Malaysia atau luar. Dan tak semestinya gay apps semuanya pasal sex sahaja, tidak macam tu jangan salah faham disitu. Ada yang buat live untuk berborak, menambah kenalan dan pelbagai lagi. Pelbagai jenis rupa, latar belakang, karakter yang anda akan jumpa. 

Dan semasa mereka live anda boleh bertanyakan soalan atau apa sahaja dan mereka akan menjawabnya. Kalau banyak sangat yang bertanya tak sempatlah dia orang nak jawab satu persatu semuanya.

Ada beberapa orang yang menjadi favorite aku untuk aku tengok dia orang live!. Aku tertarik dengan karakter dia orang, cara layan follower dia, jawab pertanyaan dan sebagainya.

Sekirannya anda baru break up dan ingin move on, apps ini amat sesuai dengan anda. Bila anda menyertai apps ini akan membuatkan anda tiada masa untuk mengingati benda dah lepas. Kalau anda rasa yakin dan percaya tinggi pada diri sendiri boleh buat live video mana tahu dapat jodoh barukan. Tak cuba tak tahukan. 

Apps ini aku rasa lebih better daripada grindr yang semakin lama semakin teruk peragai didalam apps tersebut. Tak dinafikan grindr senang digunakan tapi tu lah semakin ramai yang pakai semakin menuju kebinasaan. Bukannya nak cakap yang aku ni baik sangat atau apa itu cuma pendapat aku sahajalah. Hehehe.

Oh ya, aku tak tahu betul nak pakai apps tinder. Aku masuk sekejap je lepas tu terus delete akaun, tak faham cara apps tu berfungsi macam mana. Hahaha. Mungkin nanti aku kena explore dengan lebih mendalam lagi ni.

Apa sahaja apps yang anda gunakan semuanya terletak pada tangan dan minda anda,jalan mana yang anda pilih samaada baik atau sebaliknya. Kepada adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam gunakan apps sila berhati-hati dengan diri sendiri, jangan terlalu leka dan show off sangat diri anda didalam apps. Jaga maruah dan martabat diri walaupun kita ni gay sekali pun. 

See you..

Sayonara.




Thursday, 4 January 2018

Selamat Datang 2018.






Hello and Hai!.

Selamat datang ke entri tahun 2018. Sepatutnya bulan lepas dah buat entri namun malas nak taip maka wujudlah tahun ni.

Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang mengenali diri aku serta pembaca-pembaca sekalian, semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi oleh kebahagian,keberkatan dan segala yang baik hendaknya. 

Aku tak ada sesi sambut tahun baru atau apa, duduk dirumah macam biasa. Oh ya, sejak tahun lepas berat badan aku seakan bertambah yang mana dapat aku lihat dari segi fizikal aku. Ini semuanya sebab banyak sangat makan manisan sebab rajin sangat buat kek, biskut maka bertambahlah selera makan aku.

Buat masa ini aku belum ada kesedaran lagi untuk kuruskan badan atau pun apa sahaja aktiviti fitness. Walaupun macam mana aku tetap lakukan sedikit senaman yang ringan dan senang supaya badan aku tidak terlalu kembang akibat makan terlalu banyak.



Throwback 2017? Erm, tak payahlah nak diingati benda dah lepas. Tahun baru, semangat baru,buku baru,pengalaman baru. Apa yang terjadi tahun lepas kita simpan diam-diam dalam blog ni. Hahaha. Baru awal tahun maka kenallah bersemangat sikit. Positifnya diri daku tahun ni. Ni mesti kesan makan banyak sangat ni sampai hormon terlalu gembira. Hahaha.

Banyak lagi benda perlu difikirkan selain dari cinta, hubungan, lelaki, semua tu. Kalau ada maka adalah kalau tak ada biarkan je lah. Tahun ni umur semakin meningkat menjadi dewasa tapi kalau ikut dari segi muka lebih tua daripada umur dalam ic!, sejenis muka matang terlalu cepat. Hahaha.

Tak ada apa lagi nak tulis jumpa lagi di lain entri.

Sayonara!.