Pages

Click Me

Thursday, 25 January 2018

Gay apps!. - review-

Magnificent Street Scenes by James Creel #inspiration #photography

Hello and Hai!.

Beberapa minggu yang lalu aku ada try satu apps yang baru. Sebenarnya dah lama install tapi belum ada masa nak buat akaunnya. Bila aku free hari tu aku pun buatlah akaun, ikut step dia segalanya lepas tu done!. Agak senang. 

Mula-mula agak kekok sikitlah sebab baru pakaikan, selepas beberapa jam aku menerokai dalam tu baru tahu cara untuk guna.

Related image

Pada mulannya aku ingatkan apps tu untuk chat sahaja, macam gay apps yang lain. Chat dengan orang sekeliling kita, orang yang jauh sikit daripada kita. Rupanya ada lagi satu kelebihan pada apps ini dimana kita boleh tengok mereka daripada pelosok negara lain buat live/ video call. wow!.

Mula-mula terkejut kita wak, bila nampak sesuatu yang sulit!. Hahaha. Aku ingatkan dia orang buat live secara berhemah tapi sebaliknya. Semua negara sama sahaja tak terkecuali Malaysia.

Boleh dikatakan agak seronok apps ni sebab anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia  samaada Malaysia atau luar. Dan tak semestinya gay apps semuanya pasal sex sahaja, tidak macam tu jangan salah faham disitu. Ada yang buat live untuk berborak, menambah kenalan dan pelbagai lagi. Pelbagai jenis rupa, latar belakang, karakter yang anda akan jumpa. 

Dan semasa mereka live anda boleh bertanyakan soalan atau apa sahaja dan mereka akan menjawabnya. Kalau banyak sangat yang bertanya tak sempatlah dia orang nak jawab satu persatu semuanya.

Ada beberapa orang yang menjadi favorite aku untuk aku tengok dia orang live!. Aku tertarik dengan karakter dia orang, cara layan follower dia, jawab pertanyaan dan sebagainya.

Sekirannya anda baru break up dan ingin move on, apps ini amat sesuai dengan anda. Bila anda menyertai apps ini akan membuatkan anda tiada masa untuk mengingati benda dah lepas. Kalau anda rasa yakin dan percaya tinggi pada diri sendiri boleh buat live video mana tahu dapat jodoh barukan. Tak cuba tak tahukan. 

Apps ini aku rasa lebih better daripada grindr yang semakin lama semakin teruk peragai didalam apps tersebut. Tak dinafikan grindr senang digunakan tapi tu lah semakin ramai yang pakai semakin menuju kebinasaan. Bukannya nak cakap yang aku ni baik sangat atau apa itu cuma pendapat aku sahajalah. Hehehe.

Oh ya, aku tak tahu betul nak pakai apps tinder. Aku masuk sekejap je lepas tu terus delete akaun, tak faham cara apps tu berfungsi macam mana. Hahaha. Mungkin nanti aku kena explore dengan lebih mendalam lagi ni.

Apa sahaja apps yang anda gunakan semuanya terletak pada tangan dan minda anda,jalan mana yang anda pilih samaada baik atau sebaliknya. Kepada adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam gunakan apps sila berhati-hati dengan diri sendiri, jangan terlalu leka dan show off sangat diri anda didalam apps. Jaga maruah dan martabat diri walaupun kita ni gay sekali pun. 

See you..

Sayonara.




Thursday, 4 January 2018

Selamat Datang 2018.






Hello and Hai!.

Selamat datang ke entri tahun 2018. Sepatutnya bulan lepas dah buat entri namun malas nak taip maka wujudlah tahun ni.

Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang mengenali diri aku serta pembaca-pembaca sekalian, semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi oleh kebahagian,keberkatan dan segala yang baik hendaknya. 

Aku tak ada sesi sambut tahun baru atau apa, duduk dirumah macam biasa. Oh ya, sejak tahun lepas berat badan aku seakan bertambah yang mana dapat aku lihat dari segi fizikal aku. Ini semuanya sebab banyak sangat makan manisan sebab rajin sangat buat kek, biskut maka bertambahlah selera makan aku.

Buat masa ini aku belum ada kesedaran lagi untuk kuruskan badan atau pun apa sahaja aktiviti fitness. Walaupun macam mana aku tetap lakukan sedikit senaman yang ringan dan senang supaya badan aku tidak terlalu kembang akibat makan terlalu banyak.



Throwback 2017? Erm, tak payahlah nak diingati benda dah lepas. Tahun baru, semangat baru,buku baru,pengalaman baru. Apa yang terjadi tahun lepas kita simpan diam-diam dalam blog ni. Hahaha. Baru awal tahun maka kenallah bersemangat sikit. Positifnya diri daku tahun ni. Ni mesti kesan makan banyak sangat ni sampai hormon terlalu gembira. Hahaha.

Banyak lagi benda perlu difikirkan selain dari cinta, hubungan, lelaki, semua tu. Kalau ada maka adalah kalau tak ada biarkan je lah. Tahun ni umur semakin meningkat menjadi dewasa tapi kalau ikut dari segi muka lebih tua daripada umur dalam ic!, sejenis muka matang terlalu cepat. Hahaha.

Tak ada apa lagi nak tulis jumpa lagi di lain entri.

Sayonara!.